Tanah Air · Usrah Sakinah

Usrah Sakinah 25/10/10

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah.. Ahad lalu bertemu ahli-ahli keluarga di Usrah Sakinah. Usrah Sakinah adalah usrah paling lama yang saya berada di dalamnya. Bermula dengan ahli yang mendengar, menjadi coordinator dan pembantu bagi naqibah dan sekarang saya ambil alih (bukan kerana kuasa tapi sekadar memberi bantuan dari diri yang punya ‘banyak masa terluang’)Pulang ke Malaysia hampir 3 bulan menjadikan perjalanan Usrah Sakinah hampir lumpuh. Bukan masalah internet yang menjadi kekangan. Tapi entahlah..online di rumah keluarga sendiri dan ber-usrah sebagai speaker pula menjadikan saya agak kekok. Terus Usrah Sakinah tergantung tak bertali.

Kembali ke Jepun hampir sebulan menjadikan saya semakin bersemangat untuk bersama usrah sakinah. Ahli-ahli keluarga di usrah sakinah hampir kesemuanya kawan-kawan rapat saya..dan junior yang rapat dan mesra sesama kami. Mungkin kerana usia usrah sakinah yang hampir bertahun itu menjadikan kami terus matang dalam berkasih sayang. Biarpun pergerakannya kadang-kala ibarat sabut yang tenggelam timbul. Pun begitu usrah sakinah tetap bertahan sehingga ke hari ini. Segala puji hanya bagi Allah, Alhamdulillah~

Pertemuan kami minggu ini berkisar tentang ‘sembang-sembang’ di antara kami. Maklumlah sudah lama tak bertemu di alam maya. Dimulakan dengan tilawah surah Al-Mukminun beserta bacaan tafsir. Seterusnya saya berkongsi pengalaman tarbiyyah yang saya dapat sepanjang 3 bulan di tanah air. Hampir setiap malam saya menemani  emak ke surau di depan rumah kami. Bersolat maghrib berjemaah dan mendengar kuliyyah maghrib sementara masuknya waktu isya’. Setiap malam ustaz jemputan juga berbeza-beza mengikut tajuk yang dibawa. Sampaikan ada jadual bulanan untuk aktiviti kuliyyah maghrib di surau diedarkan di setiap pintu rumah kawasan perumahan kami. Ini satu perubahan yang tidak pernah ada sepanjang keberadaan saya di Malaysia pada tahun sebelumnya. Saya puji usaha dakwah AJK surau yang terlibat. Semoga Allah limpahkan rahmat buat mereka. Kuliyyah subuh di pagi hujung minggu juga turut dijadualkan. Sesuailah untuk mereka yang ‘sibuk’ bekerja sepanjang 5 hari berturut-turut. Sepanjang Ramadhan juga meriah dengan pengisian di surau yang sama. Kami bersolat tarawikh 8 rakaat ditambah 3 rakaat solat witir setiap malam Ramadhan. Waktu yang berbaki adalah pengisian daripada ustaz luar yang dijemput.

Saya sangat bersyukur dengan suasana dan bi’ah begini di sekeliling saya. Emak dan abah sangat rajin berusaha untuk menuntut ilmu agama. Setiap malam di surau saya melihat abah di sebalik tabir duduk melunjur sambil khusyuk mendengar kuliyyah maghrib. Emak di sebelah saya juga begitu. Di tangannya ada buku nota dan pen. Saya berdoa semoga mereka terus istiqomah mencari redha Allah sehingga ke hujung usia. Doa saya lagi semoga saya dan bakal suami (ketika itu saya masih bujang) juga diberi minat yang sama untuk komited dengan proses tarbiyah.

Banyak kesimpulan yang dapat saya rumuskan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya sepanjang 3 bulan di Malaysia. Itu cuma sebahagian dari kesimpulan di bahagian baik. Di bahagian yang kurang baik juga pasti ada..Contohnya, segigih manapun usaha golongan tertentu untuk memberikan kefahaman agama kepada anggota masyarakat, masih kurang juga penglibatan yang dapat saya lihat. Jemaah-jemaah yang datang ke surau setiap hari kebanyakkan adalah orang yang sama..tiada muka baru dan kadangkala berkurang jika kena giliran ustaz yang ‘mengantuk’. Ada juga jemaah lelaki yang keluar beramai-ramai selepas bersalam-salaman selesai solat berjamaah. Lebih suka sembang-sembang sambil hisap rokok di bawah khemah di luar surau.Jemaah perempuan pula adalah saya, emak dan di hujung minggu ada along. Jika ada yang lain kadang-kadang sahaja. Itupun seramai 2-3 orang bertambah. Di mana yang lain? Sibuk agaknya..

Cerita saya ini mungkin bosan didengar. Tetapi saya bersemangat untuk berkongsi dengan yang lain di usrah sakinah. Pertamanya, jangan tinggalkan majlis ilmu walau di mana kita berada..3 hari berturut-turut tak dengar tentang cerita agama hati kita jadi gelap (betul ke 3 hari?)..Kedua, kita di luar negara usaha sungguh-sungguh untuk sebarkan dan kongsi ilmu sesama kawan-kawan di sini..yang di sana juga (tanahair), ibu bapa, anggota masyarakat yang prihatin juga sedang lakukan usaha yang sama. Setiap orang mainkan peranan masing-masing., mengikut kapasiti tenaga dan kesesuaian masing-masing. Moga Allah beri hidayah kepada semua orang asbab usaha kita itu.

Usrah sakinah ditangguhkan selepas perkongsian cerita suka dan duka setiap ahli sepanjang minggu terdekat ini. Terasa rindu tatkala mendengar suara setiap orang di corong speaker. Jumpa lagi minggu ini inshaAllah~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s