Japan · Omelanku · Tazkirah

Demi Sesungguhnya

Lab ini sangat sunyi. Dan mungkin akan terus sunyi hingga 7 hari seterusnya. Sesunyi ruang ini yang telah lama tidak diisi dengan coretan saya seperti dulu.

Ketika ini sedang sibuk menganalisis, memikirkan ayat dan menaip thesis. Saya sendiri sedang belajar-belajar menulis. Tidak ada rujukan, tidak ada contoh, tidak ada panduan dalam Bahasa Inggeris. Jika minta profesor tolong periksakan, pasti banyak yang perlu diperbetulkan. Tapi, harapnya usaha ini membawa natijah baik untuk diri saya. Sekurang-kurangnya mencerna idea melalui resapan ilmu yang saya tuntut sepanjang berada di medan perjuangan ini.

Seringkali bila ada rasa selesa,  sungguh membuatkan saya leka dan alpa. Dalam kehidupan ini, terlalu banyak yang kita mahu minta dari Allah. Terlalu banyak yang kita harapkan, dan kita pohon. Bila datang kekacauan hati, kita mula rasa resah jiwa. Kembali semula memohon. Benar semua itu panggilan Hidayah dari Allah. Jalan terbaik untuk memecahkan kebuntuan. Segalanya datang dengan izin Allah. Maka mohonlah juga dibukakan jalan daripada Dia.

Demi sesungguhnya..

Saya juga tidak mahu jadi manusia zalim yang mementingkan diri sendiri dan membelakangkan kehendak mereka demi kehendak diri

Saya juga tidak mahu jadi kambing hitam, yang lalai melaksanakan hak  dan tanggungjawab terhadap mereka

Saya juga tidak mahu berlagak yakin bahawa inilah jalan terbaik yang di penghujungnya nanti, menanti sinar kebahagiaan yang pasti

Demi sesungguhnya..

Dia lebih mengetahui, Maha Melihat Maha Mendengar setiap apa yang ada dalam hati kita.

Sungguh, di permulaan usaha itu, perlu ada tawakkal. Maka jika tidak diizinkan satu hari nanti, dengan redha dan berlapang dada, saya akan ucapkan

ALHAMDULILLAH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s