Anak-anak · UTP

Update Terbaru

Assalamualaikum wbr..

 

Aduhhh sudah berkajang2 saya menulis. Rupanya tiada satu pun yang direkodkan. Innalillah..agak kepenatan saya menulis kisah yang panjang itu. Rupa2nya fail untuk di-publish. Lain kali jika mahu tulis panjang berkajang2 kene save dalam microsoft dulu nampaknya.

Saya sedang pening menyiapkan slide untuk presentation minggu hadapan. Ini presentation progress report kali pertama bagi saya. Lama dahulu saya present ketika tahun akhir di Jepun. Entah bagaimana perasaannya, saya sudah hampir terlupa.

Sekarang ini jika terlambat sikit makan, baby kedua dalam perut saya ini pasti menendang2. Badan saya sendiri pun sudah kelesuan dan pening2. Sukar untuk mencari cafe waktu ini. Kebanyakkannya tutup kerana student bercuti sem. InshaAllah minggu depan sem baru akan bermula. Maka riuh rendah lah kembali bumi UTP ni.

MSc saya masih berjalan. Perjalanannya bermula agak slow, progress untuk tahun kedua inipun nampaknya begitu. Lama saya tidak ke lab kerana mabuk2 mengandung. Sekembalinya saya, baru sahaja ingin bersemangat, musibah lain pula yang datang. Masih belum dapat menyempurnakan tugas kerana mesin pula rosak. Innalillah…moga Allah mudahkan urusan saya.

Ini sahaja untuk kali ini. Bimbang panjang berjela, terjadi lagi masalah tadi.

 

=)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s