Tazkirah

HIDAYAH bukan sekadar nama

Bulan lalu di WII saya belajar tentang 2 jenis hidayah daripada Allah SWT. Hidayah terbahagi kepada 2. Pertama hidayah Al-Bayan dan kedua hidayah At-Tawfeeq. KOnsep kedua-dua hidayah ini adalah seperti konsep Ar-Rahman dan Ar-Rahim..apakah beza kedua-duanya?

Ar-Rahman adalah kasih sayang Allah kepada semua makhluk ciptaannya di muka bumi ini. Kita (muslim) dapat makan nasi berlauk kerang masak rendang, atau tempe goreng cili bersama kacang panjang. Orang kafir Jepun dapat makan juga. Mereka dapat makan nasi berkanji digaul bersama natto (rujuk entry sebelum) dan telur mentah, mee udon bersama tempura dan kitsune yang panas berasap-asap. Nikmatnya dapat makan panas-panas musim sejuk ni.

Kita dapat duduk berteduh dari panas dan hujan lebat. Berteduh dalam rumah atau pejabat ber-aircond, atau setidak-tidaknya kita ada kipas yang ligat berpusing di atas siling  ketika panas membahang di luar. Orang kafir Jepun dapat duduk berteduh dalam rumah ketika salji putih turun dengan lebat di luar. Duduk dalam rumah yang panas-panas air suam ketika suhu rendah dan angin bertiup kencang bermula masuknya bulan November.

Ar-Rahim adalah kasih sayang Allah kepada orang-orang mukmin..iwayuru orang-orang yang beriman (bukan orang-orang islam..sebab ada jugak yang mengaku Islam tapi tidak beriman)

Berbalik kepada perbincangan Hidayah Al-Bayan dan At-Tawfeeq..di manakah persamaannya dengan konsep Ar-Rahman dan Ar-Rahim?

Hidayah Al-Bayan adalah SIGNAL..semua orang mendapatnya. Ia adalah kasih sayang Allah kepada semua hambaNya.

Contoh petanda mendapat Hidayah Al-Bayan:

1) Apabila tercetus dalam hati kita..kita ini jauh dari landasan yang sebenar. Solat di hujung waktu atau subuh gajah terutamanya apabila selimut tebal dan selesa meningkatkan suhu saat kedinginan subuh menggigit hingga ke tulang hitam. Sudah jarang-jarang membaca Al-Quran dan tafsirnya tertumanya bagi mereka yang membaca setiap kali selepas solat apatah lagi bagi yang mengejar matlamat khatam Al-Quran 30 hari di bulan Ramadhan. Setiap kali berada di hadapan skrin komputer, melayan you tube mencari filem yang baru keluar, menonton drama, mencari hiburan untuk ketawa.Bukan lagi mencari bahan ilmiah untuk menambah input, bukan lagi mendengar ceramah rakaman yang pastinya berlambak-lambak di laman sesawang atau sekurang-kurangnya bukan lagi mendengar lagu-lagu nasyid kegemaran di Nasyidfm.

2) Apabila datangnya seseorang kepada kita memberitahu ada program ugama yang akan dijalankan di tempat sekian2..pada tarikh sekian2..Apabila kita menerima e-mail pemberitahuan tentang adanya program ugama yang akan dijalankan di tempat sekian2..pada tarikh sekian2..Apabila kita ternampak ada sahabat kita yang meletakkan link address mempromosi program ugama yang akan dijalankan di tempat sekian2..pada tarikh sekian2..Apabila sampainya ke halwa telinga kita ada kuliyah online pada tarikh sekian2..pada pukul sekian2..Jemput datang..Jemput dengar sekali..Jom pergi sama-sama..bla3..

