Anak-anak · anakcemerlang · effectiveteaching · keibubapaan · My Family · tipsmengajar

Teknik Memuji Anak/Pelajar Yang Kita Jarang Ambil Tahu

Assalamualaikum

Alhamdulillah hujung minggu lalu saya berkesempatan menghadiri satu Parenting Seminar di kawasan kami. Banyak sangat ilmu baru yang kami perolehi. InshaAllah saya nak kongsikan satu topik penting dalam perbincangan kami yang lalu iaitu teknik dan cara memuji anak2 yang kita jarang ambil peduli. Teknik ini juga sangat sesuai diberikan oleh cikgu2 untuk anak2 murid anda!

photo_2015-11-16_14-13-52

Dari segi teorinya, pujian terbahagi kepada 2:

Pujian Evaluatif 

pujian yang terlalu umum

contohnya:

“pandainya..”

“rajinnya..”

“good girl!

Pujian begini tidak salah. Tetapi bersifat umum dan hanya fokus kepada pencapaian. bukan kepada usaha.

Pujian Diskriptif

Ini adalah pujian yang bersifat spesifik dan puji fokus kepada usaha.

Satu perkara penting yang parents/cikgu kene tahu ialah, jangan tunggu ‘end result’ barulah kita memuji. Akibatnya, jika keputusan di hujungnya tak tercapai, kita tidak memuji. Sedangkan dalam usaha mereka nak capai sesuatu perkara, ada banyak usaha, pengorbanan dan susah payah yang telah mereka lalui, walaupun keputusan akhirnya tidak tercapai seperti yang diharapkan. Allah swt juga mengganjari pahala kepada kita berdasarkan usaha kita walaupun kecil, bukanlah pada kejayaan kita buat sesuatu perkara.

Ingat! cari dan fokus kepada usaha, kemudian puji. Cara ini dapat menggalakkan mereka usaha lebih lagi.

Berikut adalah contoh2 pujian diskriptif:

“alhamdulillah..bagusnya. mama suka kakak tolong pakaikan baju adik”

“Bagus. keputusan abang meningkat dari yang sebelumnya. Begitulah kalau rajin belajar”

“Ummi suka kak ngah susun kasut dan beg selepas balik sekolah. Barulah kemas rumah kita”

“Pandai anak mama pujuk adik menangis tadi. Bolehlah mama solat dengan kusyuk”

“Cikgu suka tengok tulisan awak yang kemas ni. senang cikgu nak semak”

“Wah kemasnya bilik adik. bantal dah letak di atas katil. baju dalam bakul. permainan pun dah simpan dalam kotak. Pandai adik kemas bilik”

Ok..ini sebahagian contoh skrip memuji teknik diskriptif. Jom para ibu bapa dan guru. Kita kreatif dalam membuat skrip pujian. Fokus kepada puji usaha dan spesifik apa yang diusahakan oleh anak2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s