Anak-anak · anakcemerlang · Dunia Rumahtangga · effectiveteaching · keibubapaan

7 Cara Mengajar anak Berinteraksi dengan Orang Lain

 

Adakah anda mempunyai masalah anak2 tak berminat berhubung dengan orang yang mereka kenal atau pertama kali mereka jumpa? Mereka selalunya tak mahu bersalaman, menunjukkan rasa tak suka bila orang cuba berbual dengan mereka dan memberikan reaksi kurang senang apabila disapa.

Dalam entry terdahulu, saya ada menulis berkenaan 8 intelligence anak-anak, di mana salah satunya adalah intrapersonal. Anak2 yang mempunyai intelligence intrapersonal sangat bagus hubungan sosial dengan orang lain dan dunia luar. Kalau kita yang dewasa ni segan-segan nak tegur jiran walaupun sebelah rumah, dia relax je boleh bagi salam dan buka mulut bersembang itu dan ini. Selain tu, mereka juga pandai bawa diri, pandai bersosial, dan pandai berinteraksi.

Jika dari kecik kita sudah boleh nampak anak kita mempunyai kepintaran intrapersonal, inshaAllah tak ada masalah. Tetapi jika mereka ni jenis yang pemalu, kurang yakin dan menunjukkan rasa kurang berminat untuk berinterasi dengan orang, nampaknya sebagai ibu bapa kita perlu buat sesuatu supaya dapat melatih mereka bersosial dengan dunia luar.

Penting ke melatih mereka bersosial dengan dunia luar ini?

  1. Di antara kita mesti ada pengalaman kan, bila kita menziarah ke rumah orang, anak kita buat tak tahu je dengan tuan rumah. Salam pun tidak. Ada yang pandang muka pun tak mahu. Lebih parah jika orang yang kita ziarah tu nenek dan datuk mereka sendiri. Slumber je mereka masuk ke rumah tanpa melihat orang sekeliling. Apabila disuruh bersalam, mereka melenting.
  2. Bila dah jadi begini, bukan sahaja akan menjejaskan komunikasi dan interaksi mereka dengan orang luar, tapi juga mungkin mendatangkan rasa kurang senang orang tersebut kepada anak kita. Ada yang rasa menyampah, atau mungkin menganggap anak kita yang masih berusia 3-4 tahun tu tak beradab atau sombong.
  3. Mengajar anak tentang adab dan sopan ini penting sejak mereka kecil lagi. Cara ini dapat memberi latihan sosial dan komunikasi kepada mereka mengikut apa yang telah digariskan oleh syariat.

 

Apabila anak meningkat usia 4 tahun, saya semakin risau dengan social skill beliau. Kadang-kala kita ambil mudah tentang semua perkara, termasuklah jika dia tak mahu bersalaman dengan orang lain. Alasan kita, “biarlah..dia kecil lagi”. Namun sebenarnya pembinaan karakter ini perlu dibentuk sejak mereka kecil lagi.photo_2015-12-04_16-54-33

1.Ingatkan mereka sebelum berjumpa dengan orang

Biasanya, sebelum berjumpa dengan orang, saya akan ingatkan dari dalam perjalanan lagi supaya dia tak lupa bersalam terutama kepada yang menghulurkan tangan kepadanya. Cara ini supaya mereka bersedia, ingat dan tahu apa yang mereka perlu buat nanti.

Contohnya:

Aya, nanti dah sampai rumah opah, jangan lupa salam opah dan atuk ye. Ingat pesan umi ni.

2. Biasakan bersalaman dengan mereka apabila bertemu dan berpisah

Salah satu latihan paling berkesan adalah dengan biasakan bersalaman dengan diri kita sendiri sebagai ibu bapa mereka. Latih anak bersalaman dengan kita apabila kita hantar anak ke sekolah, ditinggalkan di rumah pengasuh atau apabila hendak berpisah. InshaAllah apabila mereka sudah terbiasa, mereka pasti tidak teragak-agak untuk menyambut salam dengan orang lain.

3. Ibu bapa sebagai contoh

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Anak-anak tidak akan ikut jika dia tidak pernah nampak ibu bapa dia bersalaman. Biasakan diri kita bersalaman dengan kawan2, ibu bapa atau saudara-mara setiap kali bertemu. Dengan ini, anak akan mula memerhati, faham dan akan mencontohi kita. Berbanding kita asyik memberikan arahan dan menyuruh, mereka akan cepat memberontak dan rasa dipaksa.

4. Jadikan orang terdekat sebagai contoh

Apabila saya ingatkan anak supaya bersalam dengan orang, saya suka untuk menyebutkan beberapa contoh nama yang dia kenal yang mana orang tersebut begitu pandai bersalaman dan berinteraksi dengan orang lain. Contohnya beberapa nama sepupunya yang secara automatik akan bersalaman bila kami menziarahi mereka. Anak akan cepat terdorong dan melakukan perkara yang sama juga.

5. Memberikan Pujian

Jika kita lihat mereka sudah pandai memberikan reaksi apabila berhubung dengan orang lain melalui salam, senyum dan sapaan, berilah pujian kepada mereka. Baru-baru ini anak saya telah kata kepada saya,

Ummi, tadi Aya dah salam opah dan atuk

Terus puji dia, sapu kepalanya dan berikan kata-kata peransang.

Alhamdulillah bagus anak ummi. beginilah anak solehah

6. Mendidik melalui cerita

Salah satu cara berkesan untuk mendidik anak-anak ialah melalui teknik bercerita. Ceritakan kepada mereka kisah-kisah tauladan dan berikan pengajaran di hujung cerita. Anak saya yang berusia 4 tahun itu sangat suka mendengar cerita saya sebelum tidur. Kisah-kisah yang saya ceritakan ada yang saya reka sendiri, kadang-kadang menggunakan namanya sebagai watak utama. Sebagai contoh, jika kita mahu dia menjadi anak yang mendengar kata dan berakhlak baik, cerikan kisah seorang budak baik yang selalu patuh kepada ibu bapa. Baru-baru ini saya terkejut bila anak saya kata,

Aya nak dengar cakap ummi. Macam Abu tu..

Bila saya teringat balik, Abu adalah salah satu watak yang saya reka dalam siri cerita saya sebelum dia tidur. MasyaAllah tak sangka dia boleh ingat dan relate dengan dirinya sendiri.

7. Bina “connection” dengan anak

Jika kita tak bina hubungan yang baik dengan anak, jangan bermimpi lah anak akan mendengar nasihat-nasihat yang baik dari kita. Bina hubungan, kepercayaan dan ikatan yang kuat antara kita dengan anak. Barulah mereka akan mula mendengar nasihat yang baik, yang akhirnya membina karakter dan akhlaknya sedari kecil. Selepas membina hubungan baik dengan ibu bapa, inshaAllah mereka akan mula membina hubungan baik dengan orang di sekeliling mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s