Tazkirah

Halaqah Jun/26

Melihat jam di tangan, tidak sedar sudah hampir mencecah jam 1 pagi. MasyaAllah..lama sungguh pertemuan kami hari ini.Secara rasminya, halaqah kami telah pun ditutup jam 10 malam.Tetapi, apabila ditambah acara jamuan makan, solat isya’ secara berjemaah dan sembang-sembang tak rasmi, tidak sedar  malam sudah semakin merangkak tua, sehingga membawa kami ke hari baru.

Jamuan kami hari ini enak-enak belaka.Setanding menunya dengan minggu-minggu yang sebelumnya.Melihatkan kemeriahan juadah yang tersedia di hadapan mata, terdetik pula rasa di hati.”Ini usrah mingguan atau majlis makan-makan? Tersenyum saya sendiri.Kadang-kala ada rasa gusar.Bimbang adik-adik terasa berat pula datang menghadiri majlis ilmu ini kerana TERPAKSA MEMASAK.Harapnya tidak begitu.Awal-awal lagi pernah saya bertanyakan kesanggupan mereka.Alhamdulillah..jawapannya yang positif semua.Maka saya anggap ini semua rezeki dari Allah.Berkat kita bermajlis ilmu.Moga-moga Allah berkati semua.Ameen..

Perbincangan kami hari ini menyentuh soal akhlak.Sifat mazmumah yang satu ini sentiasa wujud dalam diri kita.Diri ini juga mengakuinya.Benarlah, diam itu lebih baik daripada banyak berkata-kata, banyak pula kesalahannya maka banyaklah dosa kita.Seperti kata pepatah, kerana mulut badan binasa.

Ghibah atau dalam bahasa kita, mengumpat satu sikap mazmumah yang tidak asing lagi.Sehinggakan kita tidak sedar kita sedang mengumpat semata-mata kerana ia sudah sebati dengan kita umpama perbualan yang kita anggap biasa-biasa aje..Nauzubillah..kami berlindung daripada segala akhlak buruk, Ya Allah..

Kata seorang teman se-halaqah semalam, bagai ada satu garisan yang sangat nipis untuk kita memutuskan apakah isi perbualan kita bersama teman itu adalah mengumpat, mengadu masalah cuma atau minta penyelesaian bagi permasaalahan ukhwah contohnya.Ya memang benar..itu tidak dinafikan.Tetapi dalam Islam itu sentiasa ada garis panduannya.Untuk itu juga Allah SWT mengurniakan aqal kepada kita.Maka berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata.Seandainya kita rasa panasnya hati jika orang lain bercerita tentang keburukan dan membuka keaiban diri kita, apakah pula perasaan orang yang kita bercerita tentangnya itu?

Sanggupkah kita memakan dan meratah daging saudara kita sendiri?

Teringat pula saya tentang satu video yang di-send kan oleh seorang sahabat berkenaan ghibah.Dalam video itu ditunjukkan bagaimana segolongan wanita yang sedang mengumpat ibarat meratah daging saudara yang sedang diumpatnya itu.Mereka makan dengan rakus dan lahap sekali, penuh darah dan sungguh jijik.Ya Allah..kami berlindung dariMu daripada segala akhlak buruk dalam sedar dan tidak sedar kami..

“Celakalah untuk setiap pencaci, pengeji”

(Al-Humazah:1)

InshaAllah, bertemu kita lagi 2 minggu akan datang.Tidak sabar mahu menanti tibanya waktu itu.Hampir setiap hari kita bertemu untuk solat Zuhur di universiti.Tetapi ia tidak mungkin sama dengan pertemuan yang kita isi untuk merasai mahalnya nilai perkongsian ilmu dan ukhwah 2minggu sekali ini.Terharu kami dengan pengorbanan waktu dan tenaga seorang teman se-halaqah yang mengayuh basikal dari rumahnya yang terletak jauh dari kawasan kelompok kami.Doa-doa untuk beliau kami panjatkan ke hadrat Ilahi, moga dengan sebab usahanya menempuh jalan untuk menimba ilmu, maka dipermudahkan oleh Allah untuknya menempuh jalan ke syurga.Wallahu A’lam..

Bertemu dan berpisah kita kerana Allah
Bertemu dan berpisah kita kerana Allah

5 thoughts on “Halaqah Jun/26

  1. Ehem…salam.

    Halaqah apa sampai kul 1 pagi ?

    Ni..kalau habaq kat ustaz, bukan dia cakap halaqah tapi, “ha…lagho” ^^

    Dalam perbincangan ditekankan hal ghibah, kurangkan bercakap, jika tiada perkara baik untuk disampaikan maka lebih baik diam, dan sebagainya. Tapi lepas je habis perbincangan itu, macam mana yer ?

    (sekadar lontaran batu tajam untuk berfikir, hehe)

  2. tidak perlu lah diceritakn apa isi perbualan sembang xrasmi kami.yg pasti masih tdk lari drpd topik perbincangan yg membawa manfaat,InsyaAllah..

  3. “Tapi lepas je habis perbincangan itu, macam mana yer ? ”

    Soalan ni bukan tanya kamu cakap apa cik..ianya bermaksud, adakah dapat diamalkan perbincangan dalam halaqah itu?
    …..

    Jika dapat, alhamdulillah.

    Jika tak, perlu muhasabah.
    …..
    Kalau kita ada anak perempuan yg blk umah kul 1 pagi beralasankan ada halaqah usrah dan kami bincang2 hal bermanfaat. Apa agaknya reaksi kita ? ataupun apa reaksi kebanyakan ibu bapa ?

  4. sblm men-handan perlulah dilihat dan difahami kepada suasana dan keadaan.kemungkinan cerita yang dismpaikn ini tidak lengkap untuk pembaca mendapat kefahaman keseluruhan.Maka terdapt kelemahan kepada mesej yang hendak disampaikn.Afuan atas sebarang kekurangan penulis yang menimbulkn pelbagai persepsi dan spekulasi tidak sedap didengar.

    sebagai contoh..
    1) Halaqah diadakan tidaklah bertempat jauh dari kawasan kediaman masing-masing, tinggal di sebelah rumah dan yang lain semuanya tinggal sekelompok,datang dan pulang beramai-ramai.InshaAllah selamat jalan pergi dan pulang di bumi sakura ini.Tidak pernah kami menghalang kepada siapa yang mahu minta diri dahulu, malah ada yang telah pulang sebaik halaqah ditutup.Dipersilakan, dan dialu-alukan.

    2) Kami menghabiskan menu desert yang disediakan, hanya 2minggu sekali oleh adik-adik kami.Meraikan usaha mereka mempelbagaikan juadah untuk dikongsi bersama.

    3) Berkumpul untuk tujuan ini lebih baik daripada sendirian di rumah menjawab kuiz facebook, berchatting atau menonton drama siri terbaru sehingga membawa ke pukul satu pagi.

    sekian, apa-apa yang ditulis di atas ni kemungkinan sekali lagi tidak memenuhi balasan kepada komen anta.tapi anggaplah ia sebagai penambahan supaya anta boleh berlapang dada.sebarang masalah boleh hubungi secara private.
    wallahu A’lam

  5. Hm..berdasarkan jawapan balas, penulis rasakan tiada masalah dengan aktiviti lepas habis program halaqah itu kan.

    Jika begitu, ana berhenti di sini dahulu.

    Sebab matlamat mengomennya cumalah satu, yakni supaya kita sama-sama mendapat kebaikan dari program halaqah yg dibuat. Mudah katanya ada hasil.

    Baarakallahuhu feekum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s