Usrah Sakinah

Usrah Sakinah Jun/23

Bismillah..

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.Syukur dan puji hanya untuk Allah tuhan sekalian alam.Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW, keluarga baginda, para sahabat dan orang-orang yang berjuang mengikuti jalan baginda.

Kami sama-sama merafa’kan kesyukuran pada Allah SWT kerana mentaqdirkan pertemuan kami sekali lagi minggu ini.Atas mahalnya harga hidayah yang dipinjamkan buat kami.Insan-insan yang amat memerlukan Dia.Tiada daya upaya serta kekuatan melainkan atas pertolonganNya.

Usrah Sakinah dimulai dengan umul kitab Al-Fatihah, seterusnya tadarus Al-Quran.Moga dengan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran ini,diberkatiNya lagi majlis kami.Ameen..

Seterusnya, kami beralih kepada perkongsian hadith tentang kelebihan orang-orang yang berilmu.

Daripada Abu Darda’ r.a katanya, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda;

“Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit,dan penghuni di bumi,sehingga ikan-ikan yu yang berada di dalam air”

Masya Allah..hebat sungguh kelebihan dan pengiktirafan yang diberikan kepada orang-orang yang berilmu.

Bagaimanakah mahu menjadi orang yang berilmu?

Sudah tentulah dengan menuntut ilmu

Di manakah hendak menuntut ilmu?

Tidak lain dan tidak bukan di majlis-majlis ilmu yakni menghadiri majlis ilmu.

Pernahkah mendengar cerita tentang apa yang sebenarnya berlaku semasa majlis ilmu dan selepas berakhirnya majlis ilmu yang kita hadiri itu??Mari sama-sama kita ikuti kisahnya..

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Nabi SAW bersabda..

Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkati lagi Maha Tinggi, memiliki para malaikat yang sangat banyak bilangannya.Para malaikat ini selalu mengelilingi bumi dan mencari majlis-majlis ilmu, majlis zikir serta majlis yang di dalamnya ada diperdengarkan tentang ayat-ayat Allah, tazkirah dan sebagainya.Apabila para malaikat mendapati ada satu majlis yang dipenuhi dengan zikir dan perkongsian ilmu, maka para malaikat akan melebarkan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruangan antara orang yang duduk di dalam majlis tersebut,sehinggalah kita beredar menutup dan meninggalkan majlis.

Para malaikat kembali naik ke langit

Bertanya Allah SWT kepada malaikat.(Hakikatnya Allah telah pun mengetahuinya kerana Allah Maha Mengetahui)

Dari manakah kamu yang ramai-ramai ini datang ?

Malaikat menjawab,

Kami datang dari tempat hamba-hambaMu di dunia.Mereka bertasbih, bertakbir, bertahlil dan bertahmid serta berdoa memohon darimu

Allah berfirman,

Apakah yang mereka pohonkan ?

Para malaikat menjawab,

Mereka memohon Syurga dariMu

Allah berfirman,

Apakah mereka pernah melihat syurgku?

Para Malaikat menjawab,

Tidak,Ya Allah.Mereka tidak pernah melihat Syurga-Mu

Allah berfirman,

Bagaimanakah sekiranya mereka pernah melihat syurgaku?Pasti mereka akan terus memohon syurgaku.

Malaikat berkata lagi,

Mereka juga memohon perlindungan dariMu

Allah berfirman,

Perlindungan apakah yang mereka pohonkan?

Malaikat menjawab,

Mereka memohon perlindungan daripada azab api nerakuMu,Ya Allah

Allah berfirman,

Wahai malaikatKu,apakah mereka pernah melihat neraka-Ku?

Malaikat menjawab,

Tidak,mereka belum pernah melihatnya

Allah berfirman,

Bagaimanakah seandainya mereka pernah melihatnya?Sudah tentu mereka akan lebih memohon daripadaku untuk dijauhkan daripada azab api neraka

Malaikat terus berkata,

Mereka juga memohon keampunan daripadaMu, Ya Allah..

Allah berfirman,

Aku sudah mengampuni mereka.Aku telah kurniakan kepada mereka apa yang mereka pohon dan aku berikan ganjaran pahala sebagaimana yang mereka pohon.

Malaikat berkata lagi,

Wahai Tuhan kami, di antara mereka,terdapat hambaMu.Dia penuh dengan dosa,Sebenarnya dia tidak berniat iuntuk mengahadiri majlis tersebut,tetapi setelah die melaluinya, dia terasa ingin menyertainya,lalu duduk bersama orang ramai dalam majlis itu.

Allah berfirman,

Aku juga telah mengampuninya.Mereka adalah kaum yang tidak dicelakakan dengan majlis yang mereka adakan.

———————————————————————————————————————————————

Cinta Tanpa Syarat

Agak-agaknya siapakah yang memberikan cinta tanpa syarat kepada kita?

Cinta yang tidak mengaharapkan balasan.Cintanya yang ikhlas,yang tidak berbelah bahagi untuk kita.

Cinta 2 orang pasangan kerap mengharapkan sesuatu..sepertimana yang diberi,begitu juga yang diharap.Apatah lagi antara 2 sahabat.Sukar mencari yang tidak tanpa syarat.

Itulah dia cinta yang diberikan oleh kedua ibu bapa kita kepada kita.

Bersempena Hari Bapa yang baru berlalu dalam minggu yang sama, pasti ramai yang mengambil kesempatan menghubungi ayahanda di tanah air.Ada yang terdidik sejak kecil.Mudah berkongsi dan meluahkan perasaan kasih dan sayang atau sekurang-kurangnya kata-kata penghargaan untuk mak dan ayah.Tetapi tidak semua yang mampu berbuat demikian.Malu, tidak biasa, kekok, janggal, pelik dan entah seribu macam alasan lagi.Benarkah itu satu alasan?Mungkin..kerana hakikatnya kita semua mampu untuk meluahkan rasa penghargaan kita kepada orang lain tetapi mengapa tidak kepada orang yang telah melahirkan dan  membesarkan kita?

Usah biarkan kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan

..kata UNIC dalam lirik salah sebuah lagunya.Apabila sampainya saat kehilangan, lafaz dan pengucapan serta luahan perasaan sudah tidak bermakna apa-apa lagi..

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa ibu bapaku dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil”.

Usrah Sakinah berakhir dengan beberapa perbincangan point penting sifat Al-Wahhab Allah SWT.Nama ini bermaksud Yang Maha memberi.Allah SWT yang maha memberi, melimpahkan sifat ini kepada ke-2 ibu bapa kita.Dengan itu, mereka sentiasa memberi tanpa henti sehingga melahirkan rasa cinta tanpa syarat untuk kita semua.Maha Suci Allah..syukur kami hanya kepadaMu atas kurniaan dan limpahan rahmatMu.

Usrah sakinah..moga terus menyinari hati-hati kita dengan cahaya islam dan iman.Sepertimana namanya, kita  mengharapkan ketenangan ini biarlah tanpa ada penghujungnya.Pada Allah kita terus memohon.Amen Ya Rabbal A’lamin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s