Anak-anak · anakcemerlang · effectiveteaching · keibubapaan · matematik · My Family · teknikbelajar · tipsbelajar · tipsmengajar

Fun Activities With Your Kids #1

Assalamualaikum..

Alhamdulillah cuti sekolah telah bermula.

Jadi, apa taktik dan tips2 ibu bapa sekalian dalam usaha untuk membantu mengisi masa lapang anak2 dengan aktiviti yang sihat?

Cabaran kita musim sekolah dulu tak sama dengan budak zaman sekarang. Channel TV dulu, rancangan kartun mungkin terhad pada waktu pagi dan petang aje. Tapi sekarang, channel kartun pun dah banyak. Rancangannya pula bersambung2 dari pagi bawa ke malam (T-T)

Itu belum cerita lagi pasal tablet, telefon pintar, you tube, game, etc..

Jika kita tak “connect” dengan mereka, alatan2 elektronik inilah yang akan mengambil alih peranan kita.

Setuju ke setuju?

Anak2 ni kan sebenarnya suka sangat jika dapat buat aktiviti bersama ibu bapa. Jika kita nak buat apa2 seperti memasak, buat kek, cuci kereta, lipat baju dll libatkanlah mereka. Itu baru kerja2 rumah. Kalau buat aktiviti kraftangan, mewarna, menampal, mengira, menulis dll lagilah mereka suka.

photo_2015-11-24_10-43-36

Di bawah ini saya nak kongsikan beberapa idea belajar matematik yang fun. Seperti biasa, idea simple dan senang. Tapi sepanjang buat ni, anak suka sangat. sambil2 mewarna sambil berborak. sambil mengira sambil susun. Sambil jawab soalan, kita puji dan tepuk tangan.

photo_2015-11-24_10-34-40
hasil tambah :)

 

photo_2015-11-24_10-34-49
angka paling besar
photo_2015-11-24_10-34-44
kira bentuk dan padankan

korang boleh minta anak gunting dan tampal kertas atas kad2 kecil seperti dalam gambar. Selepas itu, boleh minta mereka warnakan bentuk2 dan angka yang korang lukis. Masa ni mereka akan tanya macam2. Contohnya, nak kaler warna apa, nak minta kita buat shape apa, nak warna perlahan atau kuat dll. Jadi, layankan segala pertanyaan mereka. Di sinilah berlakunya  komunikasi dengan anak. Akhir sekali selesaikan soalan matematik mengikut kad.

Kenapa tak tulis atas buku je?

mungkin ada yang tanya soalan ni.

tak dinafikan kalau buat atas buku, boleh selak2, tengok2 balik. tak membazir kertas dan tak hilang.

Tapi bila buat cara play kad macam ni, boleh ulang2 main (sambil belajar) banyak2 kali. boleh bawa ke mana2 je. simpan elok2 dalam kotak kecik. (sambil2 usrah, bolehlah minta anak selesaikan soalan matematik play kad dengan kawan2. Walaupun bila sampai je tempat usrah dia pun berlari2 main dengan kawan. Akhirnya melupakan play kad yang dibawa tutu. pftttt..)

Selain itu, anak2 rasa lebih fun sebab boleh cari kad sambil cari jawapan.

————————–

Cubalah dan lihat betapa excited nya anak!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s