Japan · Tazkirah

Syahadah itu kesaksian

Alhamdulillah. .
Itulah semulia-mulia ucapan yang selayaknya kita sebagai hamba ucapkan atas segala pemberiaan dan limpah kurniaNya.

Hari yang dinanti penuh debar.Mungkin kerana saya tidak biasa diberi tugas berdakwah kepada orang Jepun.Seingat saya, ada beberapa kali berbual tentang agama, kewujudan tuhan, dan beberapa topik berkaitan yang lain bersama Yuusuke, seorang classmate.Saya selalu bersemangat berkongsi pengetahuan setiap kali timbul pertanyaan dan argument.Tapi kali ini, mungkin ia lebih berbentuk tugasan yang diberi, tajuk juga ditetapkan, maka saya tenggelam punca untuk menyediakan materialnya.Saya tangguhkan dulu sehingga membawa kepada hari yang dinanti..Ya Allah..apakah aku ini tidak bersungguh dalam menyampaikan dan berkongsi bersama mereka?Jika benar, ku mohon maghfirah daripadaMu.

Sorano Aya datang bersama adik kandungnya.Melihatkan penampilannya yang bertudung, menyejukkan mata yang memandang.Biarpun pertama kali bertemu, kami cuba memecahkan kebekuan ketul ais.Saya sudah begitu lama tidak pegang sudip, senduk dan kuali.Alhamdulillah beras di rumah masih berbaki, dapatlah saya menyediakan hidangan kami tengah hari ini.Terpancar kegembiraan pada wajah mereka melihatkan juadah asing di depan mata.So san mengikut saya ke dapur, merakam video ketika  saya membuat persiapan.Kami senang sekali melihat mereka begitu senang dan selesa sebagai tetamu kami.

Tiada yang lebih gembira sebagai tukang masak, apabila melihatkan hidangan tiada satupun yang berbaki.Alhamdulillah..juadah asing itu bukan masalah besar bagi mereka.Pertama kali merasanya, mereka sangat berselera.Terasa hilang kepenatan selama sejam setengah di dapur.

Kami berbual-bual kosong sebelum masuk ke perbincangan yang lebih serius.Pengisian dimulai dengan Ukhti Nanik berkenaan keluarga dan perkahwinan dalam islam.Memandangkan Aya San akan menikah dengan muslim Indonesia selepas memeluk agama Islam, topik ini sangat perlu ditekankan.Ia lebih kepada tanggungjawab suami isteri, ibu bapa, prinsip perkahwinan dan sebagainya.Kami juga turut memberi perhatian, biarpun ia bukanlah satu benda baru bagi kami, namun pengisiannya sangat bemanfaat dan perlu diulang dengar.

Pengisian seterusnya perkongsian tajuk yang lebih serius iaitu tentang akidah.Syukur di saat terakhir sebelum kedatangan tetamu, saya menjumpai sebuah buku/pamplet berkenaan islam karangan bahasa Jepun yang telah lama berada dalam simpanan saya sebenarnya.Sesekali sahabat yang lain menambah tentang bukti kewujudan tuhan, Nabi Muhammad SAW sebagai utusan, kitab suci Al-Quran sebagai kalamullah, kepercayaan pada syurga dan neraka serta beberapa perkara yang berkaitan.

Aya san mengangguk faham, kadangkala diselang-seli dengan beberapa soalan dan kemusykilan.So San juga mendengar penuh kusyuk.So San sangat supportif.Kagum dan terharu kami pada dia.Kadangkala apa yang difahamnya, diceritakan semula pada Aya san.Itulah sebaik-baik pemberian.Dalam keputusan kembali kepada agama fitrah, adanya ahli keluarga terdekat yang memberi support membenarkan dan melindungi..satu nikmat yang sangat disyukuri..Juga dalam urusan amal makruf nahi munkar kita sehari-harian..urusan dakwah dan berkaitannya…Kami doakan moga satu hari nanti So San juga akan mengikuti jejak langkah saudaranya.Ameen..

Beberapa jam selepasnya, Pak Yudi datang bersama bakal suami Aya san.Sebelum penyaksian kalimah syahadaholeh Aya San, Pak Yudi memberi sedikit pengisian lalu kami alih bahasa pula untuk kefahaman Aya San.Ya..bukan hanya untuk dia..pengisian itu juga untuk kami.

Syahadah itu pintu masuk kepada Islam.Saudara baru yang bersaksi dengan kalimah syahadah,diampunkan dosa-dosanya yang lalu, ibarat bayi yang baru lahir, suci tanpa dosa.Subhanallah. .Syahadah seterusnya harus dimaknakan, bukan hanya sekadar ucapan.(Juga bagi kita yang sedia Islam)

Ahad lalu menjadi saksi, kami menempuhi satu pengalaman baru yang tidak pernah, dan mungkin juga tidak akan kami lalui lagi sepanjang perjalanan hidup kami.Maha suci Allah yang mengatur pertemuan kami, lalu mengatur agenda ini untuk kami.SemuaNya dalam perancangan Dia, kami hanya batang tubuh yang dipilihNya.

Air mata kami juga menjadi bukti setinggi-tinggi kesyukuran kami pada Allah.Syukur atas kembalinya saudara kita kepada fitrah.Syukur atas bekalan nikmat Iman dan Islam yang sedia ada telah diberikanNya sejak lahir lagi.Cuma SANGAT ramai orang tidak menyedari hakikat ini.Moga rasa ini terus berkekalan dan hidup subur dalam hati kita.Kepada Allah kita terus meminta.

Kami berkongsi perasaan yang sama.Betapa mulianya kalimah syahadah itu.Betapa mahalnya harga hidayah itu.Dan jika Allah mengkehendaki, nescaya dia boleh berikan  kepada sesiapa sahaja yang dipilihnya.Kami dakap erat Aya san.Kita telah bersaudara.Tertegaknya penyaksian dan keyakinan kalimah syahadah itu dalam hati kita, secara rasminya kita berada atas jalan yang sama menuju ke matlamat yang sama.

Doa kami, moga saudara baru kita terus tsabat atas jalan ini.Juga semoga kesucian kalimah syahadah ini tersebar ke serata pelusuk alam.Yakinlah. .masa depan itu milik Islam..

poster

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s