teknikbelajar

Ummi Niza Temuduga JPA tahun 2004

Assalamualaikum…

Lama betul ummi tak throwback kisah dulu2. haha

untuk pengetahuan anak2, ummi adalah bekas pemegang biasiswa JPA ke Jepun pada tahun 2005-2006 (Pusat persediaan ke Jepun KL) dan 2006-2010 (Jepun).

Recently, ummi rajin meng-google sana sini untuk cari tips temuduga biasiswa Phd..Ya…ummi sekarang dah nak mengorak langkah menuju phd..adoi terasa tua dah. lebih 10 tahun dah melalui interview JPA lepas SPM. huhuh..nak share pengalaman pun rasa dah outdated.

Ok…so, dalam masa meng-google2 tu terjumpa la banyakkkk sangat adik2 lepasan SPM tulis blog and share pasal pengalaman temuduga biasiswa luar negara/dalam negara. Masa zaman kite 10 tahun dulu, smart fon takde. FB pun lagi la takde. Nak baca pengalaman orang tulis blog pun tak sampai 1% kot. To iu ka…ummi memang tak study dan tak buat research lansung untuk persediaan temuduga. hehe…

Baca punya baca..korek blog sana dan sini, bertemulah dengan macam2 tips dan pengalaman. Bila baca pengalaman adik2 ni..mai aii rasa punya la susah interview sekarang ni. Jauh berbeza dengan zaman ummi dulu.

Ingat lagi, sebelum result SPM keluar, abah beli borang JPA biasiswa ke luar negara kat BSN..ceh mcm konfiden nak mohon biasiswa. hehe..lepas dapat result, berkobar2 nak apply. disebabkan BI ummi dapat B3, ummi pun tandakan negara matahari terbit sebagai pilihan. untung2 dapat belajar bahasa baru. Ummi memang nak sangat buat kejuruteraan. Alasannya sebab minat Fizik je. dan dari kecik2 konon nak jadi engineer. adoii la..ingat lagi, selepas few weeks, dapat kad notification, permohonan sedang diproses. (zaman dulu2 mana ada main online. semua pakai pos je). adoii terasa tua lagi. Mak kite yang excited lebih. Lepas tu cakap kat mak,

“Mak…kad pemberitahuan je..”

Mak pun cakap la, “Ye la…setiap perkara bermula dengan langkah pertama…”

Masin mulut mak. Alla makbulkan doa2 dia nak yang terbaik untuk anak2nya. Tak lama lepas tu, ummi pun dapat panggilan interview JPA.

Berdebar tu memang berdebar. Pengetahuan am isu semasa zero. yang tahu, confident jeee..

Kami dibahagikan dalam group. 1 group 10 orang. tak ingat dah apa soalan dia. Tapi ingat lagi, ummi memang poyo je cakap confident. tapi dah la rojak dengan english broken nye. Allahuakbar..nampak sangat macam budak2.

Keluar bilik iv, jumpa kawan satu sekolah. Dia punya turn lepas tu. Beria2 la share tips dengan dia. haha..Seingat ummi ada 3 orang yang iv pada hari yang sama dekat ipoh masa tu. ketiga2 mereka pelajar terbaik sekolah. semua dapat straight 10 A. Ummi alhamdulillah 9A. Hari yang sama juga iv dengan Syada, kawan ummi masa sekolah rendah. Dia budak SEMESTI dan apply engineering ke OZ.

Lepas iv, jumpa abah, dan balik dengan abah.  Cakap dengan abah, tak tahu la dapat ke tak..kalau ada rezeki ada la..

Begitu la pengalaman ummi masa iv JPA untuk biasiswa luar negara. Rasa enjoy dan seronok. tak ada stress walaupun tak bersedia.

Lama juga tunggu result iv…Masa dah masuk Pusat matrikulasi, dengar dari kawan pelajar2 yang berjaya dan layak dah dipanggil ke pusat persediaan RPKJ (Rancangan Persediaan ke Jepun). Tapi kita masih belum dipanggil….so, masa tu dah redha dah. mungkin tak ada rezeki.

Bersambung….

 

 

 

Leave a comment