Japan · Omelanku · Study · Tazkirah

Di Bawah Tekanan

tong-tong gas oksigen, hidrogen, argon dan ethylene yang separas ketinggian saya
tong-tong gas oksigen, hidrogen, argon dan ethylene yang separas ketinggian saya

Minggu baru terus bermula.Masih menempatkan saya di bilik research ini.Masih ditekan dengan persoalan-persoalan kenkyu yang memeningkan.Kasihan melihat Fujii San dan Tetsu San.Bertungkus lumus mencari sebab dan punca di sebalik kegagalan eksperimen kami.Kelam-kabut mencari fakta dan teori.Sehingga saya terkena tempiasnya.Tema kenkyu kami berkenaan ‘pembakaran dan letupan’..makin menyukarkan kerana menggunakan mikrofon untuk menangkap bunyi letupan dan menganalisis data gelombang bunyi yang dihasilkan.Teori bertambah dengan penggunaan mikrofon di mana satu litar eletronik perlu di’design’ .Oleh kerana pengkhususan kami adalah di bahagian kejuruteraan makanikal,maklumat tentang eletronik perlu dicari sendiri.Buku-buku tentang litar eletronik memenuhi meja Tetsu san,selain mencarinya di internet dan hari ini pula,berbincang dengan lecturer sepanjang petang.Fujii meletakkan kepala di atas meja sambil melepaskan keluhan berat.

Jam 230 petang,saya menyertai Fujii san dan Tetsu ke Deodeo berdekatan Saijo Eki untuk projek mencari mikrofon baru.Aru imi,menaiki kereta yang dipandu Tetsu menghala ke Deodeo memberi ketenangan dan menghilangkan tekanan dalam lab.Namun,kami gagal pula mendapatkan mikrofon terbaik,yang mana seperti kata salesman di Deodeo,tidak sesuai digunakan untuk eksperimen letupan,memandangkan kesemuanya adalah untuk kegunaan berkaraoke.Memang benar begitu.Tapi Fujii,saya lihat semakin tertekan pula.Sepanjang dalam kereta Fujii berbincang dengan Tetsu.Sampai di lab pun masih mencari-cari kesilapan pada eksperimen minggu lalu.

Fujii dan Tetsu..ketahuilah..segala pencarian dan segala apa yang sedang kita kaji waktu ini,telah pun ada jawapannya.Kerana semua itu ilmu Allah.Allah yang telah menetapkan segalanya.Seperti teori air yang mendidih pada takat didih 100 darjah celcius,takat lebur keluli  pada 1500 darjah celcius,termasuklah juga teori ‘detonation’ yang sedang kita kaji ini.kesemuanya adalah ‘sunnatullah’.Kamu tidak pernah mengetahui dan tidak pernah faham apa-apa berkaitan apa yang sedang saya sampaikan ini.Kerana inilah asas pada agama yang  saya anuti.Saya tahu dan saya faham akannya.Moga apa sahaja ilmu yang sedang saya dan teman-teman seagama saya pelajari,kefahamannya bukan sekadar faham di akal sahaja..tapi biarlah sampai ke hati sehingga membuatkan kami berfikir akan kekuasaanNya.

“Sunnatullah” (peraturan Allah) yang telah berlaku semenjak dahulu lagi dan engkau tidak akan mendapati sebarang perubahan bagi cara dan peraturan Allah itu”

(Surah Al-Fath:23)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s