Anak-anak · anakcemerlang · Dunia Rumahtangga · keibubapaan · My Family · teknikbelajar

Orang Kata Anak Kita Kasar?

Ada ketikanya orang di sekeliling akan mula menghakimi (judge) anak kita.

Apabila anak kita buat silap atau bercakap kasar, mereka mula memberikan persepsi negatif.

Tidak kurang juga yang mula membandingkan anak kita dengan anak orang lain yang bersopan, cakap lembut, dan memberikan reaksi positif apabila diajak bersembang.

Hati ibu bapa mana yang tak terkilan bila dibanding dan dihakimi begitu. Sedangkan kita tahu, anak kita baru berusia 4-5 tahun. Baru setahun jagung. Baru kenal dunia.

Wahai ibu bapa..

jangan bersedih hati

anak kita, tetap anak kita

anak orang itu anak orang

anak kita biarlah kita yang mentarbiahnya.

Selalu ingat 3 perkara ini

1. Ibu bapa sebagai pembimbing

Anak adalah anugerah Allah kepada kita. Masih ingat tak sabda junjungan besar Rasulullah SAW,

“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka ibu bapalah yang bertanggungjawab sama ada menjadikannya Yahudi, Majusi atau Nasrani,”

(Riwayat Muslim).

Tidak ada anak yang lahirnya terus berakhlak bagus dan baik. Bersopan dalam berkata-kata serta lemah lembut budi bicara. Segalanya perlukan bimbingan ibu bapa. Banyakkan memberi, dan berkongsi. Jadilah kawan kepada mereka. Jadilah teman baik kepada mereka. Fasa 0-7 tahun adalah fasa menjadikan mereka sayang dan percaya kepada kita.

Kata Prof. Muhaya, sifat mereka ketika usia ini ibarat span. Sifatnya menyerap semua yang kita beri. Jadi, berilah yang baik-baik. Bimbing dan terus mendidik. Jangan tengking, jangan herdik!

2. Yakin dan percaya dengan anak

Biarpun mereka sudah mula menunjukkan sikap “kasar” atau nakal sejak kecil, jangan cepat melatah dan putus asa. Beri keyakinan kepada mereka, bahawa mereka buat silap dan mereka boleh berubah. Anak di usia ini masih rebung. Masih boleh dilentur dan dinasihati dengan baik. Jadi, mengapa perlu percaya dengan cakap-cakap orang?

3. Doa ibu bapa sangat mustajab

Kekuatan dan keajaiban doa adalah doa seorang ibu kepada anaknya.

Kita selalu runsing anak tak dengar kata, degil, tantrum, cakap kasar, dan pelbagai lagi. Pernah tak kita angkat tangan di takar sejadah dan doa sungguh-sungguh pada Allah untuk anak? Kata-kata yang baik itu juga doa. Keyakinan dan sangka baik itu juga doa. Panggilan yang baik itu satu doa. Doakan kebaikan, inshaAllah beroleh kebaikan.

===========

Di akhirnya,

pekakkan telinga

diamkan sahaja mulut

tutup sahaja mata

pada apa sahaja pandangan orang sekeliling pada anak kecil kita

Ayuh fokus kepada mencorak kain putih ini

Biar dia menjadi warna-warna pelangi

yang bisa menarik hati siapa saja yang memandangnya

webblog
“Sayangku kepadamu kerana Allah”

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s