Dunia Rumahtangga

Sebelum dan Selepas

Dia sangat suka mendengar lagu SEBELUM DAN SELEPAS dendangan senario. Lagu yang meletup-letup zaman 90’an dahulu..nasib juga ‘jidai’ kami sama..saya pun dok ikut  layan kenangan zaman kanak-kanak..layan~

Ramai betul orang bertanya kepada saya “apa bezanya selepas dah berkahwin ni? ” saya jawab ala-ala kadar aje..kadang-kadang saya jawab “ada beza” sahaja tanpa mengemukakan alasannya..bukannya saya kedekut cerita nak dikongsikan bersama. Tapi saya juga sedang mengumpul fakta dan merumuskan jawapan untuk diri sendiri..hakikatnya, kita ini bila ditanya barulah terkial-kial mencari jawapan. Kerana setiap yang berlaku, perbezaan atau persamaan sebelum dan selepas tak pernah kita ambil peduli dan fikirkan. Yang penting semuanya berjalan dengan lancar..alhamdulillah~~

Satu masa dulu, saya pernah bertanya pada seorang senior.Macam mana agaknya kehidupan selepas berkahwin..hidup sebumbung bersama. Sedang duduk serumah dengan housemate pun ada sahaja perselisihan fahamnya. Terasa itu ini, tak puas hati itu dan ini, berbaik semula, dan seribu satu cerita lagi. Itu pun cuma untuk sementara waktu. Sedang kehidupan berumahtangga kalau Allah panjangkan jodoh, hidup sebumbung bertahun-tahun lamanya.

Jawab senior saya..ada banyak beza pasangan suami isteri yang duduk serumah dengan kawan-kawan serumah yang biasa..kerana kita ada cinta dan kasih sayang..

Iya..saya mengakui kebenarannya ketika itu. Itulah yang mem-bonding suami isteri untuk tinggal bersama sambil mencari keredhaanNya..terus memburu sakinah, mawaddah wa rahmah.

Yang paling gembira adalah bila masak ada orang tolong habiskan. Dahulu saya selalu kebimbangan tentang masakan selepas berkahwin. Bagaimana kalau selera kami tidak sama? Tetapi alhamdulillah semuanya berjalan lacar. Cuma saya rindu nak makan sambal tumis.. huhu!

Sebelum kahwin lagi saya selalu mengulang dengar rakaman audio ceramah dari Dato’ Dr Fadzillah Kamsah dan juga Ustazah Siti Norbahiyah mengenai hubungan suami isteri dan kekeluargaan. Mendengarkannya menjadikan semangat semakin berkobar-kobar untuk memberikan yang terbaik dalam hubungan baru yang bakal dibina satu masa nanti. Hakikatnya, benar kata emak satu masa dahulu. Mendengar sahaja boleh, tapi hendak mempraktikkannya, jika tiada hati untuk BERUBAH semuanya ibarat TAK BERPIJAK DI BUMI NYATA..angan-angan kosong semata untuk mencari kebahagiaan..pernah saya menyangkal dalam hati pemikiran seperti itu. Mengapa perlu pesimis? Nyata benar..emak kan makan garam dulu dari saya.

Saya suka ini, awak suka itu..saya faham apa awak suka, awak juga harap faham apa saya suka

Begini rupanya saling memahami dalam hidup berpasangan. Menghormati kegemaran masing-masing~ ini yang saya pelajari lebih sebulan pertama hidup bersama.

Kita adalah 2 orang asing yang datang dari 2 planet yang berbeza. Lalu kita bertemu di sebuah planet yang bernama BUMI..kita lalu dijodohkan dengan ikatan Ijab dan Qabul yang mengahalalkan kita untuk bersama sebagai sepasang suami isteri. Keesokan harinya, apabila kita terjaga dari tidur, tiba-tiba kita tersedar! kita ini ‘berbeza’..Marah, sedih, kecewa, menangis, gembira, ketawa, tersenyum..kesemunya bercmpur baur. Kita tidak betah untuk terus hidup dengan pelbagai perasaan yang saling bertukar-ganti ini. Tetapi ada sesuatu yang terus mengikat kita untuk bersama. Satu perasaan kurnia dari Yang Maha Esa; yang mana dengan perasaan ini Dia menjadikan hati kita tenteram dengannya..

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya,Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya di antaramu rasa cinta dan kasih sayang.”

(Surah Ar-Rum:21)

zauji, uhibbuka fillah..

suamiku di zaman bujangnya

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s