Japan · matematik · skorA · teknikbelajar · tipsbelajar

5 Tips Mendapat Markah Tinggi Dalam Subjek Matematik

Assalamualaikum

Hari ini Cikgu nak kongsikan 5 tips ringkas untuk mencapai markah tinggi dalam subjek Matematik.

Ikuti langkah-langkah penting berikut. InshaAllah adik2 boleh berjaya!

photo_2015-11-11_13-19-16

  1. Jangan ponteng kelas – ini syarat wajib yang adik2 kene ikut. Matematik ibarat tangga. Jika hilang satu pemijak, adik2 akan sukar untuk naik lebih tinggi.
  2. Duduk di barisan hadapan sekali – jika adik2 ada pilihan, duduklah di barisan hadapan sekali, paling dekat dengan papan putih. Cara ini membantu adik2 untuk fokus dan meningkatkan minat.
  3. Buat kerja rumah – haa…ini yang adik2 tak suka nak buat kan?? kerja rumah memang ‘menyusahkan’. Tapi percayalah, dengan buat kerja rumah, adik2 akan cepat faham konsep matematik yang cikgu ajar dalam kelas. Jangan bertangguh!
  4. Bertanya soalan – Terus tanya soalan kepada cikgu, mentor, kawan2 yang tahu jika adik2 tak dapat selesaikan masalah matematik. Inilah pentingnya latihan dan kerja rumah. baru adik2 dapat tahu samada faham ke tidak. Semua orang ada persoalan tentang matematik, hanya orang yang bertanya sahaja yang akan faham.
  5. Ulangkaji sebelum ujian – Esok ujian!! apa nak buat? lihat nota2 yang cikgu bagi, fahamkan konsep dan ingat formula berkaitan. Tak perlu sumbat semua perkara dalam kepala. Jika sudah faham konsep dan buat latihan mencukupi, inshaAllah adik2 boleh jawab dengan baik.

Ok setakat ini dulu perkongsian cikgu.

Jika masih ada persoalan, terus tanya di FB page cikgu atau komen post ini.

Jangan lupa like yea..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s