Usrah Sakinah

Usrah Sakinah Jun/16

Alhamdulillah..lafaz penuh kesyukuran atas nikmat Iman dan Islam yang dipinjamkan untuk kita oleh Allah SWT.Moga terus hidup dan berkekalan hingga hujung nyawa.Atas nikmat yang dibekalkan ini, hati-hati kita berkumpul keranaNya.Kerana rindu pada sebuah ukhwah yang terbina atas dasar Deen.Kerana kita mencari sinar baru untuk menerangi, buat bekalan hidup di sana nanti.Kerana kita mencari redha-Nya..

Minggu ini masuk minggu ke-2 pertemuan kami di usrah Sakinah. Ukhwahnya semakin dirasai, bilamana kami menerima ahli keluarga baru.Moga kita terus kekal menyayangi kerana Allah, merasai manisnya ukhwah.Ahlan Wasahlan..

Usrah Sakinah dibuka dengan umul kitab Al-Fatihah seterusnya berkenal-kenalan dengan ahli keluarga kami yang baru.Agenda diteruskan pula dengan sebuah persoalan penting untuk kami.Mengapa kita ber-usrah?Apa yang kita cari,apa yang kita mahukan dan apa yang kita harapkan dalam sesebuah usrah?

Saya tidak pernah bertanya kepada diri tentang persoalan ini.Dan saya tidak ada skema jawapan baginya.Pelbagai respon daripada adik-beradik saya yang lain.Kesemuanya jawapan berlainan susunan ayat dan cara pemikiran.Tidak kurang juga perkongsian cerita pahit manis pengalaman usrah yang lalu.Terutamanya usrah di sekolah..Ya, kita mungkin berkongsi perasaan dan pengalaman yang sama.Sejauh manakah keberkesanannya usrah kita lewat waktu lalu? Sesuatu yang sangat dikesalkan hingga ke hari ini..Syukur kita bertemu malam ini biarpun sekadar mendengar suara cuma..namun kita berkongsi sesuatu yang lebih dari itu.Biarlah pertemuan-pertemuan kita akan datang lebih terisi,sarat dengan manfaat dan berkesan pada hati-hati kita.Agar kita tidak kesal lagi..seperti mana kita kesali kesilapannya pada keberkesanan pengisian usrah kita ‘waktu lalu’.

Perkongsian diteruskan lagi dengan luahan hati sahabat kami, yang pernah ditinggalkan naqibah satu waktu lalu..Wahai sahabatku, janganlah bersedih dengan kisah lalu.Hidayah dan kasih sayang Allah itu mahal harganya.Kau pernah ‘ditinggalkan’ lalu hatimu menjadi rawan, tapi kau terus berharap pada rahmatNya.Bukankah kesempatan kita bertemu malam ini bukti Dia tidak pernah meninggalkan engkau? Malah masih diberikannya ruang dan peluang untukmu kembali berada dalam halaqah ini.Hati yang masih basah untuk belajar.Belajar ilmu makrifat tentangNya, agar kita bertambah cinta pada Dia.Kami tidak akan membiarkanmu.Kasih dan sayang kita atas jalan ini moga kekal selamanya..InshaAllah..

Kata kakak sulung kami, kesan tarbiyyah kita biarlah sampai sehingga ke luar usrah.Moga orang-orang yang berada di sekeliling kita menjadikan kita sebagai contoh tauladan terbaik.Sehingga mereka terkesan, melihat betapa indahnya Islam dan indahnya berada dalam tarbiyyah.Biarpun cara kita adalah dengan mengadakan majlis makan-makan, buat kek dan berkongsinya dengan adik-adik yang lain, bertanya tentang pelajaran, mengambil berat dan sebagainya.

Saya pernah menimba pengalaman sebagai naqibah ketika di tingkatan 5.Adik-adik usrah di bawah tanggungjawab saya pula kesemuanya di tingkatan 3.Saya sangat sayangkan mereka, seperti adik-adik saya sendiri.Saya selalu mahu  pastikan mereka mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan memandangkan mereka kesemuanya di kelas teratas di dalam batch.Selalu kami berbual-bual ketika bertemu di surau asrama.Sebelum meninggalkan sekolah, saya pernah hadiahkan penanda buku yang saya create sendiri dan tertera kata-kata penguat semangat di atasnya.Apakah mereka masih menyimpannya hingga hari ini?Apakah mereka masih mengingati saya?

Sudah lama saya tinggalkan usaha untuk berukhwah bersama adik-adik..Sehingga ke hari saya mengenal semula dunia tarbiyyah, terkenang semula..betapa pentingnya menjaga hablu minannas..jika kita mahu mereka juga bersama meniti ‘jalan ini’.

Menangis Kerana Takut

Pengisian kami diteruskan dengan sessi tazkirah bertajuk menangis kerana takut.

Mengapa kita perlu manangis kerana takut?

Takut pada hantu?

Takut pada sensei yang kibishi dan garang?

Takut kepada binatang buas?

TIDAK!!!

Tak lain dan tak bukan Takut kepada Allah SWT

Disebut dalam kitab Bidayatul Hidayah. Pada hari kiamat, didatangkan api yang bergemuruh. Hinggakan menggetarkan hati setiap ummah. Ketika mereka mendekatinya, gemuruh tersebut semakin kuat. Hingga terdengar dari jarak perjalanan 500 tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata; “Nafsi-nafsi”(sendiri-sendiri). Kecuali Rasulullah saw yang sering kau lupakan. Baginda berkata, “Umatku-umatku.”

Kemudian, keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad saw berusaha untuk menolaknya sambil berkata; “Demi orang-orang yang bersolat, demi orang-orang yang siddiq, demi orang-orang yang khusyu’. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!”

Malangnya, api itu tidak juga kembali. Maka, berkatalah Jibril as: Sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu datanglah ia sambil membawa segelas air sambil berkata lagi: “ Ambillah air ini. Dan percikkan ke api itu!” Rasulullah saw melakukan perkara itu. Dan seketika itu, api itu pun padam.

Lalu, Nabi Muhammad saw bertanya: “Air apakah ini?” Jibril menjawab: “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya kepada api sehingga padam dengan izin Allah”
——————————————————————————————————-


Syukur..usrah Sakinah hampir 1 jam setengah memberi pelbagai perkongsian malam ini.Semoga Allah kira sebagai pahala atas apa sahaja niat dan matlamat baik kita.

Tidak sabar menanti setiap malam Rabu

Kata-kata itu sangat memberi kesan pada hati saya yang mendengarnya.Maha suci Allah yang telah memilih kami..

2 thoughts on “Usrah Sakinah Jun/16

  1. slm niza..hehee.. awak, pasal banner tu awak nk wat ke? sbb adik ni dia mmg tgh wat bisnes. dia mmg pandai bab2 design ni sbb tu dia moderator graphic designer tuk TTFC. if awak nak dia designkan banner, dia ada wat bisnes..satu banner dlm rm10. katanya dia perlukan duit skrg..=D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s