Kenangan · Omelanku · Zaman Sekolahku

Menulis Puisi itu Jiwang?

Assalamualaikum  wbr Tengah dok sibuk buat slide untuk conference ICPER, ter-tengok youtube Fynn Jamal. Entah macam mana saya boleh mengikuti puisi2 dan lagu karangan beliau hampir setahun yang lalu. Mungkin bermula dari lagu 150 juta itu. Dan juga beberapa status FB yang di-like oleh member saya kat FB. Terus ku menggali-gali untuk mengenali siapa itu… Continue reading Menulis Puisi itu Jiwang?

Hiroshima · Japan · Kenangan · Story

Gerai Malaysia di HU

Salah satu kenangan yang sangat diingati ketika zaman undergrad dulu ialah berjualan di gerai Malaysia sempena Daisai dan Yukata Matsuri . Saya mula melibatkan diri di tahun pertama. Sempai-sempai dahulu memang aktif berjual, sehinggakan setiap tahun gerai Malaysia sentiasa ada dua tahun sekali. Membuka gerai di kedua-dua perayaan tersebut bukanlah kerja mudah. Banyak tenaga dan… Continue reading Gerai Malaysia di HU

Japan · Kenangan

E-mail dari RGDL

広島大学反応気体力学研究室の光延です。 お久しぶりです。 お元気ですか? 研究室のみんなは元気です。 この前、「院試頑張れBBQ」を行いました。 自分たちが院試を受けてからもう一年が経ちますね。 最近は何していますか? 就職活動は上手くいっていますか? 研究室のみんなはあれからどうなったのか気にかけております。 最後に遅くなりましたが、6月に行った「ニザお別れBBQ」での写真を添付します。 返信待っています。 あと文字が全部日本語でごめんね!! Hari ini saya terima e-mail daripada Mitsunobu. Setelah hampir sebulan saya meninggalkan Hiroshima dan kenangan. Mitsunobu adalah kawan lab se-batch dengan saya. Tak sangka dah setahun masa berlalu. Masa kami berhempas-pulas untuk amik exam masters. Musim panas di Jepun bulan itu memang menekan… Continue reading E-mail dari RGDL

Japan · Kenangan · Omelanku · Tazkirah · Zaman Sekolahku

Muhasabah Diri di Malam Presentation

Saya akan ber-presentation esok hari. . bermakna, InshaAllah saya akan berjaya menamatkan pengajian di peringkat degree selama 4 tahun di bumi sakura ini. Syukur hanya pada-Nya. Saya tidak pasti apakah ilmu yang saya tuntut di sini selama 4 tahun ini berjaya menjadikan saya seorang ‘engineer’ yang berjaya..? jawapannya mungkin tidak. 4 tahun yang telah berlalu… Continue reading Muhasabah Diri di Malam Presentation

Kenangan · My Family · Tazkirah

Ampunkan

Menjadi kelkatu hinggap di muka buku hampir setiap minit boleh bawa bahana besar pada diri. Ya Allah..kebosanankah? terlalu tidak ada kerjakah? atau inikah yang dikatakan addicted? mengisi minit-minit yang berlalu dengan menjadi kelkatu itu sangat mendukacitakan.Lebih parah kerana tiada hala tujuan; sekadar suka-suka T_______T Namun, hikmahnya tidak ketinggalan dengan input-input baru dari kenalan dan sahabat… Continue reading Ampunkan

Japan · Kenangan · Tazkirah

Aya In Memories

Hujan lebat menghantar perjalanan saya dan Aya ke bus stop Nishi Guchi Hirodai. Setengah jam awal lagi kami sudah mula menapak dalam lebat hujan yang mencurah-curah. Kadang-kadang kami berbual kuat, melawan bunyi derai hujan yang semakin menggila. Kedatangan Aya atas maksud ziarah. Sebelum beliau mengikut bakal suami ke Indonesia dan menikah di sana. Saya doakan… Continue reading Aya In Memories

Japan · Kenangan

Natsu no Omoide

Cuti musim panas yang lalu begitu banyak mencoret catatan kenangan untuk saya. Bermula dengan hari-hari sukar menghadapi INSHI..saya hampir kehilangan matlamat untuk melihat hari depan. Apakah keputusan ini adalah jawapannya? Saya terus memohon petunjuk dari Dia. Ramadhan datang membawa ketenangan, dan melarikan kerunsingan saya waktu itu. Benarlah, Ramadhan itu di dalamnya penuh keberkatan. Hari yang… Continue reading Natsu no Omoide