Anak-anak · anakcemerlang · Dunia Rumahtangga · effectiveteaching · keibubapaan · My Family · tipsmengajar

Cara Berkesan Beri Arahan Kepada Anak

Assalamualaikum WBT

InshaAllah, dalam usaha saya nak mempraktiskan ilmu yang saya belajar dalam parenting seminar yang lalu, saya cuba untuk berkongsi sekali lagi melalui penulisan di blog ini. Orang kata, lebih banyak kita memberi/berkongsi, lebih banyak yang kita akan terima kan?

Ini adalah satu “Pearl” yang diterima dalam banyak2 pearl yang diberikan.

Apakah itu?

Jeng3x!

Ya..teknik dan cara berkesan bagaimana memberi arahan kepada anak2.

photo_2015-11-19_15-27-01

Pernah tak kita bagi arahan kepada anak sampai berkali2, tapi dia tak buat jugak? sampai dah nak berbuih mulut kita bercakap, tapi masih tiada gerak balas. Lepas tu, mulalah kita melebel anak degil, tak dengar kata atau pemalas. adoii..(T__T)! pengajaran untuk diri: kata2 itu satu doa, wahai mak dan ayah.

Tiba2 teringat zaman kecil2 dulu. Memang selalu kene marah sebab tak dengar kata. Ayat favourite mak masa tu,

“tolong jangan bagi mak ulang 2,3 kali”

Lepas ulang 2-3x tu, tak buat juga, piappp singgah ke badan. huhuhu..

Rupa-rupanya arahan kita tu tak berkesan disebabkan beberapa faktor.

  1. Anak tidak bersedia

Arahan itu diberikan mungkin ketika anak tak bersedia menerima arahan. Dia mungkin tengah menonton TV rancangan kegemaran, sedang buat kerja sekolah, bermain dan lain2. Pada waktu fokusnya terarah kepada perkara lain, tak mungkin dia akan beri perhatian kepada arahan kita. Itu yang kene cakap banyak2 kali, baru dia sedar yang dia menerima arahan.

 2. Arahan tak jelas

Arahan mungkin tak jelas, terlalu panjang dan berulang-kali. Anak2 tak get the point dan tak faham apa yang dia perlu buat. Salah satu sikap anak2 terutama yang berusia 6 tahun ke bawah ialah mereka tidak boleh terima lebih dari satu arahan.

Contohnya,

“Ayaka, pergi mandi cepat. Jangan lupa gosok gigi. Lepas mandi, tolong masukkan baju kotor dalam bakul. Bakul tu kalau dah penuh letak tepi mesin basuh. Kemudian sidai tuala di penyangkut. Sidai elok2 tuala tu.  Masa nak ambil baju tu jangan sepah2kan pula. Ummi dah lipat elok2. Sikat rambut dan letak semula sikat dalam almari. Jangan biarkan sikat atas lantai, nanti adik main hilang pula. Susah nak cari.”

Haaa…hambik kau..punyalah panjang dialog arahan mak di pagi hari. Anak pun konpius. mana satu nak kene buat ni? Semua nak kene buat ke? kalau lupa, mak juga yang marah.

3. Tiada tindakan susulan

Ini adalah tindakan parents selepas beri arahan. Kebanyakan kita cenderung untuk marah anak lepas sekali dia tak dengar arahan. Tindakan susulan yang kita buat jika dia masih tak buat selepas kita suruh adalah marah atau berleter. Sedangkan kita telah skip step pertama dan step kedua. Sebab tu dia tak dengar arahan. Ada juga yang tak susuli arahan dengan terima kasih atau penghargaan. Akhirnya anak tak terdorong nak dengar arahan kita lagi.

——–

3 Langkah Beri Arahan

  1. Bersedia

-Pastikan parents dan anak 2-2 dalam keadaan bersedia. Kalau anak tengah tengok TV, minta dia datang kepada kita. Jika sedang tengok tablet/smartfon, berhenti dulu. Make eye-contact dan fokus. Kemudian baru kita berikan arahan. Semasa memberi arahan, pastikan tiada aktiviti lain yang sedang berlaku.

2. Arah

Semasa beri arahan, pastikan jelas dan ringkas. Sebut sekali sahaja dan minta anak ulang. Tujuannya supaya dia benar2 faham dan tahu apa yang dia kene buat.

Contoh:

“Abang, tolong mama ambil daun pandan di belakang rumah”

“Ayaka, tolong ummi ambil pampers adik dalam almari”

“Kak Long, tolong kemas buku atas meja”

Kemudian tanya semula,

Apa mama minta tolong tadi?

Tunggu dia ulang. Kemudian minta dia buat tindakan. Sebut sekali sahaja.

3. Tindakan susulan

Jika parents tak buat kerja lain pada masa itu, tunggu anak selesaikan arahan tu sampai habis. Selepas tugasan diselesaikan, PUJI. InshaAllah anak akan terdorong untuk dengar arahan untuk yang seterusnya.

———————

Ok. Jangan lupa praktikkan pada anak2. Rasanya cara ni kalau nak dipraktikkan kepada pasangan pun boleh kot…😀

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s