teknikbelajar

5 Langkah Mengurus Emosi Anak-anak

Sejak akhir-akhir ini emosi anak anda sering tidak stabil? Secara umumnya, kestabilan emosi anak bergantung kepada persekitaran dan perkembangan fizikal dan mental mereka. Mengikut pengalaman saya, jika kedua ibu bapa sibuk dan tidak ada masa untuk “connect” dengan anak, anak-anak cenderung ‘buat perangai’. Kadangkala mereka suka menjerit, mudah tersentuh, berasa sedih dengan perkara kecil, marahkah sesuatu, merengek, cepat menangis, kecewa dan sebagainya. Jadi janganlah disalahkan mereka, ya. Ada kemungkinan sikap mereka berubah kerana kurangnya perhatian yang kita berikan kepada mereka.

Pagi tadi saya terdengar di televisyen. Seorang pakar di bidang keibupabaan berkata, sebagai ibu bapa, kita perlu membimbing anak untuk MENGURUS keperluan emosi mereka, bukannya menghalang mereka untuk mengekpresikan perasaan . Jika mereka hendak menangis, biarkan. Usah dilarang. Reaksi yang biasa kita buat jika anak menangis ialah

1. Melarang

“Janganlah menangis. Bisinglah..”

2. Membanding/mengejek

“Boleh tak abang berhenti menangis? dah besar-besar pun nak menangis. tak malu ke? adik pun tak nangis”

3. Sarkastik

“haa menangis laa..menangis kuat lagi”

Dalam sedar atau tidak, sebenarnya kita sudah terbiasa mengucapkan kata-kata sebegini untuk menidakkan emosi anak-anak. Sedangkan ini adalah salah satu cara mereka untuk meluahkan perasaan mereka.

Oleh kerana kita begitu sibuk mahu berhentikan emosi negatif anak-anak, akhirnya kita terlupa sebenarnya kita boleh bantu mereka untuk mengurus emosi tersebut dan salurkannya kepada emosi yang positif. Jangan tak tahu, emosi juga ada kecerdasannya. Ia disebut sebagai “Emotional Intelligence” di negara barat.

Apa yang kita boleh lakukan untuk memupuk kecerdasan emosi anak-anak?

photo_2015-12-09_14-30-27

1. Akui perspektif mereka dan empati

Akui emosi yang sedang mereka alami dengan menunjukkan rasa empati. Mengakui tidak semestinya bersetuju, tapi kita cuba berkongsi rasa yang sama seperti apa yang mereka rasa pada waktu itu. Cuba fahami dan biarkan mereka selami perasaan tersebut untuk seketika.

Contohnya,

“Abang marah ye adik koyakkan buku. Mama faham”

“Aya sedih sebab susah nak zip kan baju ni ye. Mari umi tolong”

“Adik nak main lagi kat luar ye. Tapi kita kene masuk. dah malam ni”

 

  • mengajar anak membangunkan rasa empati dalam diri mereka
  • ibu bapa mengajar anak mengenali kepelbagaian emosi yang wujud dalm diri mereka dengan menyebutkan perasaan tersebut.

2. Benarkan mereka lepaskan perasaan

Terima emosi dan perasaan mereka. Jangan cuba melarang. Jangan berkata ‘jangan’. Ini akan memberikan mesej kepada mereka bahawa emosi tersebut adalah normal sebagai seorang manusia yang berperasaan. Melarang tidak selesaikan masalah, sebaliknya hanya akan menekan dan mencederakan emosi mereka sendiri. Ibarat bola yang terapung dalam air, makin ditekan makin kuat ia menolak ke atas.

Sampaikan mesej kepada mereka bahawa sebagai seorang manusia ia adalah normal untuk mereka berperasaan begitu, namun beberapa tindakan perlu diambil untuk menguruskannya.

Contohnya,

“Aya marah kawan selalu rosakkan mainan ye. Tak apa. Jangan pukul dan gaduh dengan dia. Nanti umi cakap baik-baik dengan dia ye”

 

“Abang takut nak pergi sekolah esok ye. Mama pun dulu selalu tak nak pergi sekolah sebab cikgu garang. Nak tahu macam mana mama buat? mari sini mama ceritakan..”

 

  • bantu anak menerima emosi mereka sebagai perkara yang normal. Oleh itu, mereka akan cepat selesaikan masalah emosi mereka dan berasa lebih tenang.
  • penerimaan anda menunjukkan kepada mereka bahawa perasaan itu bukanlah sesuatu yang membahayakan, memalukan dsb sebaliknya ia adalah perkara normal yang boleh diuruskan.

