Japan · Omelanku

Apa Yang Anda Makan Hari Ini?

Semenjak masuk ke tahun terakhir pengajian di universiti, saya kerap makan bersama ahli-ahli lab di kafeteria universiti.Setiap hari jam 1 petang dan 7 malam adalah jadual makan di RGD Lab.Selain belajar tentang kehidupan makan bersama dan beramai-ramai di tahun terakhir ini, sedikit sebanyak saya belajar tentang budaya makan orang-orang Jepun.

Saya perhatikan tentang satu perkara.Ahli RGD Lab beberapa orangnya membawa bekal nasi sendiri daripada rumah.Sepuluh minit sebelum berjalan beramai-ramai menuju ke kafeteria, mereka yang membawa bekal nasi akan memanaskan dahulu bekalan mereka.Kalau boleh saya katakan, RGD Lab mempunyai satu ruang pantry dilengkapi peti sejuk, ketuhar pemanas, coffee maker, pemanas air, rak meletak cawan dan gelas serta sinki membasuh.Selain membawa nasi sendiri, ada juga senior yang membawa bersama telur ayam dan natto yang dibeli sendiri dan disimpan dalam peti sejuk.Natto adalah makanan jepun yang dihasilkan daripada kacang soya yang ditapai.Orang jepun juga suka makan telur ayam mentah-mentah, dipecahkan dan digaul dengan nasi.Nasi putih, natto dan telur ayam mentah ada dijual di kafeteria selain lauk-pauk yang lain.

Tetapi senior di lab saya memilih untuk memasak nasi di rumah, membeli natto dan telur yang lebih murah harganya dari luar dan membawanya ke kafeteria hampir setiap hari.Saya fikir ini salah satu cara untuk mereka berjimat.Saya puji sikap mereka yang tidak berasa segan berjalan beramai-ramai ke kafeteria sambil masing-masing membawa bekal nasi di tangan.Menambahkan tahap kekaguman saya adalah kerana mereka kesemuanya lelaki yang bagi pendapat saya tentulah tidak biasa dengan budaya membawa bekal.

Satu pengajaran untuk saya, pelajar yang ditaja segala segi.Yuran pembelajaran di universiti termasuk biasiswa bulanan yang boleh dikatakan lumayan setiap bulan.Tidak perlu risau tentang duit, tentang yuran atau apa-apa sahaja berkaitannya.Tidak rasa susahnya mencari duit dan mendapatkan sesuap nasi.Sedang pelajar-pelajar Jepun di sini sibuk bekerja part time dan memikirkan langkah berjimat.Dalam masa yang sama tekun belajar dan ber-kenkyu(membuat research).Benarlah, bila kita rasa susahnya mendapatkan sesuatu, barulah kita akan rasa nikmatnya.Bila sesuatu sudah ada tersedia di depan mata, kita jarang memikirkan daripada mana sumbernya, lupa pula untuk berterima kasih.

Saki-baki masa saya di sini, harapnya memberi pelbagai lagi ibrah yang mengubah diri ini menjadi hamba,anak dan pelajar yang bersyukur.Selain menampung kekurangan harga pengalaman 3 tahun sebelumnya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s