Japan · Omelanku · Tazkirah

Allah Sedang Berbicara Kepada Kita Tentang Apa?

Pagi ini Fujii sempai minta datang jam 10 untuk sambung buat eksperimen semalam.5minit sebelum jam 10 saya dan Kyouhei dah tercangak dalam lab.Malangnya bayang-bayang Fujii pun tak nampak.Fujii sampai 20 minit kemudian tapi sampai jam 11 tak pulak kami bergerak ke G6,sebuah bengkel di belakang fakulti.Mungkin Fujii sedang study sesuatu sebelum buat eksperimen hari ini.Atau tunggu Tetsu dan Tomo san,senior master tahun 1 yang ada kelas pagi ini.

Suasana lab kosong dan sepi.Saya jadi kurang proaktif dan kurang aktif.Sebelum sampai tengah hari lagi,saya ingin membuat kesimpulan,berkemungkinan pagi saya hari Khamis ini TIDAK PRODUKTIF.Owh!Saya mengadap skrin komputer.Klik-klik.melompat dari satu sesawang ke sesawang lain.Sampailah saya sampai ke sesawang bercerita tentang wabak penyakit yang sedang hebat mengancam warga  dunia hari ini-Influenza A H1N1

Seminggu 2 kebelakangan ini,disebabkan saya tidak ditemani laptop di rumah,saban malam saya menonton TV.Hampir setiap hari,berita tentang wabak ini memeriahkan TV di Jepun.(saya pasti,berita di setiap pelusuk dunia juga).Wabak Influenza AH1N1 sedang hebat melanda daerah Kobe dan Osaka.Jumlah kes semakin bertambah dari sehari ke sehari sehingga mencecah angka 3 digit.Sehingga sekolah-sekolah dan universiti di setiap tempat daerah berkenaan ditutup seminggu dan penduduk sekitar juga terpaksa dikuarantin.Semalam pula,dilaporkan satu kes di Hajiouji,Tokyo melibatkan seorang pelajar sekolah menengah.Kebanyakan jangkitan virus ini,melanda pelajar-pelajar sekolah menengah tinggi.Maka,mulalah golongan-golongan intelektual Jepun mencari fakta dan membuat kajian,mengapa virus ini tersebar hanya kepada golongan muda?

Ujian dari Allah datang dari pelbagai bentuk.

Masih ingatkah kita pada bencana Tsunami yang melanda kepulauan Acheh pada Dec 2004 yang juga memberi kesan kepada beberapa buah negara sekitarnya seperti Malaysia,Thailand,India dan Sri Lanka?

Masih ingatkah kita pada gempa bumi,berkekuatan 5.9 skala Richter yang menggoncangkan Yogyakarta sekitar Mei 2006 lalu telah mengorbankan beribu nyawa?

Juga masih ingatkah kepada bencana banjir besar yang julung-julung kalinya melanda bumi Johor 2 tahun lalu?

Kesemuanya adalah rentetan ujian alam yang datang dalam pelbagai bentuk termasuklah ujian vuris AM1H1 ini juga. (aiseh..macam penyampai dokumentari pulak..)

Allah maha berkuasa..Manusia lansung tak ada kuasa.Apabila datangnya ke halwa telinga kita mengenenai berita-berita sebegini,kepada yang tinggal,yang sihat dan yang selamat,yang dilindungi dan yang dipelihara,teruskanlah menjana daya fikir.Bahawa semuanya tidak didatangkan dengan sengaja.Melainkan untuk satu mesej yang mahu disampaikan oleh sang Pencipta kepada yang diciptaNya.Mungkin Dia mahu menghapuskan satu kaum dan gantikan dengan satu kaum yang lebih baik.Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

2 thoughts on “Allah Sedang Berbicara Kepada Kita Tentang Apa?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s