Japan

Cerita Dalam Lab

Hari ini genap seminggu rombongan lab ke Osaka University untuk program collobration research. 5 hari yang lalu, senyap dan sunyi sahaja bilik 315 itu. Kadang-kadang datang lambat, tak datang terus, atau kalau datang pun tidur. Macam saya pulak, di awal minggu, awal datangnya. Seperti biasa jam 10 pagi. Masuk hari ke 3 bila saya rasakan suasana di situ seperti ‘ikut suka hati’, jam 10:30 baru menjejak kaki ke tingkat 3 itu. Hari ke 4 dan ke 5 pula konsisten jam 11😦 Pon begitu, sayalah orang pertama di situ. Sangatlah terasa seperti seorang pelajar cemerlang. Harapan saya, selesailah segala tugas dalam keaadaan tiada tekanan..daripada sempai atau sensei. Namun, sukarnya mendidik hati. Selain menjadi kelkatu yang hampir setiap minit menghinggap muka buku, saya baca-baca blog, baca paper (hot story sepanjang minggu ini!) , tengok siri ‘The Arrival’ termasuklah main game di facebook.

Testu san setia di meja sebelah. Tidak tahu apa yang dia buat. Tapi Tetsu dan kawan-kawan M1 tidak selalu ada di Lab atas urusan Seminar Kerjaya. Tahun ini tahun penting untuk mereka. Mencari peluang kerjaya, dalam masa yang sama, bekerja keras untuk research. Saya juga yang seperti tidak ada wawasan. .Seharusnya lebih berfikiran dewasa jika benar mahu ke M1. Yokoyama san yang selalu bertanya tentang progress thesis dan slide saya selain Tetsu. Walaupun pada pendapat saya Tetsu tidak berapa pandai mengambil berat. huhu! Saya tidak selalu berborak dengan Yokoyama. Mejanya nun di hujung sana tidak memungkinkan kami berborak. Adakalanya jika saya tidak sertai mereka ke cafeteria, Yokoyama san akan bertanya ‘adakah saya mahu ikut makan’ ? tidak seperti yang lain, terus sahaja menapak ke luar pintu. Tapi saya tidak kisah, cuma berterima kasih jika ada yang sudi bertanya. Jika berjalan ke cafeteria bersama, Yokoyama akan bertanya progress eksperimen dan sebagaimana. Baru-baru ini pula bertanya tentang perkembangan thesis ketika kami beratur membeli udon.

Sabtu jam 5:20pm ketika saya berkira-kira untuk pulang, masuklah rombongan sempai-sempai baru pulang dari Osaka. Baru pulang dari tempat jauh, terus sahajalah pulang ke rumah. Mahu juga singgah menjenguk lab! Nampaknya mereka seperti penat dengan pelbagai tekanan daripada sensei-sensei di Handai. Tapi suara semuanya ceria. Maklumlah sudah selamat sampai Saijo, berakhirlah derita tekanan. Itulah kesimpulan yang dapat saya buat hasil curi-curi dengar perkongsian borak-borak mereka dengan ahli-ahli lab. ‘kami semua sangatlah free, sampai tak tahu nak buat apa’ lapor Yamazumi sempai, seorang yang paling senior di antara kami yang tinggal. Kyouhei tersengih mendengar..memang betul lah tu. Otsukaresamadeshta! kata orang Jepun..Good Job! jika diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris. Adakah ucapan sebegitu dalam bahasa ibundaku? hurm..tidak pasti..

gambatte niza chan!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s