effectiveteaching · skorA · tipsmengajar

20 Cara Mendorong Pelajar Berminat Dalam Pembelajaran

Assalamualaikum..

photo_2015-11-11_14-56-06

Alhamdulillah hari ini cikgu nak share bukan 1 bukan 10 TAPI 20 CARA untuk mendorong pelajar2 dan anak2 murid anda berminat dalam sesi pembelajaran.

Tips ini sangat bersesuaian kepada para guru, cikgu2 tuisyen, guru mengaji, malahan juga ibu bapa.

Jom kita semak satu persatu.

  1. Hafal nama pelajar dan panggil nama mereka dengan kerap
  2. Rancang untuk setiap kelas.
  3. Perhatikan kekuatan dan keterbatasan setiap pelajar anda. Beri ganjaran untuk setiap kekuatan, dan perbaiki kelemahan mereka.\
  4. Jika boleh, bentukkan kelas anda dalam bentuk ‘U’. Dengan itu anda dapat beri perhatian kepada semua murid.
  5. Pelbagaikan strategi P&P. gunakan bentuk pensyarahan, demonstrasi, perbincangan, study kes, berkumpulan dan lain2.
  6. Semak objektif pembelajaran bersama pelajar anda. Pastikan mereka tahu apa yang mereka akan belajar.
  7. Berjalan sekitar kelas semasa anda mengajar.
  8. Jadikan kelas anda relevan. Pastikan pelajar tahu untuk kaitkan apa yang mereka belajar dengan diri dan dunia sebenar.
  9. Lakukan pelbagai ekspresi. SENYUM.
  10. Masukkan elemen teruja dalam ucapan anda. pelbagaikan nada dan suara.
  11. Beri banyak contoh.
  12. Galakkan pelajar kongsi idea dan komen. Oleh itu anda tahu mereka faham atau tidak.
  13. Kekalkan eye-contact apabila berinteraksi. Angguk tanda faham apabila anda mendengar mereka.
  14. Sediakan peluang kepada pelajar untuk bersuara dalam kelas.
  15. Sediakan masa untuk pelajar bertemu anda sebelum kelas, semasa rehat dan selepas kelas.
  16. Pulangkan tugasan atau kerja rumah kepada pelajar dengan kadar segera.
  17. Konsisten dalam mendorong pelajar.
  18. Pastikan ujian yang anda beri adalah yang terkini, sahih dan boleh dipercayai.
  19. Rancang 15-20 pusingan mengajar. Pelajar tidak dapat fokus pada waktu yang lama.
  20. Libatkan pelajar dalam kelas. Tanya maklum balas mereka terhadap P&P anda.

Ok sekian dulu. Cuba apply satu2. Tak mustahil pelajar akn suka masuk dan belajar dalam kelas cikgu2 semua!

.

.

Jangan lupa “LIKE” page cikgu di FB page ALFA HOME TUITION.

ada banyak lagi perkongisan menarik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s