Kenangan · My Family

Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

Bulan lalu saya sering mengikuti sessi kuliah ‘The 7 Habits of  Highly Effective Muslim’ melalui ipod saya.Saya ulang-ulang dengar berkali-kali tapi masih tidak jemu menghadamnya.Sarat dengan isi dan input yang sangat berguna. Kebanyakannya dikaitkan dengan pembinaan baitul muslim.Ibarat saya sedang mendengar kuliah kaunseling tentang institusi keluarga.

Saya tertarik dengan satu point penting untuk pembinaan keluarga bahagia.Kata ustaz, fikirkan satu acara untuk satu keluarga yang dinanti-nanti semua. Sebagai contoh, satu pengalaman yang dikongsi dalam sessi kuliyyah-nya,.Semasa kecil dahulu, allahyarham bapa beliau selalu membawa mereka sekeluarga makan di luar setiap kali dapat gaji di hujung bulan.Gaji tidaklah setinggi mana, makan pun bukanlah di tempat mewah.Selalunya naik kereta beramai-ramai, pusing-pusing pekan Ipoh dan makan di Medan Selera di stesen keretapi Ipoh.Mereka semua sentiasa tertunggu-tunggu setiap hujung bulan.

Teringat saya zaman kanak-kanak kami.Kami sentiasa akan makan di luar setiap kali selepas keputusan exam keluar.Kami ada satu acara khas dalam keluarga.Meraikan kejayaan dalam pelajaran.Tempat makan? Telah ditetapkan..berbeza mengikut no.peperiksaan.Tapi terhad untuk tempat pertama sampai ke-3 sahaja.

Tempat pertama: A&W

Tempat kedua: Mc’Donald

Tempat ketiga: KFC

Tempat makan ni kami adik-beradik yang tetapkan.Dulu-dulu susah nak dapat makan di restoran fast food.Kalau mintak mesti tak dapat punya.Kalau nak merasa, kenalah berusaha sungguh-sungguh.Selalunya kami akan makan Mc’Donald dan KFC.Pernah sekali makan A&W masa dapat no.1 di tahun 2.

Selalunya, Ida tak pernah berada di tangga ketiga teratas.Jadi, dia akan selalu menumpang makan pada kejayaan saya dan Along.Selalu Ida kena perli dengan kami..sekadar mengusik dan bergurau.Entahlah dia terasa atau tidak..(maaf,Ida:))

Rindunya pada kenangan itu.Setinggi penghargaan buat abah yang selalu sporting melayan kehendak kami.Asalkan kami selalu berusaha.Sedangkan abah bukannya biasa dengan restoran fast food.Mak sendiri tak makan ayam.Kalau tempatnya di KFC, mak akan makan roti dengan kentang putar dan kobis mayonis.Tapi di situ yang penting bukanlah makan.Ada nilai yang lebih penting untuk dihargai bersama.Dari mana ia datang dan apakah pulangannya.

Dari mana ia datang?

Mengikut usaha kami.Kalau nak merasa makan di A&W, Mc’D atau KFC, pastikan keputusan cemerlang di setiap peperiksaan.Bukanlah bermakna, terpaksa menunggu datangnya kejayaan baru makan di luar.Tapi yang ini lebih bermakna dan penuh erti.

Apakah pulangannya?

Waktu yang dihabiskan bersama dan terasa dihargai.

Usaha yang sekecil ini, terlalu besar maknanya bagi saya.Abah sangat tegas dan garang.Selalunya, itu sahaja ingatan  zaman kanak-kanak saya terhadap dia.Tapi, bukankah pengalaman berharga yang satu ini sangat kukuh untuk membuktikan dia sentiasa terbaik dalam mendidik dan tidak lokek mempamerkan kasih sayang untuk kami.

Kita semakin dewasa..mengapa dilupa pada kenangan bersama mereka?

Segala puji bagi Allah, atas kurniaan mak dan abah.Beri mereka kebahagiaan dunia dan akhirat.Ameen..

876cbdb51e88772818f3a0a0e543c4

One thought on “Tempat Jatuh Lagikan Dikenang

  1. owh..seronok juga membaca cerita ni. (sambil melayan lagu ‘keluarga bahagia’ inteam) ..hoho.

    Semoga anak yang membesar hasil didikan baik ibu bapa itu bakal membentuk keluarga yang baik serta bahagia juga, insyaAllah ^^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s