Japan · Omelanku · Tazkirah

Hujan

Pagi ini hujan turun dengan lebatnya membasahi bumi Saijo. Bulan Jun adalah musim tengkujuh di Jepun. Sebenarnya, bukan bulan 6 sahaja. Setiap kali awal permulaan pertukaran musim, hujan akan turun tidak kiralah samada secara mencurah-curah, renyai-renyai, ataupun jenis-jenis hujan yang lain. Saya tidak tahu adakah fakta ini benar. Kerana saya tidak pernah mencari atau mendapat maklumat yang sahih. Tapi berdasarkan pemerhatian saya yang dah masuk tahun ke-4 di bumi sakura ini, begitulah hakikat yang terjadi setiap kali musim berganti musim.

Masa awal-awal datang Saijo dulu..hujan selalu sangat turun.Sempai-sempai saya mula la bagitahu.‘Kami di sini kalau hujan,  pegang payung sambil menunggang basikal’. Owh.begitukah? Saya tidak ada pengalaman menunggang sambil pegang payung.Sebab sepanjang di Malaysia tidak ada sebab untuk saya berbuat begitu.Basikal bukanlah kenderaan rasmi bagi saya.(juga bagi orang lain, rasanya).Tetapi kali pertama menunggang basikal sambil berpayung, saya lansung tidak ada masalah. Malah saya rasa seronok pula menunggang dalam hujan, saya tidak kebasahan. Melihat pula sempai saya di tahun ke-3 yang masing lagi kekok memegang handle basikal dengan sebelah tangan..

Tapi saya tidak pula mengabaikan baju hujan. Kerana pada bulan Jun tahun yang sama (kalau tidak silap), undang-undang telah berkuat-kuasa.Tidak dibenarkan menunggang dengan sebelah tangan.Samada sebelah tangan lagi satu tu memegang payung atau telefon bimbit. Jika dapat ditangkap bayaran dendanya sangatlah lumayan.

Sedih pula saya mengenangkan selepas hari ini, saya tetap akan rasa dititik rintik hujan kerana tanpa payung sepanjang berbasikal. Baju hujan saya yang pertama sampailah sekarang, bernilai 100yen. Yang hanya menyelamatkan kepala sampai paras lutut daripada kebasahan. Itulah semurah-murah baju hujan di Jepun, dan serendah-rendah manfaatnya kepada saya. Itu lebih baik daripada lenjun kebasahan tanpa baju hujan🙂 Setiap kali angin bertiup dari arah depan, penutup kepala baju hujan saya tertarik ke belakang. Maka terpaksa lah saya memegang dan menariknya ke depan sepanjang ekspidisi berbasikal saya. (Sama juga..lebih baik saya pegang payung..)

Hujan di Jepun tidak ada masalah bagi saya untuk mengeringkan baju-baju di jemuran. Kalau di rumah di Malaysia, kadangkala tidak sedar hujan sedang turun di luar. Selalunya nyonya jiran sebelah rumah kami akan menjerit memanggil kami untuk mengangkat baju di jemuran. Ataupun, Makcik Ani jiran depan rumah akan datang berlari-lari ke rumah kami jika dilihatnya kain jemuran masih elok di ampaian sedang hujan mula menitis turun ke bumi. Terpaksa pula menyidai pakaian yang kelembapan itu di atap posh rumah menggunakan hanger.

Lebih menghibakan hati, pengalaman ketika di asrama. Hujan turun dengan lebatnya ketika kami di sekolah. Maka dengan berat hati kami merelakan baju-baju kami di ampaian asrama lencun kebasahan setelah sebaldi pakaian dikumpul hampir seminggu, dibasuh dan dinanti untuk dikeringkan. Lebih mencengkam rasa jika baju-baju jatuh ke tanah, lalu dikotori warna coklat tanah. Terpaksa pula mencuri waktu, mengulang proses pembasuhan,  di kala kesibukan sepanjang minggu.

Semenjak menyambung sisa perjuangan di bumi sakura, saya tidak ada masalah tentang baju di ampaian. Kerana saya menyewa di rumah yang ada balkoni, tempat menyidai baju. Maka setiap kali menjemur baju, dan tiba-tiba hujan pula turun, tidak perlulah saya hendak mengangkatnya, memandangkan ada atap yang melindunginya daripada kehujanan. Kadangkala saya menjemur baju ketika hujan sedang lebat turun. Biar angin mengeringkannya sementara mentari muncul semula.

Hujan membawa seribu rahmat.Membasahi bumi yang ketandusan. Berdoalah ketika turunnya hujan..

“Allahumma syaiiban nafi’a”

(Ya Allah Ya tuhan kami!Jadikanlah hujan ini bermanfaat buat kami)

Allah berfirman:

“Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya.” (Al-Mukminun : 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN lalu TERSIMPAN DI BUMI. Sebanyak mana? Di mana? dan selama mana? Semua itu rahsia Allah.Kalaupun kita merungut, tidak rasa apa manfaat turunnya hujan..menyusahkan pergerakan kita,  jemuran kita, pekerjaan kita (bagi yang berniaga nasi lemak, goreng pisang, pasar malam atau menoreh getah cthnya)..berhentilah menyalahkan hujan.Kerana turunnya bukan memberi manfaat kepada kita semata. Bukan kita sahaja yang menumpang di bumi Allah ini. Allah maha pengasih dan penyayang, memurahkan rezeki untuk makhluk lain juga sepertimana Dia melimpahkan rezekinya untuk kita.

“Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air .Dan pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.” (al-Hijr : 22)

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)
"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s