Omelanku · Tazkirah

Hanya Selepas Nikah


“Maha suci tuhan yang menciptakan pasangan-pasangan kesemuanya,baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi,dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui” (Surah Yaasin:36)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)” (Surah Al-Hujuraat:13)

Sejak akhir-akhir ini,saya sering melihat gambar kawan-kawan saya di FS dan FB.Satu gambar yang sering menjentik kekesalan saya,sudah tentulah gambar berpegangan tangan bersama pacar masing-masing.Sudahlah menyebarkan kisah percintaan yang masih tidak halal melalui pelbagai jenis aksi di hadapan lensa kamera,tanpa segan silu mempertontonkan pula sesuatu yang jelas haram;berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan bukan muhrim.Kadangkala,tontonan gambar diperbesarkan lagi dengan memfokuskan lensa kamera ke arah gambar tangan sahaja;tangan si lelaki di atas tangan si perempuan..ataupun yang sebaliknnya..dari sudut celahan jari,tangan saling menggenggam erat.Tiadakah secebis rasa malu??sekecil-kecil perbuatan dipandang.Apatah lagi yang sengaja dihebahkah secara terbuka.Mengapa perlu ada rasa bangga menunjuk-nunjuk kepada semua orang,seolah-olah yang dihebahkan itu halal,tanpa dosa dan rasa berdosa..

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata:kami telah beriman ,sedangkan mereka tidak diuji”(Surah Al-Ankabut:2)

Jangan mengaku beriman selagi belum diuji..

Ya Allah..sesungguhnya saya sedang meluahkan rasa geram dan benci dalam hati atas setiap pekara mungkar yang saya lihat di hadapan mata.Sedang saya masih lagi belum diuji dengan ujian yang sedang menimpa golongan itu.Andaikata Allah uji saya,membiarkan saya terus lalai dan terleka,memesongkan hati dan menarik secebis hidayahNya..apakah saya masih mampu mempertahankan nilai iman dalam diri saya yang senipis kulit bawang ini?? T____T

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami;


PENGISIAN

Di dalam Islam, mengikut pendapat jamhur dan rojih, seorang muslim diharamkan bersalaman/bersentuhan dengan semua wanita (iaitu dalam hal biasa, dibolehkan dalam hal darurat seperti perubatan), kecuali dengan mahramnya: ibunya, adik beradiknya,anaknya, ibu mertuanya, ibu saudaranya, anak saudaranya, isterinya dan anak tirinya( anak isteri).

Jika dilihat dari sirah Rasulullah, baginda amat tegas menjauhi persentuhan lelaki perempuan, hatta dalam hal penting sekalipun seperti bye’ah. Bahkan rasulullah akan mengambil bye’ah wanita melalui ikrar sahaja. Daripada Aisyah r.a, katanya: Nabi mengambil bye’ah para wanita dengan ikrar, baginda tidak pernah menyentuh tangan wanita kecuali wanita yang halal baginya.-riwayat Bukhari.

Namun yang demikian, mengapa masih ramai anak anak muda berpasangan berpegangan tangan, sedangkan baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “sekiranya seseorang itu mencucuk kepalanya dengan jarum besi, itu adalah lebih baik baginya dari menyentuh perempuan yang tidak halal baginya”– riwayat Tabrani dengan sanad yang soheh.

Telah menjadi fitrah pada lelaki dan wanita apabila bersentuhan keduanya maka akan timbul rasa seronok di hati. Ini akan menjadi satu permulaan kepada perkara maksiat. Syaitan pula akan sentiasa mengambil kesempatan menghiasi perkara yang dimurkai Allah agar kelihatan indah. Bersentuhan sangat berkaitan dengan hawa nafsu, dan hawa nafsu itu adalah buta dan tuli. Apabila nafsu menjadi raja, maka syaitan pun bertepuklah tangan. Bagi wanita pula,malu itu adalah ibarat mahkota yang tidak perlukan singgahsana. Tetapi sekiranya mahkota ini tercabut dari singgahsananya, maka jadilah wanita itu lebih dahsyat daripada 70 ekor syaitan!

Berhati-hatilah..menyentuh khinzir serta kulit binatang lain yang haram disentuh,boleh disamak..Jika menyentuh kulit lelaki/perempuan yang bukan muhrim?Bolehkah disamak,dibersih dan disucikan??

after-married

One thought on “Hanya Selepas Nikah

  1. 100% dkama sejutu dengan hanya selepas nikah…. rasenyer orang sekarang terlalu pandang remeh hal2 camni… yang lebih dasyat lagi dah takde segan silu dengan zina yang diorang rakam sendiri n paparkan utk public… dkama rase knowlage yang macam ni memang patut dipupuk dalam masyarakat kite dari peringkat rendah lagi… tahniah n syabas dari dkama

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s