Anak-anak · anakcemerlang · Dunia Rumahtangga · keibubapaan · My Family · Tanah Air

Ada Allah Dalam Hati Anakku

12487244_10153841375534568_7273069105805863405_o

Alhamdulillah kira-kira 3 minggu yang lalu saya dan anak2 berpiknik di masjid universiti dengan keluarga Bintu Koyube. Waktu pagi memang sangat lapang. Suasananya cantik, sejuk mata memandang.

Melihatkan Ayaka merengek nak pakai tudung macam Insyirah dan Khadijah, Bintu Koyube terus cari “tudung spare” dalam kereta. Katanya untuk emergency, memang siap2 simpan dalam kereta. Bagus teknik ni, kata hati saya sambil senyum. Anak-anak ni memang banyak mood. Kadang-kadang cari tudung, kadang-kadang tak nak pakai.

Kawasan masjid sangat cantik waktu pagi. Kami bawa bekal roti yang dah berkulat sebab nak bagi ikan makan. Anak2 excited sangat bila nampak ikan ternganga2 dan berebut melompat dalam air bila ditabur roti.

“Ummi..kenapa ikan makan roti busuk? kita kan tak boleh makan roti busuk”, tanya Ayaka.

“Binatang boleh makan roti busuk. tak sakit perut. Tapi kalau orang makan, nanti sakit perut”, jawab saya seadanya.

Sebenarnya saya mahu menambah lagi. Allah ciptakan makhlukNya hebat sangat. Yang tak boleh makan roti berkulat macam manusia, boleh ‘sedekahkan’ makanan rosak kepada binatang. Tidaklah membazir. Binatang pun kenyang. Macam tokma di kampung selalu tabur nasi basi dan sisa makanan pada ayam dan itik. Kita pun dapat pahala. Subhanallah..baiknya ALLAH..

(tapi saya diamkan aja. bimbang dia masih belum faham)

Sambil menabur roti pada ikan, Bintu Koyube mengajar Insyirah berzikir.

“Insyirah, banyak tak ikan tu? Allah yang jadikan ikan. Sebut subhanallah..”

“Subhanallah..”, kata Insyirah dalam pelat2nya.

Terdetik saya dalam hati. Hebat ibu muda ini. Anaknya muda setahun dari Ayaka. Selama tengok ikan, laut/tasik, bukit teh di Cameron, ayam dan itik, tidak pernah pula saya ajar dia sebut begitu dan kait dengan kebesaran Allah. Insaf..

Selepas selesai menabur roti, kami basuh tangan. Bimbang kulat2nya mendatangkan mudharat lain pada anak2. Kami bergerak masuk ke perkarangan masjid dan membuka bekal. Anak-anak dah mula lapar.

Bintu Koyube mengajak puteri2nya membaca doa makan. Automatik mereka duduk dengan baik dan mula mengangkat tangan.

Melihatkan Insyirah dan Khadijah berdoa, Ayaka turut sama angkat tangan untuk berdoa. Sebenarnya selama ini begitu sukar saya nak latih dia baca doa makan. Agaknya dia dah besar, sukar mendengar kata. Hampir saja saya berputus asa. Dia selalu enggan. Melihatkan usaha Bintu Koyube, saya kembali semangat. InshaAllah…jangan pernah putus asa mendidik anak2. Siapa kata anak berusia 4 tahun tu sudah terlambat? Saya kagum lagi dengan cara sahabat saya ini.

Semasa hendak minum air, terjadi satu situasi di mana Insyirah berebut botol air dengan Ayaka. Mereka berdua menjerit2 mahu memiliki botol tersebut. Bintu Koyube bersuara lagi,

“Insyirah, bagi botol air kakak Ayaka. Insyirah anak solehah kan? Nanti Allah sayang, dapat masuk syurga. Kat syurga ada banyak botol lagi”

Saya ketawa kecil mendengarkan dialog Bintu Koyube yang sungguh bersahaja.

Waktu berlalu seketika. Selesai makan, Insyirah mengajak Ayaka bermain lumba lari di perkarangan masjid itu. Sebelum berlumba, uminya memberi cadangan membaca doa dulu. Insyirah lalu tadah tangan dan baca doa penerang hati. Saya terhibur melihatkan telatahnya.

Tak lama kemudian, abinya datang setelah selesai bermain badminton.

“Insyirah, jom kita buat pahala nak? mesti abi dahaga tu. Jom bagi abi air”

kata Bintu Koyube mengajak puterinya. MasyaAllah, hebat sungguh tarbiah ibu muda ni pada anaknya. Saya pasti anak sekecil tu tak faham pun lagi maksud pahala. Tapi sudah dibiasakan dengan bahasa pahala dan bahasa syurga dalam setiap butir kata-kata pada si anak.

Mereka anak-beranak menghampiri abi dengan membawa air.

“Abi, nak duit. Masuk dalam ni”

Insyirah menunjukkan tabung masjid kepada Abinya.

“Oh..bagus. kalau masuk duit dapat apa?

tanya abinya semula.

“Dapat masuk syurga”

kata Insyirah pula.

“Dalam syurga ada apa?

giliran uminya pula bertanya. Saya sedari tadi diam, hanya pasang telinga.

“Ada playdoh…”

jawapan Insyirah membuatkan kami semua ketawa.

“Cuba tanya abi dalam syurga ada apa? Nanti abi jawab, ‘dalam syurga ada bidadari'” kata Bintu Koyube mengajuk cakap abi.

Saya senyum lagi. Setuju..

Berhari-hari selepas itu, Ayaka selalu terkenangkan jawapan Insyirah. Katanya pada saya,

“Ummi, kenapa Insyirah kata dalam syurga ada playdoh? Dalam syurga mana ada playdoh”

sangkal anak saya yang sangat suka tengok playdoh di youtube.

Anakku..dalam syurga itu ada apa2 sahaja yang kamu mahu dan kamu suka. Apa-apa sahaja yang kamu imiginasikan, secara automatik ia menjadi milikmu di syurga. Sesungguhnya kehidupan di syurga adalah refleksi kehidupan di dunia.

Saya pulang ke rumah dengan semangat baru. Selama ini saya tak pernah berhadapan dengan situasi di mana ibu-ibu selalu mengaitkan Allah dan bahasa pahala-syurga bila berkomunikasi dengan anak sekecil 3-4 tahun. Malah, yang pernah saya jumpa, ibu marah2 pula anak dengan bahasa kasar dan sindirin.

Bintu Koyube mentarbiyah saya, tidak mustahil untuk perkenalkanlah bahasa syurga pada anak2 kita. Mereka mungkin tak faham, tapi kata2 itu akan terakam kemas dalam minda mereka sampai mereka besar kelak. Bahasa2 atau dialog yang digunakan mungkin kedengaran “skema”. Tapi percayalah, semakin lama ia semakin indah di pendengaran. Sepatutnya itulah bahasa yang kita perlu lontarkan kepada anak setiap hari dan setiap masa.

Betul kata orang. Nak didik anak, perlu ada ilmu. Dan ilmu yang saya dapat pada hari itu sangat berharga dan bernilai.

Terima kasih, sahabat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s