Anak-anak · anakcemerlang · Dunia Rumahtangga · effectiveteaching · keibubapaan · My Family · Story · Tanah Air

Bercerita Kepada Anak (2)

Kisah yang saya ceritakan kepada nusrah malam itu adalah kisah Nabi adam yang digoda oleh syaitan untuk makan buah larangan di dalam syurga.

Apabila tiba part,

“kenapa tak boleh makan buah tu ummi?

Saya terasa sukar untuk memberikan jawapan kepada anak kecil berusia 5 tahun. Tapi saya suka dia bertanya soalan. Walaupun saya agak ragu2 adakah dia dapat faham cerita saya.

“It’s a test. Ujian dari Allah”

Jawab saya mengharapkan dia faham.

Kisah diteruskan lagi bagaimana syaitanirrajim cuba menggoda nabi adam dan hawa untuk mendekati pokok larangan itu. Di syurga bukan hanya ada 1 pokok saja, bukan 2 bukan juga 3. Terlalu banyak pokok..syurga itupun luasnya lebih luasss dari bumi ini. Mengapa akhirnya Nabi adam mendekati juga pokok tersebut?

Kuliah tafsir dari Ustadh Nouman Ali yang saya dengar sebelum ini menekankan perkataan “fadalla huma”. Perkataan “dalla” yang bermaksud menarik sedikit demi sediki..sedikit demi sedikit.. (pull slowly) boleh rujuk surah Al-A’raf ayat 22..ia seerti dengan perkataan “Dalla” dalam surah yusuf ayat 19 (faadla dalwah). Di mana satu rombongan dalam perjalanan menimba air dari perigi “menarik perlahan2” timba yang berpaut padanya seorang budak (yusuf a.s).

Mata berkaca2 apabila menceritakan saat di mana syaitonirrojim menggoda perlahan2 nabi adam dan hawa. Inilah saatnya di mana syaitonirrajim begitu licik sekali mahu menggelincirkan Adam dan hawa. Anak saya menekup mulutnya dengan tangan, dia mengeleng2 kepala seolah2 dia ingin berkata “jangan..jangan ikut kata syaitan!

Akhirnya, terdedahlah aurat mereka berdua dan mereka dikeluarkan dari syurga..

Pengajarannya:

Syaitan itu musuh yang nyata. Sejak Allah mengusir syaitan dari syurga dan memasukkan mereka ke neraka, syaitan minta penangguhan waktu. Mereka bersumpah untuk menyesatkan seramai mungkin anak cucu adam untuk masuk neraka bersama2 mereka. Syaitan yang sama masih ada setelah beribu2 tahun berlalu..Wahai anak, perliharalah diri kamu dari tipu daya syaitan.

==============

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.”

(al-a’raf ayat 27)

 

muslim-mother-daughter-head-scarf-sharing-love-together-30215016

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s