Japan · Kenangan · Omelanku · Tazkirah · Zaman Sekolahku

Muhasabah Diri di Malam Presentation

Saya akan ber-presentation esok hari. . bermakna, InshaAllah saya akan berjaya menamatkan pengajian di peringkat degree selama 4 tahun di bumi sakura ini. Syukur hanya pada-Nya. Saya tidak pasti apakah ilmu yang saya tuntut di sini selama 4 tahun ini berjaya menjadikan saya seorang ‘engineer’ yang berjaya..? jawapannya mungkin tidak. 4 tahun yang telah berlalu… Continue reading Muhasabah Diri di Malam Presentation

Japan · Omelanku · Tazkirah

Demi Sesungguhnya

Lab ini sangat sunyi. Dan mungkin akan terus sunyi hingga 7 hari seterusnya. Sesunyi ruang ini yang telah lama tidak diisi dengan coretan saya seperti dulu. Ketika ini sedang sibuk menganalisis, memikirkan ayat dan menaip thesis. Saya sendiri sedang belajar-belajar menulis. Tidak ada rujukan, tidak ada contoh, tidak ada panduan dalam Bahasa Inggeris. Jika minta… Continue reading Demi Sesungguhnya

Japan

Jepun dan Sistem Pengangkutan

Topik ini bukanlah semata untuk mengajarkan tentang sistem pengangkutan di matahari terbit ini, kerana kita semua sudah pernah ambil subjek Geografi di sekolah dulu. Hari ini menonton satu program terbaik di televisyen. Inilah sebabnya mengapa saya suka menonton TV di negara ini. Program hiburan bukan tidak ada. Malah berlambak setiap malam. Tetapi program yang memberi… Continue reading Jepun dan Sistem Pengangkutan

Japan

Makanan Jepun Pengarang Jantung

Sejak akhir-akhir ini selera makan bertambah-tambah. Begitulah situasinya bila masuk musim sejuk. Tapi selera makan saya tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Saya sangat teruja makan makanan jepun. Mungkin kerana tahun ini boleh dikatakan hampir setiap hari makan di cafe sekolah, makan bertemankan sahabat-sahabat Jepun satu Lab, melihat cara makan mereka, selera makan mereka dan… Continue reading Makanan Jepun Pengarang Jantung

Japan · Omelanku · Tazkirah

Ibrah Sehelai Daun

Satu pagi, seperti biasa S menunggang basikal untuk ke sekolah. Cuaca pagi itu dingin sekali. Pemandangan sangat cantik. Daun-daun telah bertukar warna. Ada yang kekuningan, kemerahan dan bewarna jingga. S sangat suka menikmati keindahan musim ini. Ia satu anugerah tanda-tanda kebesaranNya. Lukisan terindah. Di satu padang rumput yang luas dan menghijau, seorang ibu muda sedang… Continue reading Ibrah Sehelai Daun

Japan · Omelanku · Tazkirah

Mereka Yang Baik Hati?

Di pagi hari yang dingin, saya mengayuh ke Kadosawa Clinic untuk membuat pemeriksaan kesihatan. Saya perlu mendapatkan dokumennya hari ini juga. Saya rasa seperti usaha saya ini akan menjadi sia-sia kerana saya sedia maklum, prosedurnya tidaklah semudah yang disangka. Benar telahan saya. Tempatnya bukan di situ. Saya perlu ke Higashi Hiroshima Medical Centre untuk medical… Continue reading Mereka Yang Baik Hati?