Anak-anak · anakcemerlang · effectiveteaching · keibubapaan · tipsmengajar

Tegur Anak dengan Teknik Sandwich

Assalamualaikum..

Dalam seminar keibubapaan anjuran Tunas Ventures yang lalu, kawan sebelah seat saya memberikan pendapat beliau berkenaan memberi teguran menggunakan teknik sandwich.

Wow?!

photo_2015-11-17_11-38-26

Apa tu? bunyinya seakan menarik. tiba2 teruja pula mendengarnya.

Sebenarnya teknik ni sudah common di negara2 barat. Tapi kurang pendedahannya di negara kita.

Teknik Sandwich adalah satu teknik di mana kita memulakan teguran dengan sebut sesuatu yang positif terlebih dahulu, disertai dengan teguran untuk penambahbaikan dan kemudian ditutup sekali lagi dengan pujian.

Bagus kan?

Siapa yang tidak suka dipuji? Lebih2 lagi anak2.

Teknik ni bukan sahaja sesuai dipraktikkan oleh ibu bapa kepada anak, tetapi juga dari guru kepada pelajar, ketua kepada anak buah dan majikan kepada pekerja.

feedback-aiesec-babez-8-638

Berikut adalah contoh2 skrip Teknik Sandwich:

Bagus Aiman, kamu siapkan kerja sekolah yang cikgu bagi semalam. Tapi harapnya lain kali tolong kemaskan sedikit tulisan kamu ni ye. Kamu memang seorang yang teliti dan boleh jawab dengan baik kesemua soalan matematik ni.

Rajin kak long tolong mama lipat lain. Cuma lipatan tu bagi kemas sedikit ya. Kak long memang boleh jadi contoh pada adik2.

Cikgu nampak peningkatan awak dalam subjek matematik. Buat banyak lagi latihan topik ini di rumah ya. Kadang-kadang awak careless. Bagus, teruskan lagi usaha!

Bagus adik letak beg dalam bilik selepas balik sekolah. Lepas ini beg tu tolong susun di atas rak ye. Awak memang rajin mengemas.

Jadi, ingat teknik sandwich: Roti menjadi pujian, teguran untuk penambahbaikan menjadi inti dalam, kemudian lapisi dengan roti (pujian) sekali lagi. Setiap anak akan respon positif dengan teknik ini. InshaAllah..

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s