Japan

Jepun dan Sistem Pengangkutan

Topik ini bukanlah semata untuk mengajarkan tentang sistem pengangkutan di matahari terbit ini, kerana kita semua sudah pernah ambil subjek Geografi di sekolah dulu. Hari ini menonton satu program terbaik di televisyen. Inilah sebabnya mengapa saya suka menonton TV di negara ini. Program hiburan bukan tidak ada. Malah berlambak setiap malam. Tetapi program yang memberi pengetahuan am juga banyak.

Bersesuaian dengan mood saya yang sejak akhir-akhir ini asyik terfikirkan soal pengangkutan dan servis di Malaysia, sambil makan nasi hari ini menonton sebuah program bagaimana latihan dibuat ke atas pemandu keretapi di negara Jepun. Bagaimana mereka boleh sentiasa menepati masa? Bagaimana mereka boleh memandu dalam keadaan selamat dan memuaskan hati penumpang? Bagaimana mereka boleh memberikan servis terbaik dan saling menghormati. Biarpun seribu kekusutan, ketegangan dan masalah peribadi menekan perasaan mereka, ia tidak pernah dilempiaskan semasa waktu bekerja. Peribadi dan soal pekerjaan harus dipisahkan.

Mereka diberi latihan di Training Centre mengikut syarikat keretapi masing-masing. Ada kepala keretapi ‘tipu-tipu’ untuk memberikan mood sedang memandu. Pakaian latihan juga sama dengan uniform pemandu semasa bekerja. Suit yang lengkap dengan topi ala-ala driver kapal terbang a.k.a pilot. Sebelum memulakan pemanduan, perlu diperiksa setiap signal. Jika signal lampu di platform menyala (menandakan keretapi bersedia untuk bergerak), perlu keluarkan suara dengan kuat…”Tenka Yosh! ” yang bermaksud, “lighting OK! “..siap dengan isyarat tangan. Kemudian menekan satu butang untuk melagukan isyarat keretapi bergerak, seraya sekali lagi berkata dengan kuat ” melody yosh!” = ” melody OK!” dan ada beberapa yang yang diperiksa sambil mengeluarkan suara dan isyarat tangan. Seolah-olah memberitahu kepada setiap orang di platform walaupun yang berada di situ bukannya tahu apapun maksud isyarat tersebut. Kita hanya tahu naik keretapi sahaja.. Semasa semua proses ini dilakukan, hendaklah bermuka serius dan serius. Tidak boleh tersenyum atau memaniskan wajah seolah-olah sedang bermain-main. Semua ini berkait rapat dengan keupayaan dan keyakinan pemandu. Jika terseyum, seolah tidak serius dan tidak berkeyakinan, adakah dapat meyakinkan penumpang, mereka dapat memberikan perkhidmatan yang selamat?? kata seorang ketua kanan di pusat latihan memandu yang memarahi seorang pemandu pelatih.

Semasa berada dalam keretapi, selalu saya lihat pemandu berjalan-jalan antara satu gerabak ke gerabak yang lain. Keretapi dibiarkan bergerak sendiri dikawal oleh sistem. Gerabak keretapi di Jepun sangatlah panjang. Itupun kalau waktu puncak, penuh dengan orang macam sardin dalam tin. Terutamanya di bandar besar seperti Tokyo. Setiap kali membuka pintu dan masuk ke gerabak, mereka akan menundukkan kepala tanda hormat kepada semua penumpang. Mulanya saya sangat pelik. Tiada siapa melihat dan mempedulikan kelakuan mereka. tetapi itulah manner yang sangat saya kagumi. Begitu juga sebelum keluar dari gerabak tersebut untuk berlalu ke gerabak sebelah. Sekali lagi mereka memberikan tanda hormat. Seolah memberitahu dan berkomunikasi dengan penumpang, ” Terima kasih kerana memilih perkhidmatan kami. Saya adalah orang yang bertanggungjawab membawa anda semua ke destinasi dengan selamat ”

Pemandu pelatih juga dibawa ke tempat pengumpulan keretapi, tempat di mana semua keretapi mula bergerak. Sebenarnya tugas untuk memeriksa keadaan dan keselamatan keretapi dilakukan oleh pemeriksa bertauliah. Tetapi, pemandu juga perlu tahu akan tugas ini. Selain daripada itu, tugas mereka adalah menyapu sampah di platform-platform tertentu. Subhanallah…tidak pernah saya tahu akan tugas mulia ini. Mungkin di negara atau tempat-tempat tertentu, tukang sapu sampah yang bertugas menjaga kebersihan platform. Namun, tugas ini juga diambil alih oleh pemandu keretapi di negara ini.

Setelah lulus di peringkat ” latihan sebelum keretapi bergerak ” , mereka beralih kepada peringkat ” menggerakkan keretapi”. Ia tidak ditunjukkan secara detail di bahagian ini. Namun, yang saya lihat di kaca TV, mereka menggunakan simulation untuk belajar di tahap ini. Bermakna, mereka belatih memandu di hadapan skrin yang melayarkan gambar rel keratapi seolah kita sedang memandu. Canggih-canggih…mungkin konsep yang sama juga dilakukan di negara lain.

Proses ini dilakukan berulang-ulang. Sehingga mereka lulus semua ujian. Tekanan daripada ketua pelatih sangat berat. Namun, pada saya ia melatih mereka menjadi kelompok pemandu keretapi yang sangat efisyen dan profesional dalam pekerjaan. Saya tidak pasti apakah syarat education untuk mendapatkan pekerjaan ini. Adakah mereka perlu ada degree dalam bidang tertentu, setakat lulus sekolah tinggi, atau lain-lain. Walau apa jua tahap pendidikan mereka, ia tidak pernah sedikitpun menghalangi mereka untuk memberikan perkhidmatan terbaik, profesional dan servis yang bersopan. Termasuklah pemandu bas hatta pemandu teksi sekalipun. Mungkin tidak keterlaluan jika saya katakan, taraf perkhidmatan yang diberikan sama sahaja seperti pemandu airbus.

Saya mungkin sangat memuja negara ini..sehingga kadang-kadang selalu saya bandingkan dengan tanah air sendiri. Astaghfirirullah..tetapi saya tidak pernah lupa asal-usul. Cuma di negara bukan Islam dan jauh dari Islam ini, ISLAM itu lebih banyak dipraktikkan. Islam nizhamul hayah..iaitu cara hidup. Apa sahaja yang bertepatan dengan ISLAM, tidak salah untuk kita mengagumi, memuji dan ia tidak seharusnya berhenti di situ. Satu tekad dalam hati..ingin sekali melihat tanah air sendiri berubah wajah.  Apakah semua itu wajar direalisasikan?

pemandu keretapi melakukan isyarat tangan sebelum berlepas
salah sebuah keretapi di Jepun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s