Tazkirah

Syurga Cinta: Mencari Nilai Dakwah

Entah bagaimana dalam kesibukan ini saya boleh mencuri sedikit waktu menonton sebuah filem yang khabarnya diselitkan nilai dakwah di dalamnya.

Nilai dakwah dalam Syurga Cinta

Jalan cerita dan beberapa adengan masih ada kelompangannya bagi pendapat saya secara peribadi,  namun Syurga Cinta sarat dengan nilai dan pengajaran.Syurga Cinta membawa kita mengenal cinta yang datangnya daripada jodoh dari Allah.Namun, saya melihat ‘sesuatu’ di sudut yang lain.

Baiti Jannati

Pelakon cilik, Haziq yang membawa watak anak angkat dalam keluarga ini, berusia 8 tahun, menagih sebuah harapan moga kehadiran Cikgu Syuhada yang baik agamanya membawa perubahan pada keluarga.Kiranya dia seorang kanak-kanak yang  jauh di sudut hatinya mengharapkan syurga dalam keluarga.Pengharapan itu tidak diletakkan pada kedua ibu ayah yang telah jauh dari jalan lurus, tetapi pada orang luar yang dikaguminya dan ada nilai pada diri mereka.Itulah namanya idola.Seandainya idola yang baik, syukur, masih ada secebis nilai  iman dalam diri.Namun, bagaimana jika sebaliknya? Terumbang-ambing hidup si anak masih berpaut pada sisa pecahnya kapal yang karam.

Taqdir

Kebetulan hari ini membincangkan topik taqdir di Liqa’.Ada 2 jenis taqdir daripada Allah SWT.Allah SWT mencipatakan alam dengan Taqdir Al-Kauni iaitu sesuatu yang mengikut kehendaknya , tetap dan tidak boleh burubah.Termasuklah sifat-sifat pada manusia itu.Ada yang bermata sepet, bermuka bujur, berhidung mancung, berkulit gelap dan sebagainya.Ia tetaplah sebegitu sejak lahirnya kita sampai dikembalikan.(melainkan yang buat pembedahan la..)

Keduanya,Allah SWT menciptakan manusia itu dengan Taqdir As-Syar’ie.Ia boleh berubah mengikut pilihan manusia itu sendiri.Allah telah taqdirkan mengikut kehendakNya bahawa manusia itu diberi pilihan.Namun ia telah pun tertulis, bukanlah kerana Allah mengkehendaki ia jadi begitu, tapi kerana ilmuNya, kerana Allah maha mengetahui.Apakah contoh-contoh pilihan? Kita sentiasa ada pilihan.Daripada sekecil-kecil perkara sehingga yang besar.Samada kita memilih yang hak atau yang batil, Islam atau Kafir, syurga atau neraka, hidayah atau kesesatan.

Jodoh bukan taqdir, tapi pilihan

Mahu memilih yang baik, perlu jadi baik.Itu salah satu nilai yang diketengahkan dalam Syurga Cinta.Mengharapkan pasangan menjadi pembimbing, inshaAllah praktikal jika yang diharapkan memimpin itu adalah suami.Jika sebaliknya, bagaimana? Kadangkala kita selalu berserah pada taqdir, biarlah jodoh ditentukan tuhan.Mungkin dia memang telah dijodohkan untukku.Terima sahaja dengan hati terbuka..Namun, jangan dilupa, Allah telah berikan kita pilihan.Pilih yang baik atau sebaliknya? Yang lebih baik atau yang biasa-biasa aja?

“Teman-teman karib pada hari itu saling bermusuhan antara satu sama lain kecuali mereka yang bertaqwa

(Az-Zukhruf:67)

Mahukah bermusuhan di sana nanti? Andai jawapannya tidak, sulami syurga cinta dengan Taqwa

Rabbana faghfirlana zunubana..

solat tiang agama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s