Dunia Rumahtangga · Omelanku · Tazkirah

Petua Menarik

Terima kasih kepada seorang sahabat satu fikir dengan saya yang telah memperkenalkan sebuah blog pada saya. Blog anak perempuan kepada penulis novel ‘Julia’. Siapa yang bersekolah belah-belah utara dulu belajar komsas, confirm tahu.

Saya tertarik dengan sebuah petua menarik yang telah dikongsi penulis blog. Yang tak pernah pula saya dengar sebelum ini. Elok juga diamalkan oleh semua pasangan, dan petua baik juga untuk bakal pasangan.

“Ada satu perkara yang telah dilakukan suami kepada saya sebaik menjadi isterinya. Lepas solat dan sewaktu mahu keluar rumah, suami akan membacakan ke ubun-ubun saya YA LATIF 7X, ALLAHU LATIFUN BI’IBADIHI YARZUQUMAN YASYA’ WAHUWAL QOWIYYUL A’ZIZ7X DAN SURAH AL-INSYIRAH 1X,  kemudian tiup dan kucup dahi. Insya Allah, hati kita sentiasa lembut dengan pasangan, begitu juga dia terhadap kita.”

Cerita begini kalau ada dalam sebuah novel cinta, mesti perasan habis si pembaca mahu juga kisah cinta dan rumahtangga sempurna seperti itu. Mengharapkan seorang suami romantis dan ala ‘lelaki beriman akhir zaman’ buat kata pakcik Hamka kereta mayat. .  tapi bagi saya..tidak salah untuk mengaharapkan. Kembali kepada topik ‘mencari’ dan ‘menjadi’ ..sambil berharap, jangan lupa ‘menjadi’. Mengharap dan mencari yang baik, jadilah baik dahulu. Satu quote yang selalu saya ingat,

Seek Allah’s love, then He will present you the one He loves

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s