Anak-anak · anakcemerlang · effectiveteaching · keibubapaan · matematik · teknikbelajar · tipsmengajar

8 Kepelbagaian “Intelligence” Anak Anda

Assalamualaikum wrt

Alhamdulillah..semalam keputusan UPSR telah diumumkan. Dikhabarkan seramai 38 344 orang murid berjaya mencapai 5A. Dalam news feed FB dan group whatsapp saya juga ramai yang mengucapkan tahiah atas kejayaan anak,adik, sepupu, dan saudara mara terdekat. Tahniah2!

Saya juga sempat update status ucapan tahniah kepada diri sendiri atas kejayaan mendapat 5A 17 tahun lalu. P.O.Y.O jeeūüėõ

photo_2015-11-18_16-07-18

Masih berkaitan dengan Parenting Seminar yang saya hadiri hujung minggu lalu. Puan Noor Afidah ada menyelitkan penerangan tentang “Intelligence” manusia. Intelligence ni maksudnya kebijaksanaan atau kepintaran. Secara umumnya, kalau cakap pasal intelligence, kita cenderung untuk mengaitkan dengan kepintaraan anak2 dalam akademik. Sebenarnya, tahukah kita yang kepintaran itu ada 8 jenis (dan sekarang dikhabarkan ada yang 9), dan kepintaran dalam akedemik adalah salah satu darinya! nampak tak? begitu kecilnya portion kepintaran dalam akademik dalam banyak2¬†kepintaran yang lain.

multiple-intelligences

1. Interpersonal (people smart)

Anak2 yang ada ciri2 ini biasanya pandai berinteraksi dengan orang lain. Mereka seorang yang peramah, memahami, pandai bergaul dan pandai membawa diri. Selain itu, mereka peka dan sensitif dengan perasaan orang lain, pandai memberi motivasi, berasa empati dan pandai bekerjasama. Mereka biasanya lebih bagus belajar sesuatu dalam kumpulan melalui perbincangan dan perbahasan.

2. Interpersonal (Self smart)

Interpersonal biasanya lebih suka bekerja sendiri. Mereka prihatin terhadap diri sendiri dan pandai bawa diri tanpa bantuan orang lain. Mereka berupaya memahami suasana, kelemahan dan kekuatan diri sendiri. Merek lebih sesuai belajar dan bekerja sendiri.

3. Linguistik (word smart)

Linguistic intelligence adalah berkaitan dengan perkataan, percakapan atau penulisan. Mereka menguasai bahasa dapat mengekpresikan alam dengan baik. Mereka biasanya suka membaca, baik dalam penulisan, pandai bercerita dan menghafal.Mereka lebih cenderung belajar melalui pembacaan, membuat catatan dan mendengar kuliah. Mereka pandai berbincang, berbahas, mengajar dan menyampaikan ucapan.

4. Logical Mathematical (Logic smart)

Kepandaian dalam akademik (dalam dunia kita sekarang) terletak dalam kategori ini. Kepintaran ini ada kaitan dengan logik, sebab dan nombor. Mereka yang ada kepintaran ini biasanya bijak dalam matematik, bagus bermain catur, computer programming, puzzle dan lain2 aktiviti numerikal. Mereka juga bagus dalam pemikiran sains, pengiraan kompleks, kajian dan analisis.

5. Naturalist (nature smart)

Kepintaran ini berkaitan dengan memahami alam semulajadi, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka biasanya bagus dalam pemerhatian. Pemikiran mereka juga bertumpu kepada persekitaran dan mencintai alam semulajadi. Mereka sangat suka kepada tumbuh-tumbuhan, sungai, gunung, pantai dan lain2.

6. Spatial/Visual (picture smart)

Kebijaksanaan ini berkaitan dengan penglihatan dan ruang. Mereka sangat baik dalam memberikan gambaran, mencipta dan melukis. Mereka biasanya cenderung kepada berkarya seni dan mempunyai ingatan yang kuat terhadap apa yang mereka lihat.

7. Body kinesthetic  (body smart)

Kebijaksaan ini berkaitan pergerakan badan dan aktiviti fizikal. Mereka biasanya baik dalam sukan, renang, tarian, dan lain. Mereka juga bagus dan pembinaan dan mencipta sesuatu. Mereka dapat belajar dengan baik dalam keadaan membuat sesuatu aktiviti berbanding pembacaan dan pendengaran.

8. Musical (music smart)

Orang yang mempunyai musical intelligence sangat sensitif kepada bunyi, ritma, nada dan muzik. Mereka mendengar nada dengan bagus dan biasanya ada bakat menyanyi, bermain alat muzik atau mengubah lagu. Mereka dapat memberi reaksi dengan baik terhadap corak ritma dan nada.

————————-

Kesimpulannya, jika anak tidak cemerlang dalam akademik, janganlah kita merasa gusar dan bimbang. Malah ada ibu bapa yang merendah2kan kebolehan anak dan ada sebahagian yang lain tidak bersetuju anak memilih bidang yang diminati hanya kerana ia bukan bidang akademik. Sebagai ibu bapa, teruskan memberi galakan. Lihatlah kepada kekuatannya. Dalam dunia ni, ada seribu satu pekerjaan dan ramai orang berjaya “buat duit” dengan bidang yang sangat mereka¬†minati dan sangat mereka kuasai kerana “intelligence” mereka. Janganlah kita risau “nak kerja apa nanti?

hehehe..

Finally, mari kita hayati kata2 Albert Einstein di bawah:

imageseveryone-is-a-genius_small

 

One thought on “8 Kepelbagaian “Intelligence” Anak Anda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s