Kenangan · Zaman Sekolahku

10 Tahun Yang Lalu

Nyatakan bilakah tarikh sekolah anda ditubuhkan?

Saya dengan yakin boleh menjawab dengan tepat sekiranya soalan ini ditujukan kepada saya.Sekolah saya buat pertama kalinya telah dibuka pada hari saya mendaftar sebagai pelajar tingkatan 1 di sana.Tarikh ini sentiasa menjadi ingatan di sanubari saya.Walaupun sehingga genap hari ulangtahunnya masuk tahun ke-10.

Genap 10 tahun lalu,iaitu pada 1 April 1999 saya telah mendaftar sebagai pelajar di SMKAK.Tidak saya ketahui,sekolah ini baru dibuka,sehingga saya menyedari pada hari yang sama hanya pelajar tingkatan 1 dan 4 sahaja memenuhi ruang sekitar sekolah dan asrama.Nampaknya kamilah yang paling senior..owh!

Suasana sekolah semuanya baru.Saya masih ingat,di minggu-minggu terawal,kami semua diarahkan mengangkat dan menyusun meja-meja dan kerusi baru untuk memenuhi kelas-kelas.Semuanya serba baru,tiada satupun yang terkecuali.Sehingga plastik ‘cover’ papan putih pun kami yang tarik dan buang.Ketika itu masih berjalan kerja-kerja pembinaan yang berbaki.Debu-debu simen pun masih bertaburan menyesakkan nafas.

Bulan-bulan terawal di sekolah baru dan suasana yang baru bagi diri saya secara peribadi,cukup memberi tamparan yang hebat.Saya boleh berlakon berlagak biasa seperti tiada apa yang berlaku dalam hati di siang hari.Setiap kali saya lihat fajar mentari merah terbenam di ufuk barat di sudut surau asrama,bertafakur sebelum masuk waktu maghrib,hati saya sering hiba terkenang keluarga di sana.Jarak sekolah dan kampung halaman tidaklah sejauh mana sehingga membolehkan kami melakukan rukhsah solat Jamak-Qasar setiap kali perjalanan.Pengukur rasa hiba saya bukan di situ.Tapi atas rasa kehilangan dan ketiadaan mereka di sekeliling saya.Kerinduan saya semakin parah bila mana sekolah baru ini masih belum dilengkapi dengan satu-satunya penghubung yang dapat mendekatkan kami,telefon awam.

Ujian hati rupanya menjadikan kita seorang yang tabah dan bertambah kuat.Dalam kekalutan dan kesukaran saya menyesuaikan diri di tempat baru,Allah sentiasa ‘ada’ melindungi dan menjaga.Pasti datangnya daripada doa mak dan abah yang jauh di mata.Saya sering mengharapkan kesibukan saya di sekolah boleh membuatkan kesibukan hati saya mengingati mereka tenggelam sedikit demi sedikit.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Sehingga Allah juga permudahkan kefahaman saya dalam pembelajaran biarpun saya melalui saat-saat sukar ini.Inilah fasa baru dalam kehidupan yang harus saya tempuhi T-T

Terlalu banyak lakaran kenangan yang saya simpan.Sehingga kadang-kadang saya terlupa kerana saya tidak pernah merakamnya.Moga setiap langkah yang saya lalui di sana satu masa dulu sentiasa jadi bekalan untuk saya berjalan hari ini dan hari-hari yang seterusnya.Cabaran hari ini berganda lebihnya daripada yang dulu.Bersesuaianlah dengan pertambahan usia dan kematangan fikiran anugerah maha agung dari Yang Maha Esa..

Ya Allah,tabahkan hati hambaMu ini..

One thought on “10 Tahun Yang Lalu

  1. jgn lupe skolah raja ekram tau…
    bp taun bjar kt jepon??
    best yeee…
    cite la pgalaman dok kt sane….
    tingin sgt nak tau..
    1st time jejak kan kaki kt sane ape pasaan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s