Dunia Rumahtangga · Japan · My Kitchen · Yokohama

Kek Pisangku

Satu perkara yang saya tahu tentang suami selepas berkahwin ialah beliau sangat suka makan pisang. Stok pisang di rumah kami memang tak pernah habis😀 Pisang di Jepun harganya boleh tahan mahal. Sebab tiada penanaman pisang di Jepun. Jadi, pisang-pisang di sini adalah pisang import dari Filiphina. Patutlah kawan Jepun saya jakun tengok pokok pisang di belakang rumah semasa dia bercuti di Malaysia 3 tahun lalu. hehehe

Sewaktu ke Matsubara Shoutengai, sebuah pasar (seakan pasar tani di Malaysia) yang menjual pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan ikan di bandar Hodogaya saya temui banyak pisang yang murah-murah. 3 sikat pisang boleh diperolehi dengan hanya 150yen. Memang murah berbanding di supermarket dan di kedai-kedai biasa. Ada juga pisang yang dah hampir lembik kerana terlebih masak, masih belum terjual, dijual pada harga 50yen sebakul. Tawaran harga yang murah ini pasti sahaja menguntungkan orang-orang Malaysia di sini. Boleh buat cekodok pisang, kek pisang, pengat dan pelbagai kuih-muih lain. Sedangkan setahu saya orang jepun makan pisang begitu sahaja. Maka kami di sini tak pernah makan pisang goreng kerana tiada pisang muda yang dijual. Hampir kesemuanya pisang yang masak dan sudah enak dimakan begitu sahaja.

Setiap kali terjumpa pisang yang dah hampir lembik dan dijual selonggok 50 yen di Mastubara, saya segera teringatkan cekodok pisang yang kami jual di Daisai dan yukata matsuri (rujuk entry sebelumnya). Mesti untung besar kalau kami borong pisang yang lembik dan murah-murah tu.

Disebabkan saya dan suami memborong pisang yang agak banyak setiap kali shopping di Matsubara, selalulah pisang menjadi lembik sebelum habis kami memakannya. Sejak itu saya mula mencari resepi kek pisang di My Resepi. Alhamdulillah terjumpa resepi kek pisang kukus yang senang dan campak-campak sahaja. Sedapnya boleh tahan juga.

Di bawah saya kongsikan resepinya supaya lain kali kalau saya hendak membuat kek pisang lagi, tak perlu cari di My Resepi lagi. Hanya tengok di blog sendri ^^

Bahan-bahan ( 5 org makan )

  • 3 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan minyak mazola
  • 1 cawan pisang lenyek (pisang berangan – anggaran 3 biji)
  • 1 sb soda bikabonat
  • 1 sk baking powder

Cara-cara

  1. pukul telur & gula hingga kembang
  2. masukkan tepung, minyak, pisang, soda dan baking powder, pukul sebati
  3. kukus 20 minit
inilah kek pisangnya
Pengukus elektrik hadiah kahwin dari kak Adnin. Best juga ada bende ni.. macam tak pernah jumpa di Malaysia..

Ohyer..resepi ini untuk 5 orang makan. Patutlah setiap kali buat dapat 2 biji kek loyang bersaiz kecil. Nak makan dua orang pun sampai 2 hari baru habis.hehe..Harap one day dapat jamu orang dengan kek pisang ni. Selamat mencuba!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s