Japan · My Family · Omelanku

Maaf dari bumi sakura

Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam mendengar khabar daripada saudara kandung di tanah air.Abah bertanya samada saya ada telefon rumah atau tidak.Sudah lama tidak berbual di telefon.Allah..terasa bersalah benar dengan abah.Maafkanku..sentiasa khilaf dalam menunaikan hak dan tanggungjawab terhadapmu.

Saya selalu menghubungi keluarga di tanah air, tapi agaknya masa selalu tidak sesuai dengan masa abah.Kadangkala dia sedang berjemaah maghrib dan Isya di surau atau bekerja malam.Sejak kebelakangan ini abah selalu bertanya samada saya ada telefon atau tidak.Pertama kali, saya masih rasa biasa.Tapi bila masuk kali ke-2, saya sudah rasa tidak selesa.Memang benar..kali terakhir adalah semasa mengucapkan ‘Selamat Hari Bapa’ bulan lalu.

Seingat saya, abah tidak pernah ambil peduli samada saya telefon atau tidak.Perasaan ini ada sejak di zaman sekolah dulu lagi.Nyata ia meleset.Saya tetap seorang anak di mata dan hatinya.Sejauh mana saya merantau, saya sentiasa ada dalam senarai keutamaannya.

Kecewa saya dengan talian yang putus-putus semasa saya sedang menghubungi dia hari lalu.Talian tidak pernah bermasalah begini pada hari-hari saya membuat panggilan sebelum ini.Tunggu dua hari lagi untuk telefon semula.Hati jadi rawan lagi..

Panjang umur murah rezeki, moga Allah permudahkan pertemuan kita 2 bulan lagi..

itidal

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s