Japan · Omelanku · Tazkirah

Sabar dan Syukur

Alhamdulillah..untuk berita gembira yang diterima sahabat-sahabatku..

Membuka mata hati saya..Allah mengagih-agihkan rezeki untuk setiap orang tanpa sedikitpun berkurang atau lebih daripada apa yang telah ditakdirkan olehNya.

Masa masing-masing akan sampai. Semuanya adalah terbaik. Yang penting berusaha dan bertawakkal.

Bulan ini menerima berita seorang demi seorang  senior di lab mendapat kerja sebagai engineer bermula tahun hadapan. Ada yang seorang sampai dapat 2 hingga 3 tawaran kerja. Mengingatkan saya pada sifat Ar-Rahman Allah SWT.Walaupun mereka itu tidak sedar, tidak tahu dan tidak faham lansung, bahawa yang menjadikan mereka itulah yang sebenarnya maha ‘memberi’ kepada mereka apa yang telah mereka usahakan selama ini. Mereka menyambut berita baik dan kegembiraan dengan ‘arak’ dan ber-party. Itulah hakikatnya mereka tanpa agama, matlamat dan tujuan hidup..

Kita menerima berita gembira dengan syukur. Menerima berita kurang baik dengan sabar. Alangkah beruntung dan ajaibnya menjadi seorang mukmin. Syukur dan sabar itu selalu mendampingi diri. Dan kedua-duanya baik bagi seorang mukmin. Kedua-duanya mendapat ganjaran besar di sisi Allah SWT..Bersyukurnya menjadi seorang mukmin yang masih ada walau secebis nilai iman. Bersyukur di atas kesyukuran..

p/s: Moga aku jadi orang yang selalu bersyukur. Sesuap nasi masih lagi dapat dinikmati walau tanpa sumber kewangan bulanan bermula semester ini..Ya Razzaq!

sendiri dalam ramai. Tapi Allah selalu ada kan?

2 thoughts on “Sabar dan Syukur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s