Japan · Omelanku

Lagi-lagi cerita pasal makan

Saya tertarik dengan entry seorang senior di sini(Jepun) tentang makanan di Jepun.Memang benar, kami di sini perlu kenalpasti dulu ingredient yang terkandung dalam makanan yang berada di pasaran sebelum membeli.Tidak seperti di Malaysia, asalkan ada cop sirim, terbuktilah ke-halal-lannya.

Tetapi, selain meneliti kandungan bahan yang tertulis di belakang, nak tak nak, tertengok dan terbaca jugaklah gambar-gambar atau tulisan yang ada di pembungkus makanan.Ada sesuatu yang sangat menarik perhatian untuk orang melihat dan membacanya.Yang tidak pernah saya jumpa di Malaysia.Owh yea..makanan yang  saya maksudkan adalah makanan ringan seperti keropok kentang, coklat bar, dan sebagainya yang digelar jajan atau kudap-kudap oleh orang kampung saya.

Kemungkinan sesuatu yang dihias menarik dan kata-kata yang tertulis di pembungkus bertujuan untuk menarik perhatian pembeli.Ya, bukan kemungkinan.Memang itulah tujuannya, yang disebut strategi pemasaran..

Sejak datang ke Jepun, saya memang sentiasa rajin membaca kandungan makanan yang tertulis di pembungkus.Tetapi tidak pernah pula saya rajin hendak membaca ayat-ayat yang menarik pembeli untuk membeli produk tersebut.Contohnya tentang kesedapan dan kelazatan produk makanan itu, ataupun meng-highlight-kan kandungan yang membawa kesan baik kepada kesihatan dan sebagainya.

Baru-baru ini saya sering singgah ke coop membeli jajan selepas makan malam di cafeteria.Teringat tentang fakta yang telah saya baca, maka saya menjalankan beberapa pemerhatian ke atas beberapa jajan yang saya beli selama seminggu.:)

gambar 1: Almond Chocolate
gambar 1: Almond Chocolate

Gambar 1 ini menunjukkan imej Almond Chocolate yang saya beli.Gambar beberapa butir coklat yang bertaburan sungguh menarik-narik hati ini sehingga menghantar isyarat kepada otak, lalu otak menghantar pula isyarat kepada tangan, maka terjadilah gerakan impuls menariknya daripada rak coop.(owh..lemahnya bio) Tapi tidak pernah pula saya ambil peduli tentang ayat yang tertera di bahagian atas sebelah kiri kotak coklat ini.Tidak lain tidak bukan untuk menarik pembeli dan pencinta manisan seperti coklat.

甘すぎなくて (amasuginakute)

うますぎる (umasugiru)

Inilah yang tertera.Jika diterjemahkan dalam BM, maksudnya berbunyi lebih kurang begini,

tidak terlalu manis

sangat sedap

Sekali dengar macam pantun dua kerat pun ada.Tapi pantun 2 kerat bagi bahasa Jepun lah memandangkan rimanya sama dan bunyinya pun seakan sama.Amai yang bermaksud manis dan Umai pula bermaksud sedap.Perkataan sugiru pula diulang 2 kali yang bermaksud sangat.Kredit kepada pencipta pantun 2 kerat untuk strategi pemasaran ini!

gambar 2: Morinaga Bitter Choco
gambar 2: Morinaga Bitter Choco

Ha..masuk pula ke produk ke-2 yang ingin saya perkenalkan.Seperti yang tertera pada gambar 2, chocolate bar pahit morinaga.(tak adelah pahit sangat, cuma tidak terlalu manis).Produk ini pon sangat menarik perhatian saya.Seperti yang tertera di kotaknya, ada petak-petak segi empat sama di situ.Yang menunjukkan keadaan chocolate bar ini yang boleh dipatah-patahkan kepada segiempat kecil mengikut sempadan.Ok..beralih pula kepada tulisan yang tertera:

‘割って’ ひとくち約 20 kcal !

カロリーをカウントしたいあなたに

Mari saya terjemahkannya ke dalam BM.

‘Patahkan’  satu kali suap(sepetak kecil coklat) lebih kurang 20 kcal !

Untuk anda yang mahu mengira Kalori

Begitulah lebih kurang maksud.Tidak sangka pula ada dikenalpasti kalori bagi setiap petak kecil coklat! untuk orang yang melihat dengan pandangan nafsu, gambar coklat yang tertera yang paling nampak.Tapi bagi yang memandang dengan akal, pasti nampak 20 kcal! dahulu.Kesan dan pengaruh daripada apa yang tertera dan dibaca sebelum membuka bungkusan coklat ini menyebabkan saya sentiasa terbayangkan 20kcal yang diisi dalam perut setiap kali saya memasukkan dan mengunyah sepetak kecil coklat.Kemudian, tidak lupa saya mengira berapa banyak kalori yang telah saya makan setelah masuk petak yang ke 4, 5, 6 dan seterusnya.Hehe!xde keghoje sungguh..buat kata orang kampung saya.Tapi itulah realitinya.:)

gambar 3.1: Keropok Kentang Karamucho
gambar 3.1: Keropok Kentang Karamucho
gambar 3.2: Keropuk Kentang Karamucho
gambar 3.2: Keropok Kentang Karamucho

Produk seterusnya yang igin saya perkenalkan ialah Keropok Kentang Karamucho.Inilah keropok kentang feberet saya selepas keropok kentang calbee.Gambar 3.1 adalah imej keseluruhan manakala gambar 3.2 adalah fokus kepada perkataan yang tertera serta menarik perhatian saya.

