UTP

Equipment Rosak?

Penatnya ke sana ke mari..Sudah hampir sebulan sejak TGA saya sudah lagi tidak ‘bernyawa’.

2 tahun sudah mengerjakan mesin tersebut. Kali ini apabila research sudah sampai ke part terpenting, equipment pula buat hal..innalillah…musibah datang dari Allah. dan inshaAllah, Dia juga yang bisa memberikan penyelesaiannya.

Bukan perkara mudah untuk menjalankan maintenance process. Lebih2 lagi bila warranty dah habis. Faham2 sahajalah dengan sistem di negara ini. terlalu banyak prosedur yang perlu dilalui sebelum mesin tu berlampu hijau kembali. Saat ini terkenangkan kenkyu di Jepun. Nak beli gas pun hanya dengan buat satu panggilan saja. Arghh..beruntungnya negara maju.

Disebabkan projek saya tidak dibiayai geran, saya perlu tulis memo dan hantar pada Director MOR untuk mohon bajet MOR. Selepas dapat lampu hijau untuk proceed, saya ke RIO untuk dapatkan form. Isi2 form, minta tanda tangan sana sini, attach dengan beberapa dokumen…perjalanannya rasanya makan masa 2 minggu. Minggu lepas letak semula atas meja executive di RIO. processnya wallahua’lam bila boleh siap. Selepas PO keluar, barulah vendor datang repair. Ya Allah..mohon tidak makan masa terlalu lama. Melihatkan perut semakin hari semakin membesar, baby pula semakin aktif bergerak..kekadang gusar entah sempat atau tidak habis eksperimen sebelum menangguhkan pengajian sebentar untuk bersalin…Allahu musta’an..

Sekarang sedang sibuk mencari tempat lain untuk run eksperimen. Alhamdulillah baru lepas booking TGA di chemical department. itupun 8 run sahaja. Kalau ikutkan memanglah banyak lagi. Sampai survey TGA booking di universiti lain. Mahal sikit mungkin tak apa. asalkan kerja tak tangguh. Tapi kene request dari SV juga untuk mohon duit bajet. duit lagiii…

Tiba2 teringat..perjalanan Msc dan PHD bukan susah sebab ‘belajar’ itself. tapi bersusah payah sebab perkara2 teknikal yang mungkin terjadi macam ni. kesusahan/kepenatan fizikal dan emosi. mental dan psikologi..segala2nya kalau tak kuat memang boleh tumbang. Pengalaman setiap orang berbeza2. tapi memang jalan cerita seakan sama saja..

 

Ya Allah, mohon diberi kekuatan untuk terus kuat dalam perjuangan ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s