Kenangan · Omelanku · Zaman Sekolahku

Menulis Puisi itu Jiwang?

Assalamualaikum  wbr

Tengah dok sibuk buat slide untuk conference ICPER, ter-tengok youtube Fynn Jamal. Entah macam mana saya boleh mengikuti puisi2 dan lagu karangan beliau hampir setahun yang lalu. Mungkin bermula dari lagu 150 juta itu. Dan juga beberapa status FB yang di-like oleh member saya kat FB. Terus ku menggali-gali untuk mengenali siapa itu gerangannya Fynn Jamal. Mendengarkan lagu-lagu, baca puisi dan tulisan beliau, saya sungguh rindu pada kehidupan zaman remaja saya. Mungkin kerana terlalu banyak baca novel, saya waktu itu suka betul menulis dan berbahasa. Kadang-kadang menulis cerpen sendiri. Menulis kata-kata semangat, puisi, dan macam-macam di atas sticky note. Lalu saya akan tampal atas meja study di bilik prep. Kadang2 bila saya suka satu kata2 dari majalah saya akan salin dan tulis di ketas note. Kawan2 selalu menggelarkan saya “jiwang”. Dan saya juga peminat puisi Cinta dan Rangga dalam filem AADC. Hehe..kenangan..

Saya perasan, saya hilang bakat menulis selepas SPM, ketika saya sedang bergelut belajar bahasa Jepun di pusat persediaan. Kemudian saya fly ke Jepun untuk belajar engineering. Penguasaan menulis saya semakin hilang. Novel2 pun telah lama saya tinggalkan. Saya tidak lagi memuja kecantikan bahasa pada majalah, novel, lirik lagu, kata-kata atau apa2 sahaja di sekeliling saya. Mungkin kerana kesibukan saya pada belajar dan ;/kerja2 sains kejuruteraan. Saya tidak punya cukup masa untuk membaca dan memuja pada kata2 yang indah. Satu perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya sekarang. Ya..rindu..

Hilangnya skill saya itu membawa satu kerugiaan sebenarnya. Hampir tidak ada coretan saya tentang kehidupan di Jepun selama 4 tahun belajar degree. Jika setiap perkara saya coretkan atas lembaran diari atau blog, mungkin saya sudah boleh berkira2 untuk menulis novel saat ini.🙂 tinggi benar cita-cita saya.

Benarlah..engkau tidak perlu takut digelar jiwang. Entah kenapa, kau akan rasa diri begitu bahagia meluahkan sesuatu atas lembar kertas, seperti mana seorang pelukis melakar atas kanvas. Jika kau mula menulis, dan kata2nya menusuk, bayangkan entah berapa orang lagi manusia yang akan terkesan dengan kata-katamu itu. Kerana mereka juga merasa yang sama, cuma mereka tidak tahu bagaimana untuk diluahkan dengan kata2 (a.k.a tulisan). Dan kau adalah wakil mereka untuk mempamerkan rasa itu. dan itu terlahir kerana bakatmu. Sebagaimana seorang penulis novel cinta menulis. Berapa banyak orang yang terkesan dengan penulisanmu, biarpun mereka tidak bercinta, membaca sahaja membuatkan mereka bagai berada di awangan! Chewwah++ Sama la macam penulis lagu membuat lagu, pelukis bila melukis dan entah bakat2 apa lagi atas muka bumi ini.

Sebagai akhirnya, saya nak copy-paste lagu/puisi Biar karangan Fynn Jamal. khas untuk abah/bapa di luar sana.

Lirik Lagu/ Lyrics: Biar – Fynn Jamal
Mata tua yang memandang aku itu–
Bundar
Pudar

Dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
Katanya, “biar”.

Wahai ayahanda
Berhentilah walau sebentar
Dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
Apa menyerabut?

Wahai ayahanda
Bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
Akukan lemahmu
Perikan penatmu
Kisahkan jerihmu
Aku mahu tahu

Mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu–
Harum
Senyum

Dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
Katanya lagi, “biar”

Wahai ayahanda
Bisikkanlah walau sekali
Izinkan aku menumpangkan bahu
Berikan aku seperca dari beban kamu

Wahai ayahanda
Lihatkanlah aku
Berlari kini
Melompat tinggi
Setiapnya kerna kau tak pernah pergi

Ah, apa masih ingat lagi
Aku suka lari-lari?
Kau bagaikan tak peduli
Ku biar kau patah hati

Ah, apa masih tidak lupa
Tengking jerit sama-sama?
Makan tak mahu semeja
Sahabat lebih berharga

Ah, apa mampu kau sudikan
Ampun maaf ku sujudkan?
Bisa tidak kau teruskan
Ku sesat kau tunjuk jalan?

Ah, apa layak aku bagi?
Tak terbalas sampai mati
Kau sungguh yang paling tinggi
Istanamu syurga nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s