Hidayah At-Tawfeeq pula Allah beri kepada hamba-hamba yang dipilihNya. Apabila kita telah mendapat SIGNAL, cetusan hati atau perkhabaran daripada hamba-hamba Allah tersebut, lalu kita memproses dan membuat satu keputusan dan tindakan. APakah kita memilih yang Allah suka atau yang sebaliknya? Tidak semua mendapat hidayah At-Tawfeeq. Allah memberinya lalu menggerakkan hati hamba-hamba terpilih ini untuk memilih apa yang Allah suka.

Konsep memilih dan membuat tindakan ini terletak pada sistem nilai masing-masing. Contoh yang berulang-ulang kali saya dengar. Jika kita hulurkan sebungkus gula-gula pelbagai bentuk, saiz dan warna di tangan kanan dan sekeping not RM10 di tangan kiri pada seorang kanak-kanak berumur 4 tahun, mana satu yang dipilihnya? Pasti sebungkus gula-gula pelbagai bentuk, saiz dan warna. Kerana apa? Kerana bagi dirinya, sebungkus gula-gula itu lebih bernilai daripada not RM10 walaupun dengan not RM10 itu boleh beli berpuluh-puluh bungkus lagi gula-gula. Kanak-kanak berumur 4 tahun masih belum dapat memproses sistem nilai seperti orang dewasa. Tapi apakah kita yang dewasa ini sudah sempurna memproses sistem nilai?

Ada orang menganggap bermuhajadah menuntut ilmu Allah, menghadiri majlis-majlis ilmu dan program ugama itu tidak penting kerana bagi mereka yang lebih penting adalah duduk depan komputer, berehat-rehat di rumah, mengulangkaji, jalan-jalan  melancong, buat kerja sambilan untuk menambahkan duit simpanan, dan beribu lagi aktiviti yang LEBIH bernilai daripada itu. Ada juga yang menganggap program-program ugama ini bernilai, tapi mereka tetap tidak datang ke program ABC. Kerana mereka anggap program ABC tidak bernilai. Yang lebih baik dan bernilai adalah program XYZ.Dan itu cerita lain.

Mendapat hidayah At-Tawfeeq membuka mata hati kita melihat APA SEBENARNYA YANG LEBIH BERNILAI pada pandangan kita lebih-lebih lagi pada pandangan Allah SWT. Apa sebenarnya yang kita perlukan untuk membuat bekal di sana nanti  dan apa yang sebenarnya kita hajatkan untuk mencari redha Allah SWT.

Kita sentiasa membuat syarat. ontohnya, kalaulah program ugama itu dibuat di _ _ _ _ kan senang nak pergi. Tak adalah duit habis nak naik kenderaan awam, masa habis , tenaga abis bermusafir jauh. Kalau program ugama itu dibuat di tempat kita ini baru saya pergi. Apakah jika dibuat di depan rumah kita, baru kita hendak hadiri?

Allah SWT tidak pernah berkira dengan kita. Malah kita datang ke dunia ini sekalipun tidak ada modal yang kita bawa bersama. Semuanya Allah telah beri percuma. Deria mata, telinga, hidung, anggota badan 2 tangan dan 2 kaki sempurna sifat. Apakah kita bawa semua itu sendiri sebagai bekal untuk hidup di dunia ini? TIDAK! semua Allah bagi..ingatlah diri ini..ingatlah sahabat-sahabatku..

Ingat setiap masa zikir dan fikir. Perhatikan apa yang kita ada, apa yang berlaku dalam hidup kita. Jangan sampai kita terlepas SIGNAL daripada Allah. Ketika itu, Dia tidak lagi menghantar ‘orang’ untuk menyelamatkan kita, ketika itu disumbatnya telinga dan pendengaran, ditutupnya mata dan penglihatan, dibutakannya hati dan dikelamkannya jiwa. Saat itu tiba, kita hilang selimut kasih sayang Allah. Tiada Hidayah Al-Bayan, apatah lagi Hidayah At-Tawfeeq..Astaghfirullah..Aku mohon ampun Ya Allah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s