 

3. Mendengar luahan hati mereka

Kadangkala mereka hanya ingin perasaan mereka didengari. Sedangkan bayi seusia 6 bulan pun menunjukkan perasaan kecewa mereka jika tidak dapat apa yang mereka mahu. Anak kecil saya apabila saya gantikan apa yang dia mahu dengan benda lain, terus dicampaknya barang tersebut sambil menangis-nangis.

Sebenarnya, kanak-kanak mempunyai kemampuan menghilangkan emosi dengan sangat pantas. Sebaik sahaja dapat meluahkan perasaan mereka, mereka segera OK dan lupa seolah-seolah mereka tidak pernah merasa sedih, kecewa, geram atau marah sebelum itu. Dengan syarat, kita bantu mereka meluahkan perasaan.

(Bukan seperti kita..kalau fail exam berhari-hari murung fikir masa depan. Huhu..!)

 Percayalah, jika kita terus respon positif kepada emosi mereka, sebentar sahaja ia akan lenyap. Berbanding kita marah-marah dan menyuruh mereka diam. Makin lamalah rajuk dan muncung mereka. Kata kuncinya, dorong mereka untuk meluahkan perasaan.

Contohnya,

“Adik nampak sedih sejak kakak masuk asrama. Cuba cakap dengan ayah”

“Nampaknya Ahmad marah kat mama sebab mama tak belikan mainan tu. cuba cerita. Mama dengar”

“Sofea kecewa ibu selalu balik lambat sejak akhir-akhir ni. ada yang mengganggu fikiran Sofea ke? cuba ceritakan pada ibu”

  • Jangan biarkan emosi terperangkap dalam diri anak-anak. dorong mereka untuk bercerita. bantu mereka dengan mendengar setiap luahan yang ingin mereka kongsikan. Jika emosi terus terperang, tantrum akan menguasai. Itu sahaja caranya untuk mereka lepaskan emosi mereka. Bagi anak-anak remaja, mereka mula memprotes, dan mula mencari rakan sebaya/orang lain untuk meluahkan perasaan mereka. Keadaan ini boleh jadi lebih membimbangkan.

4. Bantu mereka menyelesaikan masalah

Anak-anak masih kecil. Jika menguruskan diri sendiri seperti mandi, pakai baju, sikat rambut, suapkan makan dan perkara-perkara lain pun kita uruskan dan ajar mereka sejak mereka kecil dulu. Inikan pula menguruskan emosi. Lebih-lebih lagi ia perlu dibimbing. Ingat tak masa mereka bayi dulu, jika mereka menangis, kita dengan segera pujuk. Kita akan cari sebab kenapa mereka menangis dan penuhi kehendak mereka. Bila mereka semakin besar, kenapa kita tak buat perkara yang sama?

Beri mereka cadangan, ceritakan kesan baik dan buruk dan dorong mereka untuk berfikir rasional.

5. Bergurau dengan anak

Teknik ini mungkin memerlukan sedikit kreativiti tersendiri dari ibu bapa. Ia akhirnya akan membuatkan anak kembali senyum dan ketawa. Secara tak lansung, emosi negatif mereka akan beransur hilang.

Saya nak kongsikan caranya melalui apa yang telah dilakukan oleh seorang ibu dalam video ni. Harap anda belajar sesuatu!


 

 

Di akhirnya, saya nak berikan satu situasi mengenai contoh terdekat mengurus emosi anak-anak yang baru saya alami semalam.

Anak saya berumur 4 tahun menjerit-jerit marah pada adiknya yang berumur satu tahun selepas istana lego yang dia bina musnah dicampak oleh si adik. Adik yang tak faham apa-apa diam dan buat tak tahu aja. Bila saya lambat beri respon, dia terus pukul kepala adik dan menjerit-jerit marah lagi (mahu perhatian dan lepaskan perasaan). Kemudian si adik pula menangis. Kerana kasihankan adik (sebab fikir kakak dah besar, boleh pujuk diri sendiri), saya terus dukung dan pujuk adiknya membuatkan dia menjerit lebih kuat, masuk bilik dan menghempas pintu.

Di sinilah kesilapan saya. Apabila kita perasan ada sesuatu yang tidak kena, cepat-cepat bertindak. Selamatkan dulu emosi kakak kerana ternyata emosinya lebih cepat naik berbanding adik yang belum mengerti apa-apa. Minta bantuan ayah untuk pujuk adik, dan si ibu boleh terus mendorong emosi positif kakak. Lakukan langkah demi langkah seperti di atas. Sekiranya saya perhatikan dia masih tak mahu terima, saya biarkan dan beri dia masa. Kemudian baru dapatkan dia semula.

 

Anda boleh baca artikel ini dengan lebih lanjut melalui website ini 5 Steps To Nature Emotional Intelligence in Your Child

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s