Japan · Omelanku · Study · Tazkirah

Making Decision

Membuat pilihan bagi saya adalah satu tugas yang sangat berat lagi memberatkan.Tambah-tambah lagi keputusan yang dibuat melibatkan masa depan dan senarai pilihan pula terlalu banyak hingga proses pemilihan menjadi lembab.Orang kata,kalau kita tahu apa yang kita mahu,membuat pemilihan menjadi sesuatu yang mudah.Tapi kalau sebaliknya macam mana?Seringkali pilihan yang dibuat tidak tepat,kerana setelah membuat pilihan akhirnya baru kita tahu apa yang kita mahukan sebenarnya.

Ali: Kan bagus kalau kita tergolong di kalangan orang-orang yang selalu tahu apa yang dia mahu..

Abu: Kenapa pulak?

Ali: Ye lah..kalau kita tahu apa yang kita nak,senang lah kita nak buat pilihan

Abu: Aku tak fikir macam tu..

Ali: Habis,kau fikir macam mana?

Abu: Aku rasa,orang yang tak tahu apa yang dia nak.. dia main pilih je mana-mana pilihan yang ada..

Ali: Lepas tu?

Abu: Katakanlah keputusan dia betul..dialah orang yang sangat beruntung

Ali: Kalau tak betul?

Abu: Kalau tak betul,dia akan sentiasa menjadikan pilihan yang dia buat tu adalah pilihan yang betul

Ali: Apa kau cakap ni?aku dah pening… @_@

Hurm..betul jugak..bila tak tahu membuat pilihan..saya terfikir tentang beberapa tips di bawah.

スタート~

  1. Senarai pendekkan pilihan yang ada di atas sehelai kertas kosong (kertas bergaris pun boleh)
  2. Setiap pilihan yang telah disenarai pendekkan,kenalpasti dan tulis kelebihan dan kekurangan
  3. Solat dan Doa mohon petunjuk
  4. Kenalpasti pilihan yang paling dekat di hati..pilih mengikut gerak hati dan mengikut alamat hati
  5. Sekali lagi..Solat dan Doa..Solat dan Doa..Solat dan Doa..(bukan 3 kali je..)

Apa nak buat bila rasa tersilap pilih??

+Lebih baik jangan fikirkan sangat tentang kesilapan

-Abes tu nak fikirkan pasal apa?

Fikirkan macam ni~

Seperti kata Encik Abu dalam dialognya bersama Encik Ali,jadikanlah setiap pilihan yang telah kita buat tu adalah pilihan yang sentiasa tepat dan betul bagi kita..(bagi diri orang lain,tak perlu fikir pun tak apa)

-Macam mana nak ‘jadikan’ tu?

+Lu Pikir La Sendiri!!

Owh..saya telah membuat pilihan..pilihan saya ialah..

反応気体力学研究室

(^_^) (*^^)(#^_^)

4 thoughts on “Making Decision

  1. yela..cuba tgk ejaan btul2..motovasi da yo hoho

    kenkyu tentang camne nak kurangkan pencemaran bunyi dari aspek kenchiku.. 音の伝わり方、等

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s