Salah satu kenangan yang sangat diingati ketika zaman undergrad dulu ialah berjualan di gerai Malaysia sempena Daisai dan Yukata Matsuri . Saya mula melibatkan diri di tahun pertama. Sempai-sempai dahulu memang aktif berjual, sehinggakan setiap tahun gerai Malaysia sentiasa ada dua tahun sekali. Membuka gerai di kedua-dua perayaan tersebut bukanlah kerja mudah. Banyak tenaga dan bukan sedikit kerjasama yang diperlukan. Bukan keuntungan yang dikejar, biarpun keuntungan bersih yang diperolehi memang lumayan! Tapi keseronokan memasak dan mempromosikan makanan Malaysia di negara asing yang menyebabkan kami selalu tertunggu-tunggu acara besar itu setiap tahun.
Pada malam hari sebelum berjual, kami sibuk memasak. Tugas memasak dibahagi-bahagikan mengikut rumah. Dah tentu rumah yang selesa dengan dapur yang agak luas menjadi pilihan. Lelaki atau perempuan tak kira, sama-sama tolong memasak. Selalunya kepada pelajar lelaki, kami beri kerja menguli tepung untuk buat kuih atau mencarik ayam untuk perencah dalam mee sup. Banyak juga menu yang kami sajikan. Biasanya yang memerlukan kos yang rendah, sedap dan agak-agak boleh diterima orang jepun untuk merasainya juga pastilah yang mudah untuk disediakan. Di antara menu wajib yang mesti ada, adalah mee sup, roti jala, cekodok dan karipap.
Sebenarnya bukan cerita-cerita gembira aje di sebalik penganjuran projek besar ini. Banyak juga yang mengalir air matanya..huhu. Biasalah bila nak buat projek yang menggunakan tenaga manusia di dalamnya, pasti kene berkomunikasi. Miscommunication memang selalu terjadi. Ada juga yang tak puas hati diletakkan dalam group karipap, sedangkan mereka nak buat cekodok pisang. Senang sikit penyek pisang.. Ada juga yang tak nak buat roti jala, sebab di hari jualan nanti kene menjala di gerai, sudahlah penat memasak kari untuk roti jala semalam tak habis lagi…belum lagi cerita kouhai yang tak puas hati dengan sempai,asyik duduk relax je di belakang gerai, lepas tu paksa kouhai promote di depan gerai. Malulah..dah besar-besar camni dibuat macam budak sekolah. Mana nak letak muka?? Pulak tu kerja-kerja membajet modal tak betul..terlebih bajet..biasalah..kouhai mana ada pengalaman nak cari bahan-bahan mentah murah di mana? Main beli ikut sedap rasa aje. Tiba-tiba lari bajet.ohh!huhu..itulah sebahagian pengalaman yang saya dapat sepanjang penglibatan saya dalam penganjuran gerai jualan ini.
Nampaknya seperti perkara mudah. Namun bak kata abang-abang dan kakak-kakak yang sudah bekeluarga di sini, usaha itu memang layak dipuji. Kami semua masih muda..menguruskan sumber manusia untuk kerahan tenaga hanya boleh berjaya dengan satu organisasi yang mantap. Alhamdulillah~
Daisai 2006 yang menyimpan banyak kenangan suka dan duka
Nota kaki:
HU= Hiroshima University
Daisai= Open University Festival
Yukata Matsuri= Yukata Festival
Sempai= Senior
Kouhai= Junior