Seperti dalam gambar 3.1, macam biasalah, imej keropok kentang mesti ditunjukkun. Dapatlah pembeli membayangkan gambaran sebenar rupa keropok yang tersembunyi dalam plastik pembungkus warna hitam ini.Keropok Kentang Karamucho ini berperisa pedas.Maka ada imej cili merah ditunjukkan beserta perkataan ホットチリ yang dibaca hot chilli.Ada juga perkataan ヒー yang dibaca Hiii…! saya rasa ini adalah bunyi menjerit daripada watak kartun di sebelahnya..kerana kepedasan keropok, maka ia menjerit kepedasan..:)

Saya tidak ada masalah makan pedas.Malah keropok ini tidak pelik rasanya hanya kerana pedas.Tetapi, orang-orang Jepun MEMANG tidak makan pedas.Makanan Jepun tiada yang pedas (melainkan wasabi tetapi rasanya bukan seperti pedas cili).Jadi apa pula strateginya untuk menarik pembeli untuk makan produk ini? Apa relevannya perkataan hot chilli, dihias pula dengan gambar cili merah, serta yang paling tak masuk akal gambar kartun menjerit kepedasan bedasarkan perkataan ヒー (Hiii…!).. Ada orang nak beli ke?

Tentulah ada jika ditambah pula dengan satu lagi perkataan menarik pembeli yang ditulis di bahagian paling atas bungkusan ini.

ポテトが辛くて

なぜおいしい!

Izinkan saya terjemahkan dalam BM, yang bermaksud,

Keropok kentang pedas

tetapi

kenapa agaknya ia sedap?

Itulah yang tertera.Menarik pembeli untuk berfikir..belum rasa belum tahu! Huhu~

gambar 3: Calbee Sapporo Potato
gambar 4: Calbee Sapporo Potato

Finally, sampai juga ke produk terakhir yang ingin saya perkenalkan.Seperti yang tertera, nama produk: Calbee Sapporo Potato.Satu perkara yang kita semua kene tahu, potato ni dihasilkan dengan banyaknya di Hokkaido.Macam juga la tebu di Perlis, nanas di johor, dan lada hitam di Sarawak.Jepun pun ada tempat-tempat yang penanaman pertaniaannya hidup subur berdasarkan faktor tanah, suhu, iklim dan sebagainya.(Owh..lemahnya Geografi!)

Maka dengan sebab itu jugalah mungkin produk ini dinamakan Sapporo Potato yang mana Sapporo tu nama sebuah bandar besar di Hokkaido.

Seterusnya ada satu ayat yang jenuh saya fikir apa maksudnya.Last-last baru saya faham..

つぶつぶベジタブル (Tsubutsubu begitaburu)

Butir halus sayur-sayuran

Owh yea..untuk pengetahuan, keropok ini adalah keropok kentang plus sayur-sayuran.Yang mana sepeti yang tertera di pembalut, ada 6 jenis sayuran yang terkandung.Siap dengan gambar sayuran lagi.

bayam+lobak merah+bawang+tomato+labu+(satu lagi taktau sayur apa..nanti saya cek kamus)

Maka dah tentulah masa kita makan keropok ini, terbayanglah dalam fikiran kita seperti sedang mengunyah sayur.Kepada yang tak makan sayur, bolehlah mencuba keropok ni.Boleh lah tambahkan vitamin yang kurang tu..

Keropok ini bersaiz kecil.Harganya memang murah dan mampu dibeli.Tak sampai 100yen pun!Tapi kandungannya AGAK banyak.Kongsi makan 3 orang pun rasa lebih dari cukup.Mungkin juga di situ ada nilai keberkatan =)

Ijou de, akhirnya habis juga perkongsian saya kali ini.Sepatutnya saya boleh dapat komisyen ni sebab tolong promote produk orang.Huhu!

Akhir kata, makanlah makanan yang halal lagi baik..

4 thoughts on “Lagi-lagi cerita pasal makan

  1. Salam

    Ulasan menarik dari cik niza terhadap makanan ringan mingguannya, haha.

    Dalam gambar Almond Chocolate, ada kesalahan membaca perkataan bahasa Jepun. ‘amasugiNAkute umasugiru’ dayo.

    Bila sebut coklat komfem orang akan fikir ianya manis tapi produk ini agak berbeza dengan yang lain. Ianya tidak terlalu manis tapi terlalu sedap..^^

    Keropok kentang Karamucho itu orang yang taksuka pedas pun boleh makan kan ? haha..rasanya ku pernah merasainya.

    Makanan lain kondo tabete miru.

    Owh ye, kenapa orang perempuan suka dengan coklat ?
    Lelaki adalah juga tapi rasanya tidak seramai perempuan.

    Nway, berpadalah dan jangan terlalu banyak ambil makanan ringan. Walaupun keropok yang dipamerkan dibuat dari sayur-sayuran tapi kandungan utamanya bukan dari sayuran rasanya. Garam ? Gula ? wallahua’lam.

  2. +Owh terlepas pandang pulak..
    btw terima kasih atas penambahan info terhadap mesej ayat tersebut.

    +orang kata kalau makan coklat tu boleh hilangkan tension.rasanya betul..

    +ada satu masa/jiki, rasa macam nak mengunyah sesuatu je..(walaupun baru 10 minit makan nasi)..tapi bukan selalu.anyway, terima kasih atas nasihat.

    p/s: pembetulan telah dibuat

  3. salam ziarah,along..🙂
    rasanya pernah terbaca artikel tentang coklat dulu.makan coklak boleh menghasilkan hormon adrenalin gembira, membawa mood happy..hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s