Anak-anak · anakcemerlang · Dunia Rumahtangga · effectiveteaching · keibubapaan · Motivasi · My Family · Story · Tanah Air · Tazkirah

Bercerita Kepada Anak (1)

Sejak Annusrah dah menginjak usia 5 tahun, dia semakin pandai diajak berkawan. Dia suka bercerita, bersembang, memberi pendapat dan menjadi pendengar yang baik. Dalam memori saya, masih bersisa kenangan saya bersekolah tadika waktu seusia dia. Tak sangka masa berlalu begitu pantas. Sekarang annusrah pula sudah menggantikan tempat saya 24 tahun lalu.

Sejak saya lihat dia suka bersembang2, saya mula menarik dia untuk mendengar cerita saya. Saya ada objektif tersendiri, bukan hanya sembang kosong. Tapi mahu selitkan pengajaran dan kebesaran Allah SWT.

Pada setiap malam sebelum menutup mata dan membaca doa tidur saya akan kongsi satu dua kisah pengajaran. Setiap malam dia tertunggu-tunggu untuk mendengar cerita saya. Biasanya dia akan minta saya bercerita lagi dan lagi. Sehingga dan sudah lelah keletihan. Ada waktunya kerana terlalu mengantuk, saya pun tak tahu apa yang saya cakap sampailah dia menegur saya😀

Kadang-kala saya kekeringan idea untuk bercerita tentang apa. Lalu, saya pun terfikir untuk download application bedtime story di telefon. Ada satu application yang sangat bagus untuk dikongsi. Ia beserta gambar dan cerita.

Ada satu kisah di mana ia menceritakan kisah binatang-binatang di hutan yang berkongsi keistimewaan masing-masing kepada binatang lain.

Sebagai contoh, gajah berkata keistimewaannya adalah belalai yang panjang. Dengan belalai, gajah boleh minum air, menyuap makanan ke mulut, mandi pancutan air dari air yang disedut masuk ke belalai dan sebagainya.

Zirafah pun tak mahu kalah. Keistimewaannya adalah leher yang panjang. Dengan leher panjang itu, zirafah boleh makan daun di pokok yang tinggi. Zirafah juga boleh melihat jauh kerana jarah penglihatannya dari tempat tinggi.

Kelawar pula kata beliau terbang pada waktu malam dan dapat melihat jelas dalam gelap. Kelawar membuat bunyi yang bising kerana melalui pantulan bunyi (gema) tadi kelawar boleh kesan dan mengjangkakan jarak mangsa untuk dijadikan makanan.

Mengkarung punya keistimewaan bertukar-tukar warna untuk disesuaikan dengan keadaan siang dan malam. Selain itu mengkarung bertukar warna untuk bersembunyi daripada binatang pemangsa.

===============

Kisah2 binatang seperti ni sangat menarik!

Terus sahaja kita boleh kaitkan dengan kebesaran dan kebijaksanaan Allah SWT yang menjadikan makhluknya bernama binatang. Setiap apa yang Allah jadikan pelbagai dan ada fungsinya tersendiri.

Saya mengajar annusrah menyebut, Subhanallah hebatnya Allah..

Dia pun ikut teruja sama ketika bercerita kisah binatang dan keistimewaan mereka.

Sejak dari hari ke hari dia akan kata, “ummi..esok cerita 2 lagi yea..”

Ayuh kawan2

jadikan cerita kita lebih kreatif dan berisi!

Let’s connect with our child

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s