Omelanku · Tazkirah

Circle of Influence

Banyak ibrah daripada bulan di pertengahan tahun ini.Salah satunya kisah yang diceritakan oleh Along kepada saya lewat 2 minggu lalu.Masih terasa basahnya di ingatan.

Pelajar sekolah menengah sekarang semakin tidak ada manners.Diterjemahkan dalam bahasa kita, mungkin akhlak.Pelajar di sekolah berasrama, atau lebih tepat lagi, berasrama penuh mungkin tidak ada masalah berkaitan minat untuk belajar, ditambah lagi dikurniakan kefahaman untuk mereka mengakui pentingnya ilmu untuk masa hadapan.

Mengajar di sekolah harian biasa memberi satu cabaran yang luar biasa.Tugas seharian menuntut pengorbanan yang bukan sedikit.Kadangkala menjentik sensitiviti dan emosi, menangis dalam hati..Ilmu apakah yang harus diaplikasikan dalam usaha membawa mereka ke dunia realiti?

Orang-orang di sekeliling kita adalah circle of influence kita.Atau dalam Islam disebut mad’u.Kenalpasti siapakah circle of influence kita, serta tetapkanlah matlamat.Kita mungkin tidak dapat membawa satu perubahan besar, mungkin tidak nampak implikasi yang kadangkala menuntut kesabaran untuk kita menantinya, tapi biarlah usaha yang lahir daripada penetapan matlamat-matlamat itu ikhlas kerana-Nya.Jangan putus doa dan harapan.Moga hidayah itu menjenguk pintu hati mereka.Kepada Allah jua sebaik-baik tempat pergantungan.

knk2 riang
sekadar gambar hiasan

spaceball

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s