Japan · Study

Seminggu Yang Pertama

Seminggu yang pertama di lab agak meletihkan.Setiap hari ke sekolah lebih kurang pukul 10:30 pagi kecuali pada hari Rabu,kami diminta datang jam 9:00 pagi untuk membuang sampah..(meja,kerusi,dan pelbagai perabot yang tak berguna).Bunga tunggal di lab,entah menyerikan lagi taman itu atau tidak,saya sendiri kurang pasti.3 tahun di bidang ini,saya sudah biasa dengan sendiri.Mujurlah mereka sentiasa menghormati dan memberikan kerjasama yang baik.Terutama senior master di team saya.Alhamdulillah..moga Allah terus beri kemudahan dan ruang untuk berjuang.

Setiap pagi tidak banyak kerja yang ditugaskan.Kadang-kadang bilik 315 sunyi umpama tiada penghuni kerana senior master ke kelas.Saya lebih senang sendiri,cenderung melayari internet daripada mengumpul maklumat berkenaan research dan eksperimen yang bakal saya lalui sepanjang setahun ini.Owh!

Setiap petang ke G6 di belakang blok fakulti.Sebuah bengkel yang luas dipenuhi mesin-mesin dan wayar yang berserilat pelbagai saiz dan warna,dilengkapi meja kerusi yang tak teratur susunannya juga dengan pelbagai jenis alatan mekanikal dan silinder gas yang kadang-kadang memeningkan saya untuk berada di dalamnya.Suasananya mengingatkan saya kepada sebuah bengkel kereta.Playar dan spanar,nat dan skru pun bertaburan atas meja.Agaknya kerana semester baru..tugas kami lah yang akan membersihkan bengkel ini nanti.Beginilah ceritanya tentang sebuah bidang yang telah saya pilih.

Hari ke-2,membantu senior memateri wayar.Kali terakhir saya memateri,ketika di tingkatan 3.Semasa itu saya sangat benci dengan pateri.Tapi,lain pula dengan hari itu.Saya sangat suka memateri,dan kerja saya menjadi lebih efektif,membantu mempercepatkan kerja-kerja senior.Mungkin bila saya sudah set-kan dalam fikiran,suka atau tidak,saya mesti lakukan.Maka tangan saya seperti lipas kudung.Sehingga matahari terbenam juga baru selesai kerja kami.Itupun tidak 100% siap.

Seminar di petang Jumaat lalu agak membosankan saya.Pasti seronok mendengar ‘presentation’ senior jika faham isinya.Mereka membuat perbentangan terkini tentang research/eksperimen lalu juga perancangan dalam masa sebulan akan datang.Ditambah pula dengan serangan pertanyaan daripada sensei.Pening juga saya menangkap setiap maksud istilah kejuruteraan yang mereka gunakan.Perah otak!

Kami akan menempah satu baju khas untuk lab kami.Saya kurang pasti apa nama bajunya.Tapi baju yang dipakai oleh mekanik di bengkel kereta tu..haha!(Tsunagi dalam bahasa Jepun) Saya dulu suka tengok pakaian itu,dan pernah juga bercita-cita untuk memilikinya,teringin mahu melihat diri di hadapan cermin berpakaian Tsunagi.Tidak sangka memilih Lab yang memerlukan saya memakainya.Bagaimana agaknya yea? Tanoshimi~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s