Anak-anak · effectiveteaching · matematik · My Family · Story · Study · teknikbelajar · tipsmengajar

Meransang Minat Matematik Seawal Usia 4 Tahun?

Assalamualaikum
photo_2015-11-12_12-58-35
Sekali baca tajuk macam tak percaya je kan?

Iya ke 4 tahun dah boleh ajar anak matematik?

Iyaaa…memang betul…!

Tak perlu ajar yang susah2..yang simple2 tapi jika dilakukan dengan kreatif, pasti anak anda akan tinggalkan segala macam bentuk gadjet di rumah tu.

Pertamanya, anda kene tahu anak anda jika diajar dan dilatih, pada usia ini sudah boleh mengira dari 1-10. malah jika diajar lagi, mereka boleh kira lebih dari itu! masyaAllah hebat kan otak anak2.

Jadi, untuk buat aktiviti2 yang dicadangkan ni, pastikan anak anda dah boleh mengira basic 1-10 ok?

  1. Menyusun

photo_2015-11-12_13-17-33

Tulis nombor dan buat garisan di atas kertas seperti gambar di atas. Minta anak kira lego block dan susun mengikut nombor yang tertera. Anda boleh gantikan lego blocks dengan benda lain. Kalau objek yang bewarna-warni lagi bagus!

2. Tambah

photo_2015-11-12_13-17-35

Tulis di atas sekeping kertas soalan tambah. tak perlu nombor besar, mulakan dengan nombor kecil dahulu. Sebaiknya gunakan lego blocks untuk aktiviti ini supaya mereka boleh susun tinggi2. minta mereka kira jumlah hasil tambah dan tulis jawapan

.

3. Grouping

photo_2015-11-12_13-17-38

Bahagikan sekeping kertas kepada beberapa ruang. Tuliskan warna dan nombor dalam ruang tersebut. Minta anak anda menyusun lego blocks mengikut kumpulan warna dan nombor. Anak berusia 4 tahun masih belum pandai membaca. Oleh itu, anda perlu beritahu mereka warna apa dan nombor berapa untuk setiap kumpulan.

4. Bermain puzzle

photo_2015-11-12_13-17-43

Bermain puzzle adalah satu cara untuk meransang otak anak2. Oleh kerana matematik sangat berkait rapat dengan penyelesaian, ransang anak bermain puzzle. Puzzle mempunyai pelbagai bentuk dan warna. Tidak hairanlah anak bermain puzzle lebih cepat menganalisa, berimiganasi, berfikir dan menyelesaikan masalah.

5. Suaikan

photo_2015-11-12_13-17-41

Aktiviti ini sangat mudah. Minta mereka suaikan bentuk. Jika mereka sudah kenal huruf, variasikan padanan dengan huruf besar dan huruf kecil. Akhir sekali minta mereka mewarna mengikut bentuk yang sama.

5. Mengira dengan sempua

photo_2015-11-12_13-42-32

Ini aktiviti advanced untuk anak anda. Di atas sekeping kertas, buat soalan matematik mudah. Sebaiknya mulakan dengan penambahan. Ajar mereka kira menggunakan biji2 sempua. Dengan cara ini, motor skill mereka juga dapat diransang. Tidak perlu guna sempua dengan cara yang betul seperti teknik yang dikira oleh orang cina. Penggunaan sempua di sini hanya untuk menambahkan keterujaan anak anda mengira menggunakan biji2 sempua.

Selamat mencuba!

🙂🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s