Omelanku · Tazkirah

Sungguh Tidak Faham

Saya sungguh tidak faham..kenapa mesti ada lagu nasyid nyanyian WANITA?? yang lunak merdu pula suaranya..yang lenggok gaya nadanya..yang dipercantikkan pula dengan pitching tinggi tak ada beza dengan penyanyi biasa..

Yang terbaru selalu kedengaran lagu-lagu merdu berselawat kepada Rasullullah SAW..lagu asma ul husna dan beberapa lagu zikir lain.. Owh..satu kedukacitaan YANG AMAT SANGAT!  seandainya baginda masih hidup lagi, apakah baginda redha dengan lagu-lagu selawatmu itu?  mahu mengajak sekalian umat mengingati baginda Rasulullah SAW..biarlah kene pada tempatnya. bukan dengan alunan suara yang didayukan itu, wahai penyanyi wanita!

Kenapa ada lagu? kerana bukan sahaja ada penyanyi, tapi kerana ada pencipta lagu. Kenapa pencipta lagu tidak beri sahaja lagu kepada penyanyi lelaki? Sebab lagu-lagu yang kalian buat tu sesuai untuk wanita ke? sebab apa? pendengarnya wanita sahaja ke? silap lah!! nak buat lagu dakwah, sampaikah dakwah itu jika si penyampainya sahaja sudah jatuh hukum haram menyanyi dan memperdengarkan pula pada yang bukan mahram?

Bagaimana lagu-lagu dakwah boleh sampai kepada pendengar? sebab ada ‘radio dakwah’.. Mereka yang berada di sebalik tabir ‘radio dakwah’ ini tentu sahaja lebih faham dari kami, gerak kerja dan objektif dakwah mereka. Lalu, atas sebab apa kalian memperdengar lagu-lagu nyanyian wanita kepada pendengar sekalian? huh!

‘TAHU’ sahaja tidak cukup. kerana ‘FAHAM’ itu lah yang sebenarnya membenarkan tindak tanduk kita selari dengan ISLAM atau tidak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s