Kenangan · Omelanku · Zaman Sekolahku

Gilo ko apo?

Owh..maaf..bunyi tajuk agak kurang murni di sini.Tapi ada kaitan dengan kisah yang akan saya persembahkan sebentar nanti.Jeng..jeng..jeng.. :)~ Petang ini dengan semangatnya saya telah ke koop,survey ke bahagian alat tulis,lalu berjaya mendapatkan beberapa barang yang saya idam-idamkan..(tak adalah mengidam sangat sebenarnya).Untuk menambahkan minat saya  menulis,membuat nota,mengira dan study,maka saya telah mengorbankan sejumlah wang membeli kertas nota baru(plastik bewarna biru),fail nota bewarna biru yang cantik,tidak lupa juga test pad berkulit warna biru juga.:p

Ya Allah,datangkan lah semangat dan minatku untuk mengembara dalam dunia ilmu ini,Ameen..

Sedang duduk-duduk atas kerusi,sambil menulis,dengan tak semena-mena teringat pula saya akan kisah yang pernah diceritakan kepada saya dan kawan-kawan sekelas semasa zaman kami kanak-kanak Rebina dulu.Kalau tak silap masa tu darjah 3,yakni 9 tahun.Campur,tolak,darab dan bahagi,kisah ini dah pun berada dalam memori saya selama 13 tahun.(Masha Allah..)

Masa tu kelas agama.Saya masih ingat nama ustazah yang mengajar kami.Namanya Ustazah Maznah..(kat mana la agaknya ustazah Maznah sekarang..).Agaknya kelas petang tu ramai orang menguap kot.Jadi,ustazah Maznah pun bercerita la satu kisah untuk menarik perhatian kami.

Kisahnya berbunyi begini.. 

Tersebutlah kisah ada 3 orang sahabat baik yang sangat akrab dan rapat.Ibarat air dicincang tidak akan putus.Seorang bernama Gila,seorang lagi nama Otak dan yang last sekali namanya Gaduh.

Pada satu hari,Gila mengajak 2 orang sahabat baiknya, yakni Otak dan Gaduh pergi melepak-lepak di sebuah Shopping Complex terkemuka di ibu kota tempat lahir tipu daya.Suasana di Shopping Complex pada hari itu sangatlah sesak dengan orang ramai,kecil,besar,tua dan muda.’Ada jualan murah secara besar-besaran barangkali’,fikir meraka.Dalam kesesakan orang ramai itu,mereka berjalan bertiga menuju ke sudut yang tidak ramai orang untuk meneruskan tujuan asal mereka ke sana iaitu melepak.Sampai di satu tempat yang mana dah tak ramai orang lalu-lalang di situ, Gila dan Otak baru perasan kawan mereka,yakni Gaduh telah hilang! Maka kelam-kabutlah mereka berdua mencari sambil menjerit-jerit nama Gaduh.Malangnya Gaduh masih gagal ditemui. Oleh kerana risau atas kehilangan Gaduh, mereka berdua berpakat dan telah bersetuju untuk membuat laporan di balai polis.Maka berjalanlah mereka ke balai polis,dengan harapan sahabat baik mereka dapat ditemui semula.

Sesampainya di hadapan balai polis,Otak telah meng-offer diri untuk tunggu di luar dan meminta Gila seorang sahaja yang masuk ke dalam dan membuat laporan polis.(sebabnya..hanya Otak yang tahu)

Maka masuklah Gila ke dalam balai dengan perasaan takut-takut berani, kerana itulah pertama kali dia masuk ke dalam Balai Polis.Sesampainya di hadapan kaunter,Gila terus menepuk meja kaunter dengan kasar sambil membuat muka bengis.(gaya ala-ala orang nak rompak kedai emas).Maka tersentaklah seorang polis di hadapan kaunter tersebut.Lalu terjadilah perbualan di antara mereka.

Encik polis: Awak nak cari gaduh ke??

Gila: Ya,memang saya nak cari Gaduh

Encik polis: otak kat mana??

Gila: Otak kat luar

Encik polis: Awak ni gila ke?

Gila: Ya,memang saya Gila..

Encik polis: (@-@) ( X-X)  (?-?) (Y-Y) (T-T)

Tammat…

p/s:

1) Cerita hanya rekaan semata-mata,tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia

2) Cerita di bahagian pendahuluan tidak ada kaitan dengan kisah ini secara lansng atau secara tidak lansung.

3) Pengajaran daripada cerita ini..kita pakat fikir sama-sama la yek =)

Sekian..

3 thoughts on “Gilo ko apo?

  1. ada la pengajarannye..berikut adalah antara yang dapat difikirkan:

    +berilah nama yang baik untuk anak-anak
    +panggillah dengan panggilan yang baik2
    +budi bahasa budaya kita (jangan dok main terjah je, lebih-lebih lagi di balai polis.kang tak pasal-pasal kene sumbat ke Hospital Sakit Jiwa)

    ijou~

  2. Seperti dijangka pengajarannya seperti dinyatakan kerana asal usul cerita tiada pengajaran.

    p/s: jujur pada diri itu adalah lebih baik.

    ijou..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s