Japan

Makanan Jepun Pengarang Jantung

Sejak akhir-akhir ini selera makan bertambah-tambah. Begitulah situasinya bila masuk musim sejuk. Tapi selera makan saya tahun ini berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Saya sangat teruja makan makanan jepun. Mungkin kerana tahun ini boleh dikatakan hampir setiap hari makan di cafe sekolah, makan bertemankan sahabat-sahabat Jepun satu Lab, melihat cara makan mereka, selera makan mereka dan yang berkaitan dengannya.

Bermula dengan miso shiru (sup miso) yang saya tidak pernah suka sejak tahun pertama lagi (sebab saya bayangkan rasanya seperti sup, tapi rasanya sangat berbeza), sampailah kepada ikan mentah. Saya paling suka makan ikan maguro (ikan tuna). Tambah-tambah yang bewarna merah pekat sebab ia kelihatan sangat segar. Saya belajar makan ikan mentah sejak diajar makan sushi di sini. Hampir setiap minggu mengikut senior ke kedai sushi. Mula-mula tekak saya hanya rela menerima sushi dengan udang goreng tempura. Lama-lama saya cuba makan beberapa jenis ikan, sotong dan udang mentah. Mula-mula saya memang tidak boleh makan wasabi. Tapi makan sushi dan ikan mentah MEMANG tidak lengkap tanpa wasabi. Wasabi rasa pedas yang berbeza dengan pedas cili. Berasap sampai naik ke telinga. Selalunya saya akan ambil segenggam plastik wasabi yang ada dalam bowl yang sedang berjalan atas conveyer di kedai sushi.

Walaupun saya mengidam dan ingin makan sushi setiap minggu, ia sangat mustahil bagi saya. Kedai sushi di daerah ini terletak jauh dari tempat kami. Tidak mungkin saya berupaya mengajak kawan-kawan makan sushi hampir setiap minggu. Selera meraka tak seiring saya. Jadi untuk melepaskan kerinduan saya terhadap ikan-ikan fresh yang sangat saya sukai, saya selalu singgah ke supermarket terutamanya selepas pukul 8 malam. Ketika ini, ikan sashimi (raw fish) murah. Harga paling murah yang diturunkan adalah sebanyak 50% harga sebenar. Peratusan penurunan harga adalah bergantung kepada masa. Maknanya ikan sudah semakin tidak fresh. Maka selagi tidak berjaya dijual, mereka akan mengurangkan harga. Ketika ini lah saya mengambil peluang untuk membeli-belah. Kalau harga sebenar, memang saya tidak akan berminat untuk membeli walaupun ia kegemaran saya. sebabnya? Mahal!

Tidak ramai yang suka makan Natto. Mula-mula saya ingat natto ini= nut (kacang)..kalau hendak diikutkan bacaan orang jepun kepada bahasa Inggeris macam tu lah. Rupa-rupanya ia adalah biji soya yang telah diperam dan biasanya dimakan waktu sarapan. Natto tidak ramai peminat. Ada orang menggelarkannya soya basi. Mana taknya, natto ni basah berair, lepas tu ada tali-tali macam tali spider tu. Warna putih pulak tu. Nampak macam kulat je. Bila kita nak ambil natto dengan kayu chopstik, maka akan tertariklah tali-tali melekit tu. Tapi nak makan natto kene pandai cara. Hampir berbulan saya buat pemerhatian cara makan natto..(labmates saya peminat natto). Untuk putuskan tali-tali spider tu, ambil natto dengan kayu chopstik kemudian pusing-pusingkan beberapa kali sampai tali tu putus.  Then cepat-cepat sumbat dalam mulut. Senang kan? :p

Cara makan paling sedap adalah dengan menggaulkan

natto dan nasi. Sedapnya….natto…..😉

*Raw Fish*
*wasabi*
*maguro+daikon (lobak putih)*
natto dan tali spider😀

One thought on “Makanan Jepun Pengarang Jantung